part 2

2.8K 64 1
                                        

Seminggu yang lalu….

  Lampu isyarat baru sahaja menyalakan warna kuning. Aku menambahkan kelajuan kereta

dengan harapan aku dapat melintasi sebelum lampu bertukar kepada warna merah. Contoh pemandu yang tak berhemah, akulah tu! Bila semakin menghampiri garisan tiba-tiba lampu bertukar kepada merah dan aku terus menekan brek. Bunyi tayar bergeser dengan tar kedengaran begitu mengilukan Malangnya aku agak terlambat bila aku sudahpun mencium bumper

kereta dihadapanku. Agaknya kereta depan ni pun ada niat macam aku, tapi dua-dua tak kesampaian sehingga membawa kepada scene ini.

Aduhai..

Pemandu lain sudah menjenguk-jenguk dari tingkap kereta mereka. Ada pulak yang membunyikan hon. Malunya! Nak buat macam mana ni? Kalau kereta depan yang salah boleh jugak aku turun pergi memaki. Tapi ni aku yang… eh, dua-dua salah kot! Dia yang tetiba

menyimpang tadi.. aku membela diri, kononnya. Padahal taknak ngaku salah.

Aku memandu kereta perlahan dan berhenti dibahu jalan. Bila melihatkan kereta tadi turut mengikutku dari belakang, aku memberanikan diri keluar dari kereta. Bahagian depan keretaku aku periksa. Ada sedikit kemik dan calar. Alhamdulillah! Nasib baik tak teruk sangat.

“Hoi amoi! Apasal kau langgar aku punya bumper? Takde mata ke apa? Traffic light warna kuning, kau kasi laju apa pasal?” kecut perut aku mendengar sergahan itu. Perlahan-lahan aku memusingkan badan menghadap tuan punya kereta yang telah kunoda bumpernya.

“Sorry! Saya ingatkan sempat langgar lampu kuning. Tak nampak yang awak nak tukar way tadi. Tak sangka pulak jadi macam ni..” aku

senyum kelat menutup rasa bersalah. Alah, apa susah, aku boleh bayarkan berapa aje ganti rugi untuk dia.

“Encik?”aku menggawang-gawangkan tangan

dihadapannya. Mengkhayal pulak mamat ni. Naik lenguh tangan aku dibuatnya. Dahlah mamat tinggi. Ke, aku yang pendek? Haih..Apasal diam pulak ni? Dia berdehem lalu

membetulkan kaca mata hitamnya.

“Saya boleh bayarkan ganti rugi kalau encik nak. Cakap aje berapa.” Ujarku yakin. Jangan sampai

puluh ribu dah lah.

“Yang tu kena tanya workshop dulu lah. Saya tak berani nak mintak harga sendiri. Takut lebih,

jadinya haram.” Jawabnya lembut, tak cakap kasar macam tadi. Aku mengangguk. Betul tu. Jujur rupanya mamat ni. Kacak dan bergaya pulak tu! Eleh, kalau pakai glasses memanglah kacak. Cuba bila dia bukak? Mesti huduh…

“So, shall we? Kita pergi workshop yang saya selalu pergi.” Aku mengangguk lagi. Bila aku

menjenguk sedikit untuk melihat keretanya dan aku… wow! Audi.. sah-sah bakal memokaikan

aku. Aku hanya mampu menelan liur.

Aku menyedut lemon tea ice yang baru dihantar pelayan itu. Bagus betul workshop ni, siap ada kafe!

Tebakku sebentar tadi salah bila dia kelihatan makin kacak bila membuka kaca mata. Bibirnya

yang merah menandakan dia bukan seorang perokok. Anak mata dia warna hitam pekat sangat cantik sampaikan aku tak berapa nak

sanggup pandang dia. Kacak -kacak pun, apa aku kesah?

Aku melihat jam ditangan. Huh! Lama lagi ke ni? Aku dah bosan gila dah ni.. tangan kanan aku

jadikan penopang dagu. Untuk mengurangkan rasa bosan, aku sempat online pakai Galaxy Note

III.

“Kereta awak taknak periksa ke?” dia bertanya.

Kekasih sepenuh masaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang