(BAB 23)

1.8K 83 4
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

Qaiser menyandarkan tubuh pada kerusi menunggu. Tangannya masih menggeletar dan dipenuhi darah Athea.

Tiba-tiba air mata Qaiser mengalir. Pada mulanya hanya perlahan tetapi bahunya turut terhincut-hincut.

Baru je tadi mereka bergurau senda bersama, tetapi sekarang Athea sedang bertarung nyawa di dalam bilik bedah

Qaiser bagaikan tak percaya

"Ya Allah, selamatkan isteri dan anakku" Qaiser menekup wajahnya dengan tangan

"Qaiser!!"

Qaiser mengangkat kepalanya. Kelihatan ahli keluarga mereka sudah sampai

"M-macam mana Athea?" Tergagap mama bertanya. Jantungnya seperti ingin luruh apabila Qaiser menelefonnya menangis-nangis memberitahu Athea dilanggar oleh kereta kerana cuba menyelamatkan seorang budak kecil

"Baby terpaksa dikeluarkan sekarang juga. Keadaan Athea terlalu parah" balas Qaiser perlahan. Dia tiada kudrat mahu bercakap banyak

Semua yang mendengar meraupkan wajah mereka. Qasyaf seperti terkelu tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Punggung dilabuhkan ditepi abang kembarnya dan beg berisi baju yang diminta Qaiser tadi dihulur

"Ya Allah anak mama" mama meraung-raung di dalam dakapan papa

Suasana sekarang seakan dejavu bagi mereka. 6 tahun lepas, di hospital yang sama dan kes yang sama iaitu kemalangan.

Dulu Athea masih diberi peluang untuk bernafas buat kali ke dua walaupun kondisinya pada ketika itu turut parah. Tapi kali ini? Masih ada keajaiban seperti 6 tahun lepas ke?

Setelah lama menunggu, Qaiser bangun dari duduknya. Tangan sempat menggapai beg kertas yang dibawa oleh Qasyaf dan ingin berjalan pergi tetapi dihalang oleh tangan Qasyaf yang memegang lengannya

"Kau nak pergi mana?" Soal Qasyaf. Risau jika Qaiser buat yang bukan-bukan

"Solat" hanya sepatah dan dia terus berlalu pergi

Qasyaf melihat sedih belakang badan abang kembarnya. Mereka baru bertemu kembali satu minggu yang lepas, kenapa cepat sangat engkau menarik nikmat-Mu Ya Allah.

Setitis air mata luruh jatuh ke pipi tapi cepat-cepat Qasyaf sapu

***

"Ya Allah ya tuhanku, Yang Maha Pengasih dan juga Penyayang. Ya Allah, aku sangat memerlukan bantuan-Mu. Kasihanilah isteri dan juga anakku. Kau permudahkanlah urusan mereka di dalam bilik bedah. Kuatkan lah semangat isteriku untuk bertarung melawan sakit yang telah Kau beri kepada dia Ya Allah. Aku mohon Ya Allah, jangan ambil mereka terlebih dahulu" Qaiser berhenti sekejap kerana tidak mampu menahan sebak di dada. Air mata yang mengalir disapu

"Tiada yang lebih berkuasa kecuali Engkau. Ya Allah, jika ditakdir mereka pergi dahulu aku redha. Ampunkan segala dosa-dosa isteriku sesungguhnya dia seorang isteri yang solehah. Seorang isteri yang baik dan juga taat. Masuk kan dia ke dalam syurga-Mu dan jauhkan dia dari azab api neraka-Mu. Kumpulkanlah kami bersama disana Ya Allah. Sesungguhnya akhirat adalah tempat abadi. Aamiin Aamiin Ya Rabbalalamin" Telapak tangan diraup ke wajah

His Beautiful Flower |C|Where stories live. Discover now