Kami berdua keluar dari kereta, kaki kami melangkah untuk masuk ke dalam majlis itu, kami disambut dengan sangat hormat. Ramai juga orang yang aku kenal tetapi ada juga orang yang aku tidak kenal.
"Selamat datang bro" kata seorang lelaki muda sambil menepuk bahu lutfy.
"Ceh datang dengan patner baru, selalu nya kau sorang je" kata lelaki itu lagi.
"Ish, mana ada lah ni isteri aku, shahira. Kata lutfy.
"Sayang, ini Adrian Mikhael " kata dia lagi.
Aku dan dia berkenal-kenalan, setelah itu kami memilih meja untuk makan bersama. Di meja itu juga terdapat Mikhael dan seorang wanita.
Mungkin girlfriend dia. Ada juga kawan kawan lufty yang lain duduk bersama dengan kami. Setelah makan bersama kami duduk bersembang dengan kawan kawan nya.
Aku terasa seperti ada tangan yang menepuk bahu ku. Dengan cepat aku pusing ke belakang dan terlihat seorang gadis muda, mungkin dia sama usia dengan ku.
"Shahira Ameliya kan," kata seorang gadis itu.
Aku hanya menganguk dengan perlahan. Ada orang kenal aku ke dekat sini?
"Saya Inaira Kaisarah isteri kepada
Adrian Mikhael, yang duduk satu meja dengan awak tadi" kata gadis itu."Oh, awak isteri dia, saya ingatkan girlfriend dia" ujarku.
"Adrian dengan lufty tu sepupu, sepupu belah ayah" ujar dia lagi.
"Awak isteri lutfy kan"? Soal gadis itu.
"Haah saya lah tu" balasku.
"Saya minta maaf lah tak dapat datang waktu awak kahwin haritu" ujar gadis itu.
"Eh tak apa, awak dah kenal kan diri pun dah bagus" balas ku lagi.
"Sayang, jom kita balik" sampuk lutfy.
"Inaira saya mintak diri dulu, kalau ada masa nanti kita borak lagi" kata ku sambil menyalam tangannya.
"Okey" balas nya dengan pendek.
***
"Awak sembang apa dengan inaira tadi?" Soal lutfy.
Aku hanya mendengar dan tidak jelas mendengar apa yang disoal lutfy tadi. Tanpa sedar aku sudah terlelap dengan terlena.
Aku tersedar pada jam pukul 3:40 pagi. Aku memandang di sekeliling, macam pernah nampak bilik ni. Rupa-rupanya, aku berada dalam bilik lutfy. Sejak bila aku ada dalam bilik dia, tadi bukan ke masih di dalam kereta.
Aku bangun dari tidurku. Perut ku mula berbunyi. Aku berasa sangat lapar kerana di majlis tadi aku hanya makan sedikit. Terlihat lutfy sedang seronok dibuai mimpi.
"Abang,abang" kejut ku sambil memukul kaki nya.
"Hm kenapa" balas nya.
"Saya lapar lah" balas ku.
"Kejap saya panas kan lauk petang tadi" balas nya lagi dengan suara malas.
Die bergegas masuk ke dalam bilik air untuk membasuh muka, setelah itu dia keluar dari bilik untuk panaskan lauk di dapur.
Kini giliran aku pula yang masuk ke dalam bilik air untuk membasuh muka, setelah itu, aku turun ke bawah.
"Sayang, ni abang dah panaskan lauk semalam, duduk sini makan" arah nya.
***
445 P.P
Shahira ig: shahiraa_ameliyaa
Lutfy ig: lutfyy_rafiqi

ANDA SEDANG MEMBACA
MY LOVE LUTFY RAFIQI
RomancePenemuan yang tidak dijangka diantara seorang gadis melayu yang berumur 20 tahun dan lelaki berkacukan China yang berumur 21 tahun. Gadis ini mahir dalam bidang melukis. Lelaki ini pula mahir dalam bidang muzik. *COMPLETE‼️* "SHORT STORY" ** "Aku te...