(BAB 7)

1.8K 82 11
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

"Thea dah okey ke?"soal Puan Kirana apabila kelibat Athea dan juga Qaiser sedang berjalan ke arah mereka yang berkumpul di ruang tamu

"Dah okey Maklong. Tadi je kepala sakit" jawab Athea dan dia melabuhkan duduk di tepi Qaiser apabila suaminya itu menarik tangannya agar duduk disitu

"Risau Mak long tahu tak. Nasib tak teruk sangat"

Athea hanya senyum tipis. Dia memandang ke arah Melissa yang duduk berhadapan dengannya. Gadis itu seakan-akan mengelak dari melihat wajahnya

"Majlis belah Qaiser esok pukul berapa?" Soal Maksu yang baru tiba bersama dulang berisi jug air ditangan.

"Pukul 8:30 malam majlis dah mula. Tapi ahli keluarga pukul 8 dah kena ada dekat sana. Nak solat maghrib dekat hotel pun boleh sebab saya dah khaskan suite vip"kata Qaiser. Majlis belah lelaki memang di adakan di hotel miliknya sendiri.

"Haa mudahlah macam tu. Tak kelam-kabut sangat. Pukul 7 tu dah boleh gerak hotel. Esok anak-anak dara bersiap ala kadar je dulu. Maksu taknak dengar ada yang lambat" Mak su memandang anaknya Melissa, serta dua orang anak Mak long Raisya dan Nurin. Tahu sangat kalau anak-anak gadis bersiap memang lama

"Baiklah Mak su. Kami menurut perintah"ujar Raisya dan diikuti adiknya Nurin

"Jangan percaya cakap dua ketul ni Mak su. Masa ni cakap lain esoknya jadi lain" Tiba-tiba anak pertama Mak long menyampuk dari arah belakang. Tudung Raisya sengaja dirosakkan dan dia duduk di tepi adiknya itu.

"Abang Harith!! Rosak tudung orang"marah Raisya. Dia memukul tangan abangnya kuat. Harith ketawa mengejek. Suka betul mengusik adiknya

Yang lain hanya mampu menggelengkan kepalanya. Kalau berkumpul berginilah jadinya. Harith walaupun berumur lagi tua dari Qaiser tapi perangai mengusik dan nakal memang tak hilang

"Harith, kamu tu bila nak kahwin. Dah umur 28 pun masih tak jumpa yang sepadan ke?" Soal mama

"Alah Mak ngah. Lelaki ni makin tua makin laku tahu tak? Kan Qaiser" lengan Qaiser dicuit meminta back up. Kerana hanya mereka berdua lelaki yang berada di situ

"Haah, betul lah tu. Lelaki ni makin berusia makin ramai yang nak. Lagi-lagi yang dah jadi suami orang, Kan flower" Qaiser senyum senget ke arah Athea yang berada di sebelah. Gadis itu sudah memandangnya tajam

"Habislah kau Thea. Suami kau ni dahlah sama kacak dengan aku" sempat Harith masuk bakul angkat sendiri. Qaiser ketawa mendengar kata-kata Harith

Oleh kerana terlalu geram, Athea melempar bantal segi empat yang berada di atas pehanya ke muka Harith tapi sempat disambut lelaki itu

"Perasan!" Athea bangun dan berlalu naik ke atas. Malas nak melayan Harith yang sememangnya suka menyakat orang

"Ganaslah isteri kau ni" Harith melempar bantal tadi ke riba Raisya

His Beautiful Flower |C|Where stories live. Discover now