27: MY LOVE LUTFY RAFIQI

85 11 0
                                        

Aku memulakan makan dengan membaca doa, setelah perut ku kenyang, aku hanya bersandar pada kerusi.

"Dah kenyang, bersandar" kata lutfy.

"Hm, dah kenyang bersandar la apa lagi" balas ku.

"Tu lah tadi orang suruh makan tak nak, berlagak sangat kan" kata lutfy..

"Itu tadi la abang" balasku.

"Dah jom tidur" ajak lutfy.

Kaki ku mula melangkah pergi ke dapur untuk membasuh pinggan kotor, setelah siap aku dan lutfy naik ke bilik untuk sambung tidur. Maklum lah lapar tengah-tengah subuh.

"Aku terjaga dari tidur, jam menunjukkan pukul 8:32 pagi. Aku bergegas masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selepas itu, aku turun ke bawah untuk menyiapkan makanan pagi untuk lutfy.

Harini merupakan hari dia akan masuk ke dalam office. Sudah sekian lama dia tidak masuk office untuk bekerja. Selesai aku menyiapkan makanan, lutfy pun turun ke bawah untuk makan pagi.

"Jom la breakfast sekali" pelawa lutfy.

"Tak nak la, belum lapar lagi" balasku.

Aku mencedokkan mee goreng lalu meletakkan ke dalam pinggan lutfy. Lutfy hanya menikmati mee goreng yang aku masak itu.

"Abang dah nak kena pergi ni, nanti lambat pulak masuk office" ujar lutfy.

"Hm ok" balas ku sambil menyalam tangan nya.

"Abang pergi dulu, assalamualaikum " kata nya.

"Waalaikumussalam" balas ku.

Aku memerhatikan lutfy dari pintu luar sehingga la bayang kereta miliknya telah hilang. Aku berasa bosan kerana tiada dia di rumah.

Aku menghempaskan badan ku ke atas katil yang empuk. Aku terfikir untuk keluar makan tengah hari bersama nya di office.

Aku melihat jam di skrin telefon bimbit miliku sudah pukul 1:58 tengah hari. Dengan lantas aku bangun dan membersihkan diri. Setelah selesai membersihkan diri aku mendirikan solat zohor. Aku memilih baju dan tudung berwarna dark blue. Nak juga pakai sama baju dengan suami sendiri.

Aku mengambil kunci kereta dan aku melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta BMW miliku sudah meluncur ke jalan raya. Setelah beberapa minit aku telah sampai ke office lutfy.

Kaki ku mula melangkah masuk ke dalam office nya. Ramai mata yang memandang ke arahku. Mereka sungguh hormat kepadaku. Aku hanya tersenyum manis kepada mereka semua.

Kaki ku berhenti pada sebuah meja untuk menanyakan lutfy.

"Assalamualaikum, lutfy ada dekat pejabat dia tak?" Soal ku pada seorang perempuan.

"Waalaikumsalam, ada cik Ameliya tapi sekarang dia ada meeting dengan dato" Terang perempuan itu.

"Oh tak pe saya tunggu dekat pejabat je, boleh awak tunjukkan dekat mana pejabat dia?" Minta ku

"Boleh je" balas perempuan itu

"Mintak maaf lah mengganggu sebab saya tak pernah masuk office dia tu yang saya minta tolong awak" kata ku.

"Eh tak ada masalah pun" balas nya lagi.

"Ini pejabat encik lutfy, saya pergi dulu nanti kalau ada apa-apa panggil je saya dekat luar" kata perempuan itu lagi.

Aku hanya menganguk faham. Mata ku mula memandang ke sekeliling pejabat nya. Pejabat nya sungguh besar dan cantik.

***

Shahira ig: shahiraa_ameliyaa
Lutfy ig: lutfyy_rafiqi.

MY LOVE LUTFY RAFIQITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang