Penemuan yang tidak dijangka diantara seorang gadis melayu yang berumur 20 tahun dan lelaki berkacukan China yang berumur 21 tahun. Gadis ini mahir dalam bidang melukis. Lelaki ini pula mahir dalam bidang muzik.
*COMPLETE‼️*
"SHORT STORY"
**
"Aku te...
Aku mula melangkah kaki untuk keluar dari rumah Aunty Aminah. Kunci kereta BMW aku keluarkan dari handbag, Kereta BMW ku meluncur ke atas jalan raya. Aku berhenti pada sebuah klinik untuk membeli sedikit ubat.
Selepas selesai aku keluar dari pintu itu sambil meraba-raba handbag ku untuk mencari telefon bimbit miliku. Aku berlaga bahu dengan seorang lelaki yang tinggi.
Aku memandang lelaki itu, macam pernah ku lihat tapi di mana ya?. Aku mula meminta maaf kerana aku yang bersalah kerana jalan tidak memandang hadapan.
"Eh shahira kan?" Tegur nya sambil menunjuk ke arahku.
"Ye saya" balas ku.
"Ingat saya lagi tak?" Balas nya pula.
"Macam pernah tengok tapi tak ingat" ujar ku.
"Oh, saya ayden fathan" balas nya.
" jom la kita pergi Cafe sana sekejap borak borak lagipun dah lama tak jumpa awak" balas nya lagi.
Aku dan dia berjalan sambil borak kosong, kami sudah berada di kawasan Cafe itu. Aku duduk di hadapan nya.
"Bila awak balik Malaysia?" Soal ku.
"Seminggu lebih dah" balas nya.
"Awak duduk Malaysia berapa lama?" Soal ku lagi.
"Sampai saya selesai kan tugas saya, then baru saya balik sana" balas nya.
"Tugas apa yang awak kena selesai kan?" Gatal mulut ku ingin bertanya kepadanya.
"Saya nak cari orang yang tangkap adik perempuan saya" balas nya.
"Dia ada dekat penjara ke?" Soal ku.
"Yes, dia ada dekat sana". Balasnya.
"Ohh, bersabar je la, kita berdoa je dekat Tuhan" balasku.
Jam menunjukkan hari pun sudah hendak malam. Sedang kami berborak borak akhirnya aku meminta untuk diri untuk pulang ke rumah.
"Saya kene balik ni dah lewat" Kataku.
"Ok see you again" balas ku
"Alright" balas nya.
***
Aku memarking kereta di tempat khas. Setelah itu aku melangkah kaki untuk masuk ke dalam rumah. Aku naik ke bilik untuk membersihkan diri.
Setelah aku mandi, aku terbaring di atas katil ku. Aku mengambil telefon bimbit miliku. Aku hanya membuka aplikasi tiktok, sambil aku scroll aku mendapat mesej dari lutfy. Aku hanya membalas soalan demi soalan nya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aik dia jelouse ke aku rapat dengan lelaki lain? Ke dia dah kenal lelaki tu yang sebenar? Otak ku mula berfikir macam macam.
Haih entah la rasa nak merajuk tapi nanti rindu pula. Rasa nak marah tapi nanti kesian pula. Rasa nak nangis tapi tak sedih pula.
***
Sudah seminggu lebih kami tidak bertemu. Aku pun tidak mesej dia, dan dia pun tidak mesej aku. Aku hanya buat kerja sendiri. Dia pun mesti sibuk dengan kerjanya.
Setelah aku membersihkan diri, aku turun ke bawah untuk menonton televisyen, maklumlah tinggal seorang diri di rumah. Mama dan papa pergi ke Itali selama 2 minggu. Mak Jah cuti kerana suami nya sakit.
Sedang aku menonton televisyen tiba tiba ada yang mengetuk pintu rumah ku. Aku bangun dan pergi ke arah pintu. Aku tidak dapat melihat gerangan orang di luar itu. Aku membuka pintu dan terlihat putry di hadapan ku.