***
Beberapa bulan kemudian
"Morning"
Pipi sang isteri dicium dan dia memeluk erat pinggang Athea dari belakang.
Athea menyiku perlahan perut berketak-ketak milik Qaiser
"Abang, saya tengah masak. Boleh tak duduk diam dekat meja tu?" Kata Athea. Masa dia nak masaklah suaminya buat perangai clingy macam ni
"Masak jelah. Abang tak kacau awak pun" balas Qaiser penuh selamba. Pelukan makin dieratkan
"Abang jangan marah kalau senduk ni tercampak dekat kepala abang ya nanti" Athea sudah memberi amaran. Geram sangat dengan Qaiser ni
Qaiser tersenyum mengendahkan kata-kata isterinya. Rambut Athea dihidu lama. Wangi
"Abang please. Karang hangus mee goreng ni abang yang tak boleh sarapan" Athea meletakkan senduk dan menutup api dapur. Badan dipusingkan menghadap wajah suaminya. Pipi Qaiser diusap
"Rindulah" ujar Qaiser. Wajah diletakkan pada ceruk leher isterinya. Athea tersenyum geli hati dan tangannya naik meramas rambut keperangan Qaiser
"Saya selalu je ada depan mata abang kecuali kalau abang pergi kerja. Celah mana yang boleh rindu pun tak tahulah"
"Abang kena rindukan flower selalu. Hari ni abang dah kena pergi Sabah" ujar Qaiser. Wajah diangkat dari leher Athea. Wajah isterinya dipandang sedih
"Abang pergi 3 hari je kan. Tak lama pun"
"Lama. Kalau flower takde dengan abang 3 hari tu ibarat 3 tahun" bibir sengaja dicebikkan meminta simpati dari isterinya
"Mengadanya suami saya ni" hidung Qaiser dipicit perlahan
"Sayang, i'm sorry sebab terlalu busy sejak kebelakangan ni. Syarikat ada masalah sikit. Abang selalu sangat tinggalkan awak sorang-sorang dekat rumah sampaikan honeymoon kita pun dah tertangguh berbulan-bulan yang lepas" kepalanya kembali di daratkan pada bahu Athea. Dia tahu Athea sunyi tapi isterinya tak pernah cakap kepada dia
Sugguh Qaiser berasa amat kesal dengan jadualnya yang terlalu padat dan juga masalah yang melanda syarikat keluarga mereka. Kadang-kadang pukul 10 hingga 11 malam baru dia pulang ke rumah dan Athea sudah pun tidur. Dia rasa dia telah abaikan isterinya sendiri
"Abang, it's okay. Saya faham. Saya tak ambil hati pun. As long as abang selalu balik rumah walaupun lewat" rambut Qaiser diusap. Tipulah kalau Athea tak rasa apa-apa sejak kebelakangan ni tapi dia sebagai isteri perlu faham bahawa bukan hanya dirinya yang Qaiser perlu fokus. Suaminya masih ada tuntutan kerja yang perlu dibuat juga
YOU ARE READING
His Beautiful Flower |C|
Romansa|COMPLETED| . ╰☆╮ HIS BEAUTIFUL FLOWER ╰► BUNGA ATHEA | QAISER AL HAQ "A marriage full of deceiption will not last long" Started: 3/1/23 End: 26/6/23