"Iman, tolong hantar ni ke meja." Titah mummy dan aku turuti.
Claypot panas berisi tomyam seafood itu aku angkat dengan
berhati-hati. Claypot sesuai digunakan sebab dia tahan panas, jadi
makanan tak sejuk dengan cepat. Kata mummy sebagai ilmu dapur
untuk hari ini.Hari ini aku dengan magiknya turun padang membantu mummy
masak. Padahal sebelum ni, payah hendak disuruh! Bukan apa, aku
rasa nervous macam betul-betul boyfriend aku datang nak jumpa
bakal mak mentua dia pulak! Jadi, aku masak-masaklah supaya tak
teringat-ingat.Baru sahaja aku meletakkan claypot diatas meja berlapikkan tungku,
iPhone 4s dalam poketku berdering lagu G-Dragon. Aku tak minat
K-Pop, tapi aku layan GD. Hehe.. Naufal calling.."Hello?"
"Assalamualaikum Iman!"
"Waalaikumussalam. Awak dah sampai mana tu?"
"Saya dah masuk kawasan perumahan yang awak cakap hari
tu. Tapi saya tak ingat rumah nombor berapa, boleh awak tolong
keluar?" ceh, kata terer sampai tak perlu nak mesej alamat. Pigidah!
"Okey. Saya keluar." Talian dimatikan. Dekat tangga aku
terserempak dengan daddy. Aku hanya ber-highfive dengan daddy
sebelum berlari menuju kebilik untuk mengambil tudung pakai-
masuk aku. Tergesa-gesa aku turun dan menuju ke pintu besar
teratak 3 tingkat keluargaku ini.
Sandal fipper kusarung dan aku menapak keluar setelah membuka
pintu gate menggunakan remote. Mataku melilau-lilau mencari
kereta yang mungkin Naufal bawa. Lupa pulak tanya dia pakai
kereta apa!Tiba-tiba sebuah BMW 6 Series berhenti dihadapan rumah. Siapa
pulak ni? Ahh, malas aku nak peduli. Mana Naufal aku ni...?
Pin pinn! Kereta mahal tadi membunyikan hon. Aku menggunakan
tangan untuk menghalang matahari dari menyilaukan mataku agar
aku boleh lihat siapa gerangan yang menjengulkan kepala dari
tingkap kereta itu.
Huh? Naufal? Kereta siapa pulak dia cekau ni? Aku berjalan pantas
menuju kearahnya."Hai sayang!" sapanya ceria.
"Apa sayang-sayang! ni kereta siapa pulak ni?"
"Kereta abang saya. Kalau ye pun nak marah, bagilah saya parking
dalam dulu. Boleh?" aku mengeluh kecil namun aku mengangguk
juga. Aku membontoti kereta itu dari belakang. Boleh tahan kaya
abang dia sampai mampu beli kereta ni. Single lagi tak? Heh! Nampak sangat kematerialistikan disitu.Aku terpegun seketika bila melihat penampilan Naufal setelah dia
keluar dari kereta. Smart! Kacak! Sexy dan bergaya! Dia hanya
menyarungkan t-shirt Polo berwarna putih dengan kot berwarna
hitam tersarung pada badannya. Jeans jugak berwarna hitam.
Rambut dia yang pacak-pacak itu sangat menarik bagi aku. Amboih!
Sempat lagi anda ushar anak teruna orang ye?"Iman?"
"Hah?" terkezut ambe dengar suara dia! Kan dah ketahuan
berangan tadi..."Saya datang salah timing ke?" Naufal bertanya sambil melihat jam
tangannya. Kemudian matanya kembali teralih pada aku. Atas
bawah dia tengok aku. Dah apehal?Bila aku tengok pakaian aku.. Ya Allah, selekehnya! Tracksuit yang
sedikit disinsing. Siap dengan apron comot, bonus tertumpah
sedikit sos tomyam lagi! tak sempat nak bukak. Dah tu tudung pun
tak sepadan langsung dengan baju yang aku pakai. T-shirt lengan
panjang berwarna hijau dengan tudung warna peach bercorak
harimau bintang. Tudung 'stylo' siapa pulak aku tercilok ni?! Takkan
Izyan punya? Tak ada taste sungguh.. Aduh! Malu bertubi-tubi!"Err... Jom masuk!" aku berlari anak masuk kerumah setelah
menekan punat pada remote untuk menutup pintu pagar. Naufal
mengikut aku dari belakang. Aduhai! Tak sanggup tengok muka dia!Awal-awal pagi lagi dah memalukan diri kenapa kau ni Iman? Hilang
ke-'cool'an aku macam ni...Naufal melaungkan salam dan disambut oleh daddy yang tengah
syok layan TV. Naufal bersalaman dengan daddy."Fal..awak borak dengan daddy dulu. Saya nak naik atas tukar
baju." Naufal mengangguk. Daddy pulak sudah tergeleng-geleng."Jangan tukar baju aje, mandi terus. Comot aje anak daddy ni
depan bakal suami!" daddy menyindir aku. Tambah lagi setempek
malu! Saja aje tau daddy ni.. si Naufal pulak elok aje gelakkan aku
berpadu suara dengan daddy. Dengan muka cemberut aku menjeling daddy sambil panjat tangga dengan kaki yang sengaja dihentak-hentakkan. Ini bukan manja tau, memang marah!"Jemput makan Naufal. Jangan malu-malu." Pelawa mummy
lembut. Aku hanya menjeling Naufal dihadapanku.Ceh..bersopannya. Bila mata kami bertemu tiba-tiba dia mengenyitkan mata padaku. Erk! Tersedak aku dibuatnya. Tak guna! Kalau aku tercekik, tak sempat kau pegang status duda aku
Naufal! Aku meminum air yang mummy hulurkan sambil mataku tajam menikam si Naufal yang sedang menahan ketawa."Makan tu pelan-pelan lah kak Iman. Jangan gelojoh. Kan dah
tercekik." Adeh, apesal banyak sangat 'nasihat' dan 'teladan' dari
family aku hari ni? Tadi Encik Dzulkefli, sekarang si Izyan Afirra
pulak! Saja nak jatuhkan poin aku depan Naufal ke apa?"Sedap-sedap semua makanan hari ni. Pandai aunty masak.
Tomyam ni favorite saya!" Puji Naufal lalu menghirup kuah
tomyamnya. Pandai dia tolong cover aku."Terima kasih Naufal. Alah, masakan biasa-biasa saja. Iman kata,
Naufal ni pandai masak.""Sikit-sikit boleh lah aunty. Tapi tak boleh lawan dengan aunty lah.
Saya surrender awal-awal." Mummy ketawa kecil. Bangga lah tu
kena puji. Pandai jugak si Naufal ni ambik hati orang. Thumbs up
aku berikan pada dia. Naufal membalas dengan senyuman paling
manis.Yan disebelahku sudah menyiku aku. Eleh, kau jeles!Selesai sahaja makan tengahari itu, daddy mengajak kami untuk
solat zohor berjemaah. Memandang aku tak boleh solat, secara tak
langsung aku menjadi tukang cuci pinggan lah! Apron lagi...
Aku menyanyi-nyanyi kecil sambil mencuci disinki."Hai!" Naufal menyapaku sambil menyandarkan badan pada
kabinet."Dah siap dah solat?"
"Ha'ah.. sayang awak takde. Saya jadi imam tadi.. daddy suruh."
"Ceh!" berdaddy pulak dia dengan daddy aku!
"Tapi jangan risau, lepas kita kahwin, saya akan sentiasa jadi imam
awak. Okey?" aku tidak membalas. Pekakkan aje telinga."Nak saya tolong ke?"
"Tak payahlah. Dah nak siap dah pun. Awak tu, tukarlah kain
pelekat tu. Dah macam uncle jual cendol aje." usikku tapi tu lah..
dengan muka serius. Macam orang tak ada perasaan aje aku ni."Ya ke? Saya rasa cool aje? Bertambah hensem adalah!" Naufal
memuji diri mengundang cebikan dibibirku. Kening lebatnya
diangkat berkali-kali."Hensem ke? Sama aje.." aku pandang dia atas bawah. Lelaki disebelahku ini sudah mencebik. Tak padan dengan usia! Bagi aku, bukan makin hensem, makin comel aje. Sebab dia memang dah hensem sedia. Tapi takkan nak cakap macam tu depan dia
pulakkan? Kembang setaman karang, siapa susah?"Ye lah. Kejap lagi saya tukar.."
"Ehem ehem!" deheman yang dibuat-buat itu datang dari..siapa lagi
kalau bukan si Yan!"Dekat dapur pun berdating? Sudah-sudahlah tu korang berdua.
Malu sikit dengan Yan yang underage ni.." tersenyum-senyum Yan
menyindir kami. Underage lah sangat.. dah masuk 19 tahun pun
underage lagi?"Yan jangan nak kepoh boleh tak? Suruh daddy potong elaun
karang!" aku mengugut."Eleh.. panas baranlah kak Iman ni. Ni hah, daddy suruh abang Naufal duduk ruang tamu. Nak sambung borak katanya. Kalau akak tak tahu malu, akak ikutlah sekali." Sempat lagi Yan mengenakan aku. Nama aje kami ni tak ada pertalian darah, tapi perangai dia
100% serupa daddy! Asyik mengenakan aku aje.Yan tu merupakan anak angkat yang daddy dan mummy adopt masa dia baru berusia sebulan. Kata mummy adik untuk jadi teman aku kerana mummy disahkan tak boleh mengandung lagi selepas aku dilahirkan. Tapi dia jugak adalah anak susuan mummy sebab
mummy ada ambik suntikan agar dapat menyusukan Izyan. Yan akan kekal jadi adik kandung aku tersayang dan dia mendapat top priority dalam hidup kami semua. Aduh..sendu lah pulak rasa.
Padahal tadi marah dekat Yan kononnya!
***

ANDA SEDANG MEMBACA
Kekasih sepenuh masa
RomansaCerpen ini adalah hasil karya Thia Elea yang di petik dari laman penulisan2u. Selamat membaca!