Part 4

1.7K 50 0
                                    

“Morning dear!” belum sempat aku duduk Naufal sudah terjegul depan pintu. Ish..

“Nak apa awal pagi ni?” serius aku bertanya. Tiap-tiap pagi tak kacau aku tak boleh ke? Rasanya aku tak ada bagi dia apa-apa kerja.

“Kalau ye pun duduk lah dulu..” dia

menghadiahkan senyuman manis sambil berjalan menujuku.

“Macam mana saya nak tenang duduk kalau awal pagi lagi awak dah menyempit dekat pejabat

saya?!” marahku sengaja. Dia kelihatan sedikit kaget.

“Janganlah marah. Saya cuma bawakkan sarapan ni aje.” dia meletakkan bungkusan diatas mejaku.

Aku merasa sedikit serba salah. Ikut suka hati aku aje kan tengking anak orang?

“Dan jangan risau, makanan tu halal dan selamat untuk awak makan. Tak ada benda yang bukan-bukan pun saya letak dalam tu.” Ujarnya seperti berjauh hati sebelum keluar dari pejabatku.

Bungkusan itu aku tenung. Kebetulan aku tak sempat sarapan, rezeki jangan ditolak ye tak?

Baru sahaja aku ingin membuka beg kertas itu, telefon pejabatku berdering. Bos memanggilku

masuk kepejabatnya untuk bertemu dengan pembekal dari luar. Haih..tak dapatlah aku

menjamah sarapan free tu. Meeting dengan pembekal biasanya berjam, habis aje terus lunch.

Aku berdiri dan mengambil beberapa fail yang sudah pasti diperlukan dalam perbincangan nanti.

Pintu bilikku diketuk dan dikuak dari luar setelah aku memberi kebenaran masuk. Macam ni baru

betul! Bukan main serbu aje macam si Naufal tadi! Ellisa memberikan aku sebuah fail berwarna oren.

“Encik Emran suruh beri pada cik.” Aku mengangguk. Baru sahaja Ellisa ingin melangkah keluar aku terfikir sesuatu.

“Ellisa awak dah sarapan?” dapat aku lihat Ellisa pelik dengan pertanyaanku. Dia menggeleng.

“Awak makan lah ni. Saya kena pergi ke pejabat bos lagi ni, tak sempat nak makan.” Ellisa menyambut huluranku tanpa banyak soal. Dia berterima kasih lalu pamit untuk keluar dan aku

juga perlu segera naik ketingkat 14.

Kekasih sepenuh masaWhere stories live. Discover now