Hati aku berdebar menanti jawapan dari bibir Naufal untuk soalan maut dari daddy; "Bila Naufal nak hantar rombongan meminang?"
Aku langsung tak ready untuk soalan macam tu. Sepatutnya awal-awal lagi dah rancang dengan Naufal apa nak jawab. Kini, aku hanya mampu bergantung dengan kebijaksanaan Naufal mengawal keadaan. Cakaplah apa saja, yang penting bukan...
"Insya-Allah secepat mungkin uncle. Saya ingat nak bawak ummi dengan walid saya datang sini minggu depan, tapi tak tahulah kalau Iman sedia atau tak." Speech..less.. What the hell! Suka hati dia aje nak buat keputusan! Dia lupa ke yang semua ni hanya lakonan?
"Hish kamu ni! Kalau Iman tak sedia lagi, tak adanya dia bawak kamu jumpa kami hari ni. Lagipun daddy ajak datang ni sebab nak bincang pasal hal ni lah. Jadi kiranya, confirmlah ni ya? Bolehlah kami buat persiapan awal nak sambut tetamu!" kata-kata daddy merentap jantungku. Diorang ni buat keputusan tak tanya aku langsung?
"Daddy.." Naufal dan daddy serentak memandang kearahku.
"Iman nak bincang dengan Naufal dekat luar kejap boleh?" daddy mengangguk. Aku memberi signal pada Naufal untuk ikut aku ke luar."Kenapa awak cakap macam tu dekat daddy?!" marahku dalam nada yang perlahan. Nanti daddy dengar, tak pasal-pasal bocor rahsia.
"Habis tu nak saya cakap apa?"
"Cakap ajelah 'kami belum bersedia' or 'tahun depan agaknya' atau 'saya tetiba rasa tak nak kawen dengan anak uncle' ke? Tak boleh? Awak dah lupa ke ini olok-olok aje?" sungguh aku geram!
"Saya tak lupa. Cuma ada satu benda saya belum bagitahu awak." Naufal tersenyum nipis.
"Apa?" tanyaku kasar.
"Cik Imani Aqirra... offer awak hari tu kerja part-time kan? Saya lupa nak bagitahu yang sekarang saya taknak any kerja part-time. Saya nak full-time sahaja." Aku mengerutkan dahi tanda kurang mengerti.
"I wanna be your full-time lover. Kekasih halal sepanjang hayat awak?" membulat mataku mendengarnya. What?!
"Kan hari tu awak dah janji nak bagi saya upah, dan tak kira macam mana awak kena bayar kan? So..upah saya, saya nak awak." Selamba dia berkata dengan senyuman lebar. Jari telunjuknya juga ditunding kearahku. Dek kecelaruan yang melampau berpadu dengan rasa bengang, aku hampir menjerit pada dia.
"Are you out of you mind?! This is not a joke. I am not a joke! Suka hati kau aje nak aku sebagai upah kau kan?" nafasku turun naik. Rasa marah, malu, dan geram bersatu ditambah lagi dengan hormon yang kurang stabil pembawakan period, dicicah pulak dengan personaliti aku yang sedia teruk mengakibatkan pertengkaran ini.
"Iman..Janganlah marah. Dengar dulu apa saya nak cakap. Saya.."
"Dah! Baik awak balik sekarang sebelum saya mengamuk dengan lebih dasyat. I call this off!" aku membuang pandang kearah lain.
"Off?"
"Yes! Our business is over! Awak tak payahlah tolong saya kalau upah macam tu awak mintak."
"Jadi awak tak kisah kalau daddy nak kahwinkan awak dengan anak kawan dia tu?"
"I don't care! If I have to, I'll marry him." Putusku. Sibuk pulak dia pasal hidup aku.
"Tapi awak tak kenal pun kan siapa lelaki tu! Yang awak kenal saya ni hah. Please lah Iman.."
"For your information, saya kenal Dr. Hafiz tu. He's my family's personal doctor. I know him, long before I know you. So I can marry him right?" sinis aku bertanya pada dia.
"Tapi Iman.."
"Tolonglah. Muhamad Naufal Izzat. Leave!" Naufal melepaskan keluhan berat. Dengan langkah yang longlai dia menuju ke kereta. Sempat lagi dia menoleh sekejap pada aku. Air mukanya menunjukkan dia sangat sedih."Iman, kenapa tu? Mummy dengar Iman menjerit. Naufal mana?" tanpa memandang muka mummy aku menjawab.
"Dia dah balik mum.."
"Apa maksud Iman? Iman halau dia ke?" aku tak tahu nak jawab apa. Sebenarnya aku takde niat pun nak halau dia. Tapi mulut ni hah! Cakap ikut suka aje! wajah mummy dan daddy yang menginginkan jawapan aku pandang silih berganti.
"Tak..dia ada emergency. Dia kata dia minta maaf sebab tak mintak diri. Kelam kabut sangat Iman tengok." Aku bohong sunat. Okey, memang tak ada istilah tu. Saja direka supaya dapat menutup rasa bersalah sebab dah membohong.
"Ooh..mummy ingat korang bergaduh tadi." bahuku dipeluk mummy.
"Naufal tu baik budaknya. Kacak pulak tu. Suara dia jadi imam tadi pun merdu tak ada cacat cela. Mummy suka dapat menantu macam tu."
"Ha'ah. Nearly perfect. Macam tak sepadan pulak dengan anak kita ni kan mummy?" mummy ketawa mendengar gurauan daddy. Dadaku bagai dihimpit batu. Aku sudah memberi harapan palsu pada mummy dan daddy. Nampaknya diorang memang suka dekat Naufal tu. Aku? Entahlah.. macam suka.. macam tak.. aku sendiri bingung dengan diri aku ni. Aku suka dia ke?
YOU ARE READING
Kekasih sepenuh masa
RomanceCerpen ini adalah hasil karya Thia Elea yang di petik dari laman penulisan2u. Selamat membaca!