42: MY LOVE LUTFY RAFIQI

77 10 0
                                    

*LUTFY POV:

"Selama ni yang dia jumpa tu ialah abang kepada lydiana" kata budak bawahan itu.

"Aku dah agak dah mesti jantan tak guna tu hidup lagi. Dia cari gaduh dengan orang yang salah " kata ku dengan geram.

"Aku nak korang sentiasa follow isteri aku, tapi jangan sampai dia tahu. faham!" Tengking ku kepada mereka.

"F-faham" balas mereka semua.

"Aku nak korang check lagi maklumat dia, kalau dah dapat, letak dekat bilik peribadi aku." Kata ku lagi.

"Ok" balas mereka.

Dengan pantas aku kembali berdiri dan meninggalkan mereka semua di situ. Aku bergegas masuk ke dalam kereta dan pulang ke rumah.

Sedang aku membawa kereta aku rasa seperti ada yang mengekor aku dari belakang. Dengan pantas aku mula membawa kereta dengan laju dan membelok selekoh dengan handal.

Aku yakin bahawa yang mengekor aku itu adalah ayden abang kepada lydiana. Tekaan ku tepat sekali dia berhenti di tepi jalan untuk mencari aku.

Aku bergegas keluar dari sebatang pokok besar dan berjalan ke arah nya sambil menepuk tangan. Dia masih berjalan-jalan mencari aku di
Sekitar situ.

"Cari aku ke hm?" Soal ku. Dia terkejut akan kehadiran ku di situ.

"Oh, kau lah yang masukkan adik aku dalam penjara tu?, sepatutnya nya engkau tu yang duduk dekat sana bukan adik aku" kata nya dengan sangat geram.

"Haha, aku? sepatutnya kau dengan dia, korang adik beradik ni memang tak serik eh?" Kata ku.

Dengan pantas Ayden berlari ke arah ku dan memberikan satu tumbukan di pipi ku. Aku sempat mengelak tumbukan yang dia beri.

"Bukk"

Aku pun mula bertumbuk dengan nya. Dia menumbuk di bahagian pipi ku dan aku tidak sempat mengelak. Kini aku terjatuh, aku mengusap pipi ku dan aku memandang ke telapak tangan terlihatlah darah di tangan ku.

Aku tidak boleh mengalah, aku kembali bangun dan bertumbuk dengan nya, sampaikan dia betul betul sudah lemah.

Kini giliran dia pula jatuh ke bawah. Aku pula sudah tidak bermaya lagi. Aku melangkah kaki untuk meninggalkan dia berseorangan di situ.

"Kalau aku dapat tahu kau kacau isteri aku lagi, lebih dari ni aku buat" kata ku. Dia hanya tersenyum sinis.

Aku melangkah masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah. Aku tahu jika shahira melihat ku sebegini pasti dia akan memarahi aku.

***

Aku telah pun sampai di persekitaran rumah. Aku keluar dari pintu kereta lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Aku tahu jika shahira nampak aku sebegini pasti dia akan bimbang.

Kaki ku mula melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ya Allah abang, kenapa pipi awak tu berdarah" Soal nya.

"Sini duduk sini dulu saya ambil ubat kita cuci luka tu" tambah nya lagi.

"Tak pe la, sikit je ni" bantah ku.

"Tunggu je sini dulu" balas nya.

Dia melangkah kaki pergi ke arah dapur untuk mengambil peti ubat.
Kini dia kembali ke arah aku.

"Sini, saya cuci luka tu" kata nya sambil memegang kapas putih.
Dia memegang muka ku supaya berpaling ke arahnya.

"Macam mana boleh jadi macam ni ?" Soal nya.

"Biasalah saya berlatih bertumbuk dengan budak bawahan" Tipu ku.

"Berlatih ke bergaduh dengan orang lain?" Soal nya lagi.

"Mana ada lah" kata ku.

"Dah, saya dah cuci luka awak tu, pergi mandi, solat, baru tidur." Pesan nya.

"Hm ok, terima kasih sayang" ujar ku.

"Sama-sama abang" balas nya.

***

516 P.P

Shahira ig: shahiraa_ameliyaa
Lutfy ig: lutfyy_rafiqi

MY LOVE LUTFY RAFIQIWhere stories live. Discover now