24: MY LOVE LUTFY RAFIQI

101 11 0
                                        

Aku melihat ke skrin telefon bimbitku, macam mana dia boleh dapat nombor telefon aku? Aku kembali ke panggilan itu.

"M-macam mana awak dapat nombor telefon saya ni?" Soal ku.

"Sayakan bakal suami awak, mestilah saya tahu semua tentang awak?" Balas nya.

Dia ni gila ke apa? Dia tak tahu ke aku ni dah kahwin, dah jadi isteri orang.

"Saya gurau je lah, jangan la percaya sangat" kata nya sambil ketawa. Aku pun turut ketawa bersamanya.

Tanpa aku sedar lutfy masuk kedalam bilik.

"A-ada, belum sempat aku menanyakan kepadanya tiba-tiba telefon bimbit miliku dirampas oleh lutfy.

"Awak! Saya belum habis cakap lagi dengan dia" marah ku.

"Seronok gelak-gelak dengan lelaki lain?" Soal nya dengan muka marah.

"Seronok ke, aku tanya!! Tengking lutfy.

Aku hanya tunduk memandang ke arah lantai dengan mata yang mula berair.

"I ask you shahira" kata lutfy dengan nada yang sedikit perlahan.

"T-tak" Jawab ku. Air mata ku mula menitis di pipi.

"Habistu yang kau pandai-pandai angkat call dia kenapa!!" Tengking nya lagi. Air mata ku mula berderas dengan laju.

"S-saya tak tahu pun itu nombor lelaki" balas ku.

"Lepas ni aku tak nak kau pandai-pandai angkat call lelaki kecuali daddy dan papa" ujar nya.

"Kau faham tak!" Tengking nya lagi.

"F-faham" angguk ku.

Dia keluar dari bilik itu dan menghempaskan pintu bilik dengan kuat sehingga aku terkejut.

Aku melangkah kaki pergi ke bilik air untuk membasuh muka, setelah itu aku menarik selimut dan baring di atas katil. Mata dan hidung ku mula merah. Tanpa sedar aku terlelap dengan lena.

***

Aku tersedar pada jam pukul 10:20 malam, aku tidak tahu dimana lutfy berada sekarang. Aku dan dia tidak bersemuka lagi sejak pergaduhan petang tadi. Aku mengambil keputusan untuk mencari dia dan meminta maaf kepadanya.

Kaki ku mula melangkah ke satu persatu bilik yang berada di dalam rumah ini. Puas aku mencari semua bilik di atas kecuali satu sahaja bilik nya belum aku masuk.

Aku mengetuk pintu itu namun, tiada yang menyahut, aku perlahan lahan memulas tombol pintu itu. Dah terlihat lutfy sedang tidur di atas katil. Perlahan-lahan aku duduk di sebelah nya.

"Saya mintak maaf abang" ujarku sambil menangis dalam diam. Aku menarik selimut dan selimut tubuhnya.

Belum sempat aku bangun dia lebih pantas menarik tangan ku. Aku terkejut kerana dia terjaga dari tidur nya.

"Abang mintak maaf juga shahira, abang tak sengaja,abang tak patut marah awak, abang tak boleh kawal marah abang. abang mintak maaf sangat-sangat, please maafkan abang" minta nya.

"Abang tak salah, yang salah nya shahira, shahira yang buat abang marah" balas ku.

"Abang kena janji dengan shahira, abang tak boleh marah shahira macam tadi, shahira takut." Mintak ku pula.

"Boleh sayang, kata nya sambil mencium tangan ku.

"Terima kasih abang" ujar ku.

"Sama-sama sayang" balas nya.

***

Shahira ig:shahiraa_ameliyaa
Lutfy ig:lutfyy_rafiqi


MY LOVE LUTFY RAFIQITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang