***
Sedar tak sedar sudah lebih sebulan Athea pulang dari Ireland. Ini bermakna sudah lebih sebulan juga dia mengenali Qaiser.
Tentang mesej yang ditinggalkan tanda biru dulu Athea sudah tidak mahu mengambil kisah. Kerana sepanjang sebulan perkenalan mereka, Athea dapat tahu yang Qaiser seorang yang tersangatlah perahsia dan ego serta tak lupa Qaiser juga seorang yang tidak suka berterus terang akan perasaannya
Huh! Lelaki dan ego memang susah nak berpisah. Athea sebagai tunang yang memahami sudah malas nak bertanya macam mana Qaiser boleh mengenalinya. Akhir-akhir dia juga yang sakit hati
Kalau pasal kerja pula. Haih masin betul mulut baba. Sampai ke harini dia masih tak dapat panggilan dari mana-mana syarikat yang dia pergi interview.
"Awak ni jalan laju betul! Tunggulah" kaki pendek Athea laju berjalan untuk menyaingi langkah kaki Qaiser yang panjang
Penatlah jadi pendek ni. Asyik kena tinggal je
Mereka sekarang mahu ke butik pengantin untuk fitting baju nikah dan juga resepsi. Setelah berbincang-bincang dengan kedua pihak keluarga dan juga atas persetujuan Athea serta Qaiser pernikahan mereka akan dilakukan 2 bulan dari sekarang.
Qaiser yang mendengar rungutan daripada Athea mula memperlahankan langkahnya.
"Masa kecil-kecil taknak makan sayur. Kan dah terbantut" Qaiser tersenyum sinis ke arah Athea yang berjalan di sebelahnya
Membulat mata Athea mendengar kata-kata yang tidak cukup insuran keluar dari mulut Qaiser
"Heyy mana ada terbantut. Untuk seorang perempuan ketinggian macam saya dikira ideal okey" Athea berketinggian 160cm. Ada ke patut Qaiser cakap dia terbantut. Padahal lelaki itu yang terlebih tinggi. Kalau dia bercakap dengan Qaiser pasti kepala kena dongok
Qaiser diam tidak membalas. Inilah Qaiser yang Athea kenal sepanjang sebulan lebih. Susah untuk membuka mulut. Ada emas barangkali dalam mulutnya itu
Setelah sampai di hadapan butik pengantin yang boleh dikatakan mewah, Qaiser membukakan pintu untuk Athea dan membiarkan gadis itu yang masuk terlebih dahulu
Satu yang Athea paling suka tentang Qaiser. Seorang yang gentleman. Apa-apa hal mesti Athea di utamakan
"Haa dah sampai pun merpati dua sejoli ni. Lama tau I tunggu korang" seorang lelaki yang agak lembut menyapa mereka berdua
Umi Qaiser cakap lelaki ini kenalan umi. Kalau apa-apa tempahan baju mesti umi akan tempah disini
"Hai beautiful. I Faizul Hisham. But you can call me Fasha" tangan dihulur kepada Athea. Athea mula rasa serba salah. Faizul aka Fasha ini tidak nampak ke yang dia bertudung? Sudah sah-sahlah dia tidak akan menyentuh tangan yang bukan muhrim
YOU ARE READING
His Beautiful Flower |C|
Romance|COMPLETED| . ╰☆╮ HIS BEAUTIFUL FLOWER ╰► BUNGA ATHEA | QAISER AL HAQ "A marriage full of deceiption will not last long" Started: 3/1/23 End: 26/6/23