Hi lama saya tak update kan🥲
***
Pejam celik-pejam celik, sudah hampir 8 bulan Athea pergi meninggalkan Qaiser. Hati Qaiser sarat akan kerinduan kepada isterinya
"Bila flower abang nak balik?" Gumam Qaiser perlahan sambil mata merenung bulan yang cantik bersinar melalui balkoni di bilik mereka
Mengharapkan Athea turut melihat bulan yang bersinar cantik itu. Bersamanya
"Abang rindu" penghadang besi balkoni digenggam kemas. Kalau diikutkan hatinya, sudah lama dia pergi mencari Athea. Tapi dia tahu, Athea memerlukan masa. Kesalahannya bukan kesalahan kecil
Rumah banglo milik mereka terasa sunyi sejak isterinya pergi. Setiap kali dia bangun dari tidur katil diruang sebelah tidak lagi hangat seperti selalu
Bauan khas milik Athea juga lama-kelamaan turut menghilang
"Abang setia tunggu flower abang balik. Setiap saat"
***
Athea melihat bulan yang sedang bersinar terang melalui jendela. Senyumannya merekah
"Baby, minggu depan kita balik rumah kita. Papa mesti tengah tunggu kita sekarang. Kan?" Athea mengusap perut yang sudah mencecah 7 bulan. Rindu pada Qaiser tidak tertanggung lagi
"Macam mana reaksi papa bila dapat tahu yang mama sedang mengandung awak ya? Mesti dia terkejut sampai tak boleh bercakap" Athea ketawa perlahan. Tidak sabar untuk melihat reaksi Qaiser melihatnya buat pertama kali bersama perut yang memboyot
"Abang, saya rindu" mata Athea yang masih setia melihat bulan berkaca secara tiba-tiba. Rindu dan takut pada masa yang sama
Kring! Kring!
Bunyi deringan telefon membuatkan Athea tersentak. Lekas dia menutup jendela dan pergi ke arah dimana telefon yang masih menjerit minta diangkat
"Waalaikumsalam Abang Harith. Kenapa?" Soal Athea
"Thea betul nak balik Kuala Lumpur minggu depan?"
Athea tersenyum. Pasti Harith tidak percaya kerana tadi petang dia ada mesej Harith mengatakan yang dia ingin pulang ke Kuala Lumpur
"Betul lah. Abang Harith tak suka ke?" Soal Athea sengaja
"Gila kau tak suka? Aku dekat sini dah penat nak menghadap muka laki kau yang macam ayam berak kapur hari-hari. Telinga ni macam nak bernanah dengar soalan sama je dari dia" bebel Harith membuatkan Athea ketawa kecil.
Bukan dia tidak tahu Qaiser selalu bertanyakan dia berada di mana kepada Harith tapi dia yang menyuruh Harith rahsiakan
"Nanti abang dah tak perlu jadi orang tengah untuk Thea. Minggu depan In Syaa Allah Thea selamat sampai dekat Kuala Lumpur" ujar Athea. Rindu kepada keluarga dan suaminya tak tertanggung lagi
YOU ARE READING
His Beautiful Flower |C|
Romance|COMPLETED| . ╰☆╮ HIS BEAUTIFUL FLOWER ╰► BUNGA ATHEA | QAISER AL HAQ "A marriage full of deceiption will not last long" Started: 3/1/23 End: 26/6/23