Aku melangkah kaki pergi ke arah meja kerja lutfy. Muka lutfy sangat serius apabila sedang membuat kerja. Dia berpaling ke arahku.
"Sayang, besok pagi kita pindah rumah baru kita". Kata nya.
"Oh ok tapi besok awak tak kerja ke?" Soal ku.
"Kerja, tapi saya suruh orang lain ambil alih" balas nya.
"Jadi, awak besok tak payah kerja dulu, nanti saya bagitahu putry" balas nya.
"O-oh okey abang" balas ku.
***
Keesokan harinya...
Mama dan papa ku telah pulang dari kedah, kami pula hendak pindah ke rumah baharu. Jadi kami sempat berjumpa dengan mama dan papa.
Aku dan lutfy meneruskan mengemas barang barang keperluan kami. Sebelum kami pindah ke rumah baharu, mama dan papa mengajak kami makan sarapan pagi sebelum pulang.
Aku dan lutfy hanya mengikut perintah mereka, setelah kami sarapan pagi bersamanya, kami meminta diri untuk pergi.
"Mama, papa lutfy dengan shahira balik dulu." Kata lutfy sambil menyalam tangan papa dan mama.
Aku juga turut salam mereka berdua.Kaki kami berdua melangkah masuk ke dalam kereta BMW milik lutfy. Lutfy sempat hon kereta nya sebelum pergi. Kereta kami telah keluar dari kawasan rumah mamaku dan telah meluncur ke jalan raya.
Aku terlelap sementara tunggu untuk sampai ke rumah baharu kerana rumah itu agak sedikit jauh.
Setelah beberapa minit lutfy mengejut ku dari tidur, aku hanya mengeliat malas. Aku memandang ke hadapan dan terlihat rumah banglo yang sangat besar. Aku sungguh terkejut melihat rumah itu.
"Besar nya rumah ni abang" kata ku.
"Ni kan rumah kita, dah jom masuk" pelawa lutfy.
Aku dan lutfy mula melangkah masuk ke dalam rumah besar ini.
Mata ku memandang di sekeliling rumah ini.
"Ya Allah cantik nya" kataku."Jom kita tengok bilik dekat atas" ajak lutfy lagi.
Kaki kami berdua mula menaiki tangga, terdapat banyak bilik yang ada di tingkag atas ada juga bilik di tingkat bawah. Lutfy menolak pintu tersebut, seperti biasa mata ku juga memandang di sekeliling bilik itu.
"Cantik nya, terima kasih abang, belikan rumah ni untuk kita" kata ku"Sama-sama" balas nya.
"Nanti abang suruh budak bawahan angkat barang barang kita, awak rehat lah dulu." Balas nya lagi.
"Okey abang" balas ku.
Aku mula berjalan menaiki di atas katil lalu menghempaskan badan ku. Tanpa sedar aku terlelap kali yang kedua kerana keletihan.
***
Kini aku tersedar pada jam 9:30 aku turun dari tangga untuk mencari lutfy di bawah. Dia ni asyik asyik hilang. Aku mencari di satu persatu bilik, termasuk bilik atas dan bawah.
Dan akhir nya aku jumpa dia di satu bilik tersembunyi. Aku terdengar bunyi piano yang sedang di mainkan. Aku menolak sedikit pintu itu dengan perlahan supaya lutfy tidak tahu akan kehadiran diri ku di bilik itu.
447 P.P
Shahira ig: shahiraa_ameliyaa
Lutfy ig:lutfyy_rafiqiSorry kalau cptr ni pendek sangat.
YOU ARE READING
MY LOVE LUTFY RAFIQI
RomansaPenemuan yang tidak dijangka diantara seorang gadis melayu yang berumur 20 tahun dan lelaki berkacukan China yang berumur 21 tahun. Gadis ini mahir dalam bidang melukis. Lelaki ini pula mahir dalam bidang muzik. *COMPLETE‼️* "SHORT STORY" ** "Aku te...