***
Kring! Kring
Deringan telefon berbunyi menarik perhatian Athea daripada fokus melipat kain baju yang ingin dimasukkan ke dalam bagasi.
Athea bangun dan mencapai telefon yang semakin bingit berdering. Jelas nama mama kesayangan terpampang pada skrin telefon. Tanpa melengahkan masa terus butang hijau dislide ke tepi
"Assalamualaikum kakak!"nyaring suara halus yang memberi salam. Athea tersenyum teruja. Rindunya!
"Waalaikumsalam adik kakak. Sara sihat?" Athea menuju kembali ke arah katil dan melabuhkan punggung disitu
"Sihat. Sara rindu sangat dekat kakak. Bila kakak nak balik?" suara comel si cilik membuatkan Athea tidak sabar ingin pulang ke rumah. Dia rindu akan keluarganya
"Kakak balik esok sayang. Haa ni telefon kakak mama tahu tak?"
"Hihi mestilah tahu. Mama yang suruh Sara telefon kakak"
Baru sahaja Athea ingin membuka suara kedengaran samar-samar suara mama yang meminta telefon daripada Sara
"Assalamualaikum anak mama. Sihat?" Suara lembut Puan Dahlia membuatkan mata Athea berkaca
"Waalaikumsalam Mama. Thea sihat je" sebak mula menyelubungi hatinya. Lama tak peluk mama
"Laa menangis pulak. Dah nak balik kan? Tak malu betul dah besar pun menangis lagi" sempat Puan Dahlia mengusik anak sulongnya yang jauh berada di negara orang.
Athea tergelak kecil. Hampir 4 tahun tidak pulang ke Malaysia akibat tuntutan pelajaran di bumi Ireland ini. Athea dan Nabila merupakan pelajar di dalam jurusan Interior Designer bagi peringkat sarjana muda
"Esok Thea balik. Mama dengan Baba boleh datang ambik dekat KLIA tak? Kalau mama dan baba busy Thea boleh naik teksi" Ibu dan bapanya orang yang bekerjaya. Baba merupakan peguam dan mempunyai syarikat guaman sendiri manakala mama mempunyai sebuah cafe. Jadi Athea risau kalau mereka sibuk dan tidak boleh mengambilnya
"Mama dengan baba dah awal-awal ambik cuti. Baba tak sabar nak jumpa Thea. Rindu katanya"
Athea tersenyum. Tiba-tiba Nabila keluar daripada tandas dan memberi isyarat 'jom makan'. Dia menganggukkan kepala dan membuat signal sekejap
"Kalau macam tu kita jumpa esok ya mama. Thea nak makan. Kesian Bella daripada tadi lagi tunggu"
"Haa yelah. Hati-hati. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
Panggilan ditutup. Athea bergegas menyarung tudung dikepala dan mereka bersama-sama pergi ke Cafe untuk mengisi perut.
***
"Thea"
Athea mengangkat wajahnya ke arah Nabila. Kening dinaikan tanda 'kenapa'
YOU ARE READING
His Beautiful Flower |C|
Romance|COMPLETED| . ╰☆╮ HIS BEAUTIFUL FLOWER ╰► BUNGA ATHEA | QAISER AL HAQ "A marriage full of deceiption will not last long" Started: 3/1/23 End: 26/6/23