Part 8

1.6K 58 1
                                        

Hari itu seharian aku menunggu Naufal untuk bawakkan sarapan atau lunch macam biasa. Tak
muncul-muncul! Agaknya dia ambil serius kata- kata aku tak? Ataupun dia betul-betul kecil hati? Adeh..apa nak buat ni? Dah lah aku lemah sikit dalam 'matapelajaran' pujuk-memujuk ni. SPM pun confirm dapat G kalau betullah ada m/p tu..

Sampai hampir habis waktu lunch, batang hidung mancung Naufal pun aku tak nampak! Kalau aku
tahu baik aku turun ke kafe tadi! Buang masa saja! Langkah kaki kuatur menuju ke pantri.

Mana tahu ada biskut boleh dicilok. Rendam dengan hot milo pun sedap tu! Nampak tak betapa kebulurnya aku?

Baru sahaja aku ingin membuka pintu bilik pantri, aku ternampak Naufal yang turut berada didalam pantri. Tak jadi aku masuk. Disebalik pintu kaca yang beremboss itu, dapat kulihat dia
berhadapan dengan seseorang tapi dia masih tak sedar akan kehadiran aku disitu. Dia chit chat dengan siapa tu?

"Sedaplah awak masak Fal! Pernah jadi chef ke?" Ellisa! Aku pasti itu suara setiausaha si Emran. Sampai hati Naufal! Dia beri lunch aku
pada perempuan lain?!

"Eh pernah! Sampai sekarang actually." Tak pasal-pasal aku jadi penskodeng terhormat hari
ni bila aku terus-terusan mencuri dengar perbualan sepasang love-bird ini. Huh!

"Serious? Restoran mana? Boleh lah Lis pergi."

"Chef dekat dapur mak saya." Ellisa menyambut lawak Naufal itu dengan tawa manjanya. Meluat
aku dengar. Dah lah joke yang sama dia pernah bagitahu aku! Dasar playboy! Sikit pun tak
lawak, terkekek-kekek pulak minah tu ketawa!

Aku dah tak tahan melihat drama tak berbayar itu dan aku terus masuk ke pantri. Buat-buat tak
nampak manusia-manusia yang ada didalam itu.

Eh? Bertiga dengan Kak Ida rupanya..ingatkan berdua aje. Penat aje aku jeles.

"Hai cik Qira!" tegur Ellisa. Aku hanya senyum padanya. Sambil tu, aku tunggu-tunggu jugak mana tahu si Naufal nak tegur aku macam selalu. Haramm! Pandang aku pun tak! Mug segera aku capai dengan rasa geram dan paket
Milo 3-in-1 aku koyakkan untuk dituang kedalam
mug sebelum aku simbah dengan air panas.

Bunyi sudu berlaga dengan mug kedengaran ketika aku mengacau hot milo kegemaranku itu. Kerusi bersebelahan dengan Naufal aku tarik dan melabuhkan punggung disitu.

"Korang story apa ni?" aku bertanya ramah. Cuba mengawal mimik muka agar kelihatan tenang sepenuhnya.

"Takde Qira. Borak kosong aje sambil rasa masakan Naufal ni hah." Kak Ida menjawab. Aku
hanya mengangguk. Masih menunggu lelaki disebelahku ini membuka mulut. Mereka seperti
kehabisan modal untuk bercerita bila aku join mereka. Mungkin jugak mereka rasa rare, sebab jarang benar aku masuk ke pantri ni, apatah lagi nak join diorang bergosip. Bukan sombong, gila kerja aje. Takde masa nak buat benda-benda yang tak bermanfaat. Hot milo tak sampai separuh aku minum sudah kuangkat ke sinki. Gila tak selesa dalam keadaan awkward macam ni. Ada rasa macam nak keluar berundur
perlahan-lahan dari bilik tu!

"Naufal, habis lunch tolong masuk ke pejabat saya ya?" arahku lalu keluar dari situ tanpa mendengar jawapan darinya. Cancel lah nak pujuk dia macam ni!

Tokk tok tokk!

Bunyi ketukan dipintu menyebabkan aku automatik menegakkan duduk sambil membetul-betulkan selendang dikepala.

"Masuk." Arahku sambil memegang pen dan berpura-pura sibuk membelek fail. Fail apa pun
aku tak tahulah ni.

Pintu dibuka dan dari hujung mata aku nampak muka Naufal.

"Yes cik Iman?" aku mengerutkan dahi. Bercik- cik pulak engkau ye? Bila aku mengangkat muka terkejut beruk aku bila Naufal tanpa dipelawa sudah duduk dihadapan aku. Siap menopang dagu dengan kedua tangan diatas meja bagai!
Terdorong aku kebelakang. Apesal kau comel?

"Cik Iman panggil ni sebab nak pujuk saya kan?" matanya dikecilkan.

"Buat apa saya nak pujuk awak pulak?" tanyaku sambil mata dialihkan kepada skrin komputer.
Berpura-pura sambil lewa dengan dia. Nasib baik aku ni tak cerah sangat, kalau tak mesti Naufal
boleh nampak muka aku bermerah. Yaiks!

"Ermm..let me guess. Supaya saya bercakap balik dengan cik Iman? Kan cik Iman rindu nak dengar suara saya..?" meleret saja suara Naufal menembak aku dengan senyuman nakal dia sekali. Ooh.. silent treatment rupanya!

"Itu maknanya cik Iman dah jatuh cinta pada saya tau! Saya saja test tadi. Now I know..So, bila kita nak langsung? Next month? Next
week?" erk! Aku bertambah-tambah terkejut.

Suka-suki aje dia ni! Tapi kalau next week, sempat ke buat preparation? Nah, sudah! Aku
dah tak betul!

"Next week.. " adeh! Kusangkakan bisikan hati, rupanya betul-betul terkeluar dari mulut! Naufal
dihadapanku sudah melopong.

Pasti dia juga terkejut seperti aku. Adush! Macam mana nak tarik balik ni?

"Err..maksud saya.. next week.. next week saya nak mintak bantuan awak!" idea muncul tiba- tiba.

"Laa.. nak mintak tolong rupanya. Ingatkan dah setuju nak kawin dengan aku.. He'eleh!" perlahan
suara Naufal membebel. Aku mengetap bibir.

Macam mana boleh terlepas cakap tadi.
ish..ish..ish.

"Cik Iman nak mintak tolong apa?" tanyanya seperti kurang berminat. Hilang sudah wajah terujanya sebentar tadi. Aku melepaskan nafas kelegaan. Kalaulah dia tahu apa yang fikirkan sampai boleh terlepas kata tadi... mana aku nak
letak muka ni? Peti ais tak boleh sebab dah penuh ok.

"Saya nak bawak awak jumpa parents saya." Alang-alang dia sudi menolong. Apa salahnya
kalau aku try cara ni nak tutupkan kes daddy nak kahwinkan aku dengan Dr. Hafiz tu. Cantekk!

"Cik Iman biar betul? Jadi..kita official lah ni? Boleh saya declare dekat luar sekarang?" matanya dibesarkan. Amboi,over lah pulak.

"Dengarlah sampai saya habis cakap dulu! Saya tak kata pun kita dah official or declare or
whatever."

"Habis tu?" Naufal kembali menghempaskan
tubuh pada kerusi.

"Macam ni.. awak kena tolong saya convincekan parents saya yang kita ni pasangan dan kononnya saya setuju terima lamaran awak
haritu." Naufal mengerutkan dahi.

"Kalau awak nak tahu, hari tu dekat hotel, kebetulan makcik saya ada dekat sana. And she told my daddy about the proposal! Daddy suruh
saya bawak awak jumpa dia, kalau tak saya akan dikahwinkan dengan anak kawan dia! Pokok pangkalnya semua ni terjadi sebab awak,
dan awak lah yang selayaknya kena tolong saya." Aku berpeluk tubuh menandakan betapa
seriusnya aku.

"Cik Iman nak suruh saya berlakon depan daddy
cik Iman?" aku mengangguk.

Naufal berjeda seketika. Menimbang balik permintaan aku
agaknya. Ini aje jalannya supaya aku tak terjebak dalam fenomena kahwin paksa! Well, aku ada 3
pilihan sebenarnya.. Berlakon depan daddy, kahwin dengan Dr. Hafiz, or... kahwin betul-betul
dengan Naufal? Ish, kitorang baru kenal seminggu. Back to your sense Iman! "So?" aku meminta persetujuan Naufal. Tapi,
kalau dia tak nak aku takkan paksa..

"Okey. Bila? And dekat mana?" aku sedikit terkejut dengan penerimaannya.

"Bila tu saya tak pasti, kena tanya daddy dulu baru saya confirmkan awak. Tapi venue tu, dekat
rumah saya. Mummy kata nak masak untuk awak." Naufal mengangguk-angguk.

"Kalau awak nak upah boleh saja. Awak anggap aje ni satu lagi kerja part-time macam yang awak selalu buat tu. Okay?" lama dia terdiam.

"Okey. Upah dia saya yang akan tentukan dan cik Iman kena bayar no matter how okey?" aku
sedikit tersentak. Kata suka dekat aku, kerja senang macam ni pun nak mintak upah?! Dah
lah muka serius macam bercakap soal bisnes.

Aku rasa nak kecil hati pulak...

"Deal. Cakap aje berapa." Aku menahan rasa geram dalam hati. Tak boleh he's like 'anything
for you dear..'?

Dia tersenyum sinis. Aku menayangkan muka serius. Mata kami beradu bagaikan berlawan
laser. Huh!
***

Kekasih sepenuh masaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang