(BAB 24)

2.8K 97 30
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

***

Hari berganti hari. Hari ini Athea akan dibawa ke bilik bedah untuk membuat pembedahan membuang darah beku di dalam kepala. Katil yang disorong diikut oleh Qaiser. Sesekali tangan kecil Athea digenggam

Setelah sampai dihadapan pintu bilik bedah, Qaiser dihalang oleh nurse supaya menunggu diluar

"She will be okay. Banyakkan berdoa" tutur baba dan mengusap belakang Qaiser

Hari ini hanya Qaiser, baba dan juga umi sahaja yang datang ke hospital memandangkan Qasyaf dan daddy perlu ke pejabat menggantikan Qaiser. Mama pula masih belum kebah dari demam panas.

Mama memberontak mahu ikut sekali ke hospital tapi dilarang keras oleh baba. Takut apa-apa yang terjadi kepada mama dengan keadaan yang masih lemah

Setelah hampir 6 jam menunggu, lampu bilik bedah kembali bertukar menjadi hijau. Tanda pembedahan telah selamat dijalankan

Qaiser, umi dan baba sabar menanti doktor keluar untuk memberitahu perkembangan Athea kepada mereka

"Macam mana dengan isteri saya doktor?" Soal Qaiser setibanya doktor Aida dihadapan mereka

Doktor Aida tersenyum lebar dan menganggukkan kepala

"Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar tetapi keadaan Puan Athea masih lagi bergantung pada mesin oksigen. Jadi lebih banyak tawakkal dan berdoa kepada Allah agar Puan Athea dapat melepasi tahap kritikal" jelas Doktor Aida

Qaiser meraupkan wajahnya tanda bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana telah melancarkan pembendahan Athea

"Terima kasih doktor" ucap baba bersama senyuman lebar. Pasti isterinya gembira mendengar khabar ini

"Jika tiada apa-apa lagi saya minta diri dulu" pamit Doktor Aida dan kembali masuk ke dalam bilik pembedahan

"Ya Allah terima kasih" bisik Qaiser perlahan sambil memeluk umi erat. Walaupun keadaan Athea masih kritikal dia masih bersyukur kerana Athea dapat bertahan ketika menjalani pembedahan

***

3 minggu kemudian

Qaiser tersenyum kecil melihat wajah Qashrina yang sedang menyusu. Jari kecil anaknya erat memegang jari kelingking miliknya

Alhamdulillah, Qashrina makin sihat dari hari ke hari. Tubuh kecil itu mula makin berisi dan semakin gebu

Tapi Qashrina masih tidak boleh dibawa pulang kerana anaknya masih belum cukup kuat

"Encik, doktor dah beri keizinan untuk encik dukung anak encik" berita gembira itu disambut penuh syukur oleh Qaiser

Setelah 3 minggu dia menunggu. Akhirnya, buat pertama kali di dalam hidup dia dapat mendakap tubuh kecil anak mereka didalam dukungannya

His Beautiful Flower |C|Where stories live. Discover now