***
Athea menyalami lama tangan berusia yang sudah banyak mengajarnya tentang banyak perkara disini
"Terima kasih Ummi, sebab setia ajar Thea dan beri semangat kepada Thea selama ni. Setiap apa yang Ummi ajar, Thea akan ingat sampai Thea mati" ujar Athea sebak. Dia tidak tahu bila lagi dia boleh berjumpa dengan wanita berusia dihadapannya ini yang sudah dianggap seperti ibu sendiri
Puan Nafisah mengusap kepala anak didiknya. Selama 8 bulan dia melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana keadaan Athea yang turun dan naik
"Ingat pesan ummi, syurga seorang isteri berada di bawah telapak kaki seorang suami. Buatlah apa yang disuruh suami jika masih tidak melanggar syariat islam. Sebaik-baik wanita ialah seorang isteri dan wanita solehah" pesan Puan Nafisah. Berat hatinya mahu berpisah dengan Athea kerana dia sudah menganggap Athea seperti anak sendiri
Athea mengusap air matanya. Lagi beberapa minit bas akan bergerak. Sempat tubuh tua itu dipeluk erat
"Halalkan segala ajaran ummi untuk Thea ya. Kalau panjang umur, kita jumpa lagi" ujar Athea dan melepaskan pelukan kemudian mata dihala kepada remaja lelaki yang berdiri disebelah Puan Nafisah
"Zareef, jaga ummi baik-baik ya. Jangan nakal. Akak tak ada nak marah-marah Zareef lagi" Athea mengukirkan senyuman buat adik angkatnya itu.
"Akak selalu balik sini jenguk kami tau" ujar Zareef pula. Agak sedih untuk melepaskan Athea pergi. Gadis itu baik dan selalu melayan dia seperti adik
"In Syaa Allah. Belajar elok-elok" sempat Athea memberi pesanan. Jam ditangan dilihat sekilas
"Ummi, bas dah nak bertolak. Thea pergi dulu ya"
Puan Nafisah menganggukkan kepala tanda mengizinkan. Berat hatinya mahu melepaskan Athea pergi dengan perut yang sudah sarat
Athea memusingkan tubuh untuk melangkah tetapi tubuh kembali menghadap Puan Nafisah apabila dia teringat akan sesuatu. Beg tangan diseluk dan dicari sesuatu
Benda itu dikeluarkan oleh Athea. Dia tersenyum sebentar melihat benda yang dipegang itu. Wajah Puan Nafisah dipandang kembali dan benda itu dihulurkan kepada ibu angkatnya
"Apa ni Thea?" Soal Puan Nafisah hairan tapi tangan masih menyambut
"Bila masa itu dah tiba, ummi tolong beri kepada keluarga saya ya" pesan Athea penuh pengharapan.
"Kenapa kamu tak beri sendiri? Kamu nak balik jumpa mereka kan?" Makin hairan Puan Nafisah mendengar permintaan pelik Athea. Zareef yang berada di sebelah turut hairan
"Ini amanah. Ummi tolong saya ya" Athea tidak menjawab soalan Puan Nafisah. Biarlah masa yang menentukan
Puan Nafisah akhirnya menganggukkan juga kepalanya. Apabila dia mendengar perkataan amanah yang keluar dari bibir Athea tahulah dia bahawa benda yang berada di tangannya ini adalah perkara sulit
YOU ARE READING
His Beautiful Flower |C|
Romance|COMPLETED| . ╰☆╮ HIS BEAUTIFUL FLOWER ╰► BUNGA ATHEA | QAISER AL HAQ "A marriage full of deceiption will not last long" Started: 3/1/23 End: 26/6/23