***Qasyaf merenung tajam kad perkahwinan yang tertera nama Qaiser dan pasangan. Kalau dia tak jumpa kad ini di atas meja ruang tamu tadi mungkin sampai ke sudah pun dia masih tak tahu yang Qaiser telah pun berkahwin
Jadi, keluarganya memang sengaja tak mahu beritahu dia ke tentang majlis resepsi pada malam ini yang akan berlangsung di hotel milik Qaiser.
"Kau nak sembunyikan daripada aku kan. Let see, malam ni ada kejutan untuk kau Qaiser" Kad majlis resepsi milik Qaiser dikeronyok dengan perasaan marah
"Kau tahu aku benci dia. Tapi kau masih lagi kahwin dengan dia" Qasyaf ketawa sinis.
"Kau ingat kau kahwin dengan dia. Aku tak boleh buat apa-apa ke? Kau makin menyenangkan kerja aku lah" kertas yang dikeronyok tadi dibaling kuat ke arah dinding bilik
"Welcome to my family Bunga Athea"
***
"Anak-anak dara sekalian! Cepatlah turun. Hampir pukul 7 dah ni" jerit Harith agak kuat. Sudahlah dia yang kena bawa kereta untuk 3 orang gadis itu
Yang lain semua sudah bertolak ke hotel. Sampai hati ibu nya menyuruh dia jadi driver untuk mereka yang sememangnya bersiap lambat
"Nak siap dah. Kejap abang, tak jumpa cari kerongsang" jerit Raisya dari atas
"Kak, aku turun dululah. Makin memekak abang tu nanti kalau sorang pun masih tak turun" ujar Nurin dan dia berjalan keluar dari bilik
"Kakak kau mana Nurin. Geram je aku dengan budak Raisya ni" bebel Harith. Hanya Raisya yang masih belum siap
"Okey dah! Jom jom" jerit Raisya dan dia terkocoh-kocoh turun dari tangga
Harith memandang Raisya dari atas sampai bawah
"Ingatkan bersiap lama-lama makin lawa. Makin hodoh adalah" sarkastik betul kata-kata Harith. Mereka bersama-sama berjalan ke arah kereta Harith yang terparkir di bawah garaj
"Sibuk! Biarlah tak cantik asalkan ada boyfriend. Welk" Raisya menjelirkan lidahnya pada Harith. Nurin yang berada di belakang hanya menggelengkan kepala. Abang dan kakaknya dua-dua tak matang
"Korang boleh cepat sikit tak?!" Melissa akhirnya bersuara apabila dari tadi dia menunggu di dalam kereta. Pintu tingkap kereta dinaikkan kembali selepas memberi jelingan pada kepada Harith dan Raisya
"Haa tengok tu. Mak singa dah mengaum" kata Raisya dan menyebabkan mereka tiga beradik ketawa
"Terkedek-kedek. Lembab betul" rungut Melissa apabila mereka sudah masuk ke dalam kereta
YOU ARE READING
His Beautiful Flower |C|
Romance|COMPLETED| . ╰☆╮ HIS BEAUTIFUL FLOWER ╰► BUNGA ATHEA | QAISER AL HAQ "A marriage full of deceiption will not last long" Started: 3/1/23 End: 26/6/23