(BAB 12)

1.3K 62 1
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


***

Athea melihat ke arah mama yang sedang melayan Sara mewarna di ruang tamu di sebalik dinding. Dia berkira-kira untuk tanya apa yang difikirkannya semalam atau tidak

Tapi kaki tetap melangkah ke arah mama

"Mama" panggilnya perlahan dan punggung dilabuhkan ditepi mama

Mama yang sedari tadi fokus pada Sara yang sedang meniarap sambil melukis menoleh ke arah Athea disebelahnya

"Ya, kenapa sayang?" Soal mama

"Thea nak tanya sesuatu. Tapi kita berdua je" ujar Athea. Sara memang masih kecil dan tak faham tapi dia taknak masalah mereka orang dewasa terpalit pada Sara yang masih kecil

"Boleh sayang. Kejap mama panggil Mak Mah" baru saja mama ingin bangun tetapi dihalang oleh Athea

"Biar Thea cakap dekat Mak Mah. Mama tunggu dekat garden ya" kata Athea dan berlalu ke arah dapur untuk memberitahu kepada Mak Mah tolong perhatikan Sara sebentar

Selepas selesai memberitahu Mak Mah Athea terus menuju ke pintu dan keluar pergi ke arah garden dimana mama sedang menunggu

"Thea nak tanya apa?" Soal mama setelah Athea duduk di kerusi berhadapan dengannya

Athea tidak memandang ke arah mama. Tapi fokusnya kepada kolam ikan ditepi mereka. Jarinya dimain-mainkan tanda dia sedang resah sekarang

"Thea nak mama jujur" Athea memandang ke arah mamanya

Apabila mendengar kata-kata Athea membuatkan jantung mama tidak tenteram

"J-jujur pasal apa Thea?" Soal mama cuba menutup kegugupan yang melanda

"Parut ni bukan sebab Thea jatuh tangga 5 tahun lepas kan?" Parut didahinya disentuh. Dia teringat pada masa itu dia sedar sahaja dari koma dia sudah berada di hospital. Tidak ingat apa-apa langsung kecuali wajah mama dan baba dan dia disahkan amnesia kekal. Itu yang dikatakan oleh mama

"Sekarang Thea tak percaya parut ni kerana jatuh. Sebenarnya Thea tak pernah jatuh tangga kan mama? Dulu memang Thea tak banyak tanya sebab Thea ikut je apa mama dan baba cakap. Tak mungkin mama dan baba nak tipu Thea tapi sekarang Thea dah besar dah boleh berfikir dengan betul" sambung Athea panjang lebar. Dia tekad untuk tahu semuanya pada hari ini. Qaiser juga banyak berahsia dengan dia.

Mama diam tidak tahu untuk menjawab apa tapi tangan Athea disentuh perlahan.

"Mama minta maaf" mama menundukkan wajahnya. Serba salah kerana menutup kebenaran dari Athea

"Kami terpaksa tipu Thea sebab Qaiser yang suruh. Dia taknak Thea sakit kalau ingat balik kejadian kemalangan tu. Tapi niat kami baik Thea, mama dan baba tak sanggup nak tengok Thea sakit lagi. Cukup dulu Thea pernah koma. Jantung mama macam nak luruh bila dapat berita tu" hati tuanya kembali sedih apabila mengingati peristiwa yang berlaku 5 tahun lepas. Nyawa Athea ketika itu hanya bergantung pada mesin oksigen

His Beautiful Flower |C|Where stories live. Discover now