43: MY LOVE LUTFY RAFIQI.

94 11 0
                                        

*SHAHIRA POV:

Lutfy telah merehatkan dirinya di dalam bilik. Aku berasa bosan apabila lutfy sedang tidur. Otak aku terlintas dengan satu idea. Aku membuat keputusan untuk pergi ke bilik peribadinya di tingkat bawah.

Aku mula bangun dari duduk dan berjalan keluar sambil menutup pintu dengan rapat. Aku menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.

Apabila sudah berada di hadapan pintu itu, aku berfikir sebelum bertindak. Kalau aku masuk, nanti kantoi pula dengan lutfy.

Kalau terkantoi pun aku bagi je lah alasan yang kukuh. Dengan pantas aku membuka pintu bilik itu dengan perlahan-lahan. Aku terkaku apabila melihat di sekeliling bilik peribadi nya.

Terdapat banyak maklumat dan gambar Ayden yang di tampal di dinding bilik itu. Aku membuka laci almari kecil di hadapan ku. Sekali lagi aku terkaku dan terkejut, aku menutup mulut ku supaya aku tidak menjerit.

Aku melihat di dalam laci almari itu terdapat beberapa pistol. Aku tidak tahu apakah pekerjaan dia yang sebenarnya.

Aku ingin mengambil sekeping kertas yang ada di dalam sampul belum sempat aku terdengar suara orang berdehem di belakang ku. Aku tahu bahawa di belakang ku ialah Lutfy.

"Awak buat apa dekat bilik ni?" Soal lutfy.

"Betul ke apa yang saya tengok ni lutfy." Kata ku.

"No, apa yang awak tengok ni semua tak betul" Jujur lutfy.

"Apa yang tak betul lagi lutfy, dah terang terang saya nampak semua ni" kata ku.

"I can explain sayang, semua ni tak betul" kata lutfy sambil memegang kedua tangan ku.

"No!" Tengking ku sambil melepaskan tangan nya dari tangan ku.

Dia agak terkejut dengan tingkah laku ku yang kurang ajar.  Tetapi dia hanya membiarkan sahaja dengan perbuatan ku terhadap dirinya.

"Sayang dengar dul" belum sempat lutfy hendak bicara terlebih dahulu aku melempang pipi nya.

"Pang"

"Aku tak nak dengar! Aku benci kau!" Kata ku dengan kuat sambil menolak badan nya.

"Tapi sayang, awak dah janji dengan saya awak tak akan pernah benci saya" kata nya sambil air mata mengalir.

"Tapi bukan dengan kerja yang haram macam ni!" Kata ku.

"Aku benci diri aku sendiri sebab pernah jatuh cinta  dengan lelaki yang macam kau ni!" Tambah ku lagi dengan muka yang merah.

"Sayang, awak kena dengar dulu apa yang saya nak cakap ni" Pujuk nya.

"No! I won't listen". Jawab ku.

"Aku tak nak tengok muka kau lagi. Aku nak keluar dari rumah ni!" Ujar ku sambil berjalan keluar namun belum sempat aku keluar lutfy terlebih dahulu menarik tangan ku.

"Pang"

"Kau jangan pernah sentuh aku lagi" kata ku.

Aku bergegas keluar dan naik ke atas untuk mengemas baju-baju ku.
Setelah mengemas, aku keluar dari bilik dan turun ke bawah dengan air mata yang mengalir deras.

"Sayang, jangan tinggalkan abang" kata lutfy sambil mengejar ku dari belakang.

"S-saya s-sayang awak s-shahira" kata lutfy lagi.

Aku bergegas naik ke kereta dan pandu dengan laju. Aku sempat melihat lutfy sedang mengejar ku sambil menangis sampai dia terjatuh di atas jalan.

Aku memandu kereta sambil menangis dengan air mata yang mengalir di pipi ku. Aku tidak tahu ke mana lagi harus aku lari dari dia.

***

Aku membuat keputusan untuk meninggal di sebuah Resort yang agak sedikit jauh. Kini aku tinggal di sini berseorangan tanpa pemberitahuan mama dan papa ku.

Aku meletakkan semua barang dan baju ku di dalam bilik itu. Aku memilih Resort yang mempunyai pantai supaya dapat menenangkan fikiran.

Aku keluar dan berjalan untuk pergi ke pantai. Pantai dan bilik ku tidak lah jauh. Aku duduk di sebuah kerusi kayu sambil mengingat kejadian tadi.

Air mata ku kini mengalir di pipi saat aku kenang kejadian tadi. Aku berasa sangat tenang apabila mendengar bunyi ombak.

"Ehem, tak sangka kita dapat jumpa lagi" kata seorang lelaki yang duduk di sebelah ku.

***

617 P.P

Shahira ig: shahiraa_ameliyaa
Lutfy ig: lutfyy_rafiqi

MY LOVE LUTFY RAFIQITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang