Penemuan yang tidak dijangka diantara seorang gadis melayu yang berumur 20 tahun dan lelaki berkacukan China yang berumur 21 tahun. Gadis ini mahir dalam bidang melukis. Lelaki ini pula mahir dalam bidang muzik.
*COMPLETE‼️*
"SHORT STORY"
**
"Aku te...
Sudah 1 malam putry tidur di rumah ku, kini tiba la dia untuk pulang ke rumahnya. Kalau ikut kan aku, hendak saja suruh dia duduk di sini sementara mama dan papa di luar negara tetapi apakan daya dia juga mempunyai rumah dan keluarga.
"Akak shahi, putry mintak diri dulu ya, nanti kalau ada apa apa call je putry atau abang lutfy ya." Pesan putry kepadaku.
"Mm ok putry" balas ku dengan pendek.
"Bawa kereta elok elok" pesan ku pula.
"Alright, baik assalamualaikum" ujar nya.
"Bai waalaikumsalam" balasku.
Kereta Honda City warna hitam milik putry telah tiada di persekitaran rumahku. Aku berasa sangat bosan ketika tiada dia.
Aku melangkah kaki untuk masuk ke dalam rumah. Belum sempat aku naik ke bilik tiba tiba ada yang menekan loceng rumah ku. Aku kembali turun ke bawah lalu aku membuka pintu. Terlihat Alyssa iaitu jiran ku.
"Kenapa Alyssa?" Soal ku.
"Ada bunga depan pintu pagar rumah kau" kata nya.
"Aik siapa pulak yang bagi" soalku.
"Entah aku pun tak tahu" balas nya sambil menghulurkan bunga itu.
"Cuba try kau check mana tahu kut kut ada card" kata nya lagi.
Aku mengambil bunga itu dan aku meraba raba bunga itu dan terjatuh sekeping card kecil yang berada di dalam satu sampul. Aku mengambil card itu dan aku membuka sampul.
I'm sorry sayang♡
-Fiance you
Aku hanya tersenyum melihat card dan bunga itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Heehm untung la ada tunang yang sweet, aku ni langsung tak laku" balas Alyssa.
"Dah lah malas aku layan kau" balasnya lagi.
Alyssa membuat muka menyampah lalu dia kembali pergi ke rumah nya. Yang aku pula hanya tersenyum sorang sorang dah macam orang gila.
Lalu aku masuk ke dalam rumahku. Aku naik ke bilik ku. Aku mencapai telefon bimbit miliku lalu aku mesej lutfy.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aku menutup semula telefon bimbitku. Aku berasa sangat lapar, aku turun ke bawah untuk masak nasi goreng. Duduk sorang masak nasi goreng pun dah cukup. Bukan malas tetapi nanti membazir kalau masak tapi makan tidak habis.
Setelah aku siap memasak nasi goreng aku duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.
Setelah habis makan aku kembali ke bilik ku. Aku menghempaskan badan ku di atas katil. Aku hanya baring di atas katil ku. Tanpa sedar aku sudah terlelap.
Jam menunjukkan pukul 8:30 malam, aku tersedar dari tidur ku. Aku melihat jam di skrin telefon bimbit ku. Dengan bergegas aku bangun dan membersihkan diri.
Setelah siap aku membersihkan diri, aku duduk di meja solek lalu aku mengikat rambut ku. Aku mengambil sejadah dan aku bentang mengikut arah kiblat. Aku mengambil telekung dan aku menyarung telekung itu di tubuh ku. Aku mulakan untuk solat insyak.