(BAB 13)

1.4K 78 5
                                    

Nak lagi feel boleh pasang lagu "Salahkah by Rossa feat Hafiz Suip" Sebab saya type chapter ni sambil dengar lagu kat atas:(

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nak lagi feel boleh pasang lagu "Salahkah by Rossa feat Hafiz Suip"
Sebab saya type chapter ni sambil dengar lagu kat atas:(

***

"Kau punca aku hilang Suraya" bergetar suara Qasyaf menutur kata

Apabila nama Suraya keluar dari mulut Qasyaf, Athea dapat merasakan kepalanya kembali sakit. Pelipisnya diurut-urut

"Maksud awak? Suraya tu siapa?" Soal Athea sakit kepala cuba diabaikan. Persoalan di kepalanya lebih penting

"Dia sahabat baik kau merangkap kekasih aku" Qasyaf memejamkan matanya. Patut ke dia beritahu semuanya?

Qasyaf memandang ke arah Athea dia langsung tak dapat meneka apa yang sedang berada di dalam kepala gadis itu

"Kau tak perlu tahulah. Kau pergi berehat balik" ujar Qasyaf. Dia tahu Athea sedang menanggung kesakitan sekarang. Nampak gadis itu mengurut pelipisnya beberapa kali

"Teruskan. Ceritakan semuanya Qasyaf. Kalau betul saya punca awak hilang Suraya saya ada hak untuk tahu semuanya" tegas Athea bersuara. Biar dia tahu semuanya dari dia selalu dituduh pembunuh tanpa dia tahu apa sebabnya

"Aku tak tahu apa yang jadi malam masa korang keluar berdua. Tapi Suraya ada mesej aku, dia cakap dia keluar dengan kau nak raikan kau baru dapat lesen memandu masa tu. Itu kali terakhir aku dapat mesej dari dia sebelum aku dikhabarkan korang berdua kemalangan dan Suraya meninggal di tempat kejadian" cerita Qasyaf. Air mata yang jatuh dipipi dilap kasar. Lemahnya dia

Athea memandang wajah Qasyaf. Pertama kali dia nampak Qasyaf menangis dan selemah ini. Selalunya wajah itu hanya dihiasi dengan wajah tidak berperasaan dan senyuman sinis

"Kau tahu tak, hati aku sakit sangat Bunga. Aku balik Malaysia masa cuti sem sebab nak luangkan masa dengan dia. Tapi tak sampai tiga kali kami berjumpa kali keempat aku hanya boleh tatap jasad dia yang tak bernyawa" Qasyaf mengemam bibirnya. Ya Allah sakitnya bila ingat balik kejadian 5 tahun lepas yang hampir membuatkan dia hilang kewarasan akal

Athea menutup wajahnya dengan tangan. Ya Allah, semua salahnya ke? Kematian Suraya kerana salah dia ke? Itu ke penyebab Melissa pernah memanggilnya pembunuh dan sebab mama dan Qaiser tidak mahu memberitahu perkara sebenar?

Ya Allah sakitnya hati ini bila dapat tahu kebenaran yang dia tak pernah tahu dan sangka. Dia punca sahabat baiknya meninggal. Bahu Athea terhinjut-hinjut menangis. Lagi menyakitkan dia hidup dengan bahagia dan tanpa ada rasa serba salah langsung . Dia tak ingat wajah Suraya sahabatnya sendiri. Langsung tak ingat

His Beautiful Flower |C|Where stories live. Discover now