CANVAS bersaiz sederhana itu dibawa masuk ke dalam bilik kuliah. Dengan berhati-hati dibawa supaya tidak merosakkan medium yang digunakan pada kanvasnya iaitu assignment yang mengambil masa selama satu minggu untuk lengkap. Bukan mudah untuk dirinya membuat lukisan yang datangnya daripada inspirasi diri sendiri. Sukar, semestinya.
Mata menjadi panda? Semestinya.
“Miss Handersun?” panggilnya perlahan.
Miss Handersun, Handersun Miley seorang pensyarah yang mengajar Lutfiyah melukis atau berkaitan dengannya. Lutfiyah dikirakan sebagai anak murid emas kepada Handerson Miley kerana kelebihan yang Lutfiyah miliki. Sentuhan Lutfiyah pada kertas kanvas tersilat seribu satu makna dan membawa pelbagai perasaan.
“Oh my… Daisy!” sahutnya ceria.
Lutfiyah tersenyum lebar disebalik kanvas sederhana besar itu. Kanvas diturunkan lalu disandarkan pada meja pensyarah. Mereka saling bertukar senyuman.
Tangan memintal hujung tudung shawl. Gugup dengan reaksi pensyarahnya sekejap lagi.
“Ulala... Look at this!” Ms. Handersun membuka cermin matanya sebelum bangun dari kerusi dan berjalan ke arah kertas canvas itu.
Serta-merta Ms. Handersun menekup mulutnya. Matanya bulat membesar melihat sentuhan lengkap Lutfiyah pada kerta canvas itu. Bergilir-ganti pandangan Ms. Handersun, sekekap memandang kanvas sekejap memandang Lutfiyah.
As long as the professor speechless in a good way, you’re good to go.
Lutfiyah melukis seekor rama-rama daripada sudut sisi. Menggunakan warna yang sejuk seperti semua tona warna biru, ungu dan hijau bagi menghidupkan lagi warna lukisannya. Medium yang digunakan adalah akrilik. Bahan mewarna yang Lutfiyah gemar gunakan. Bagi keputusan lukisan tersebut, Lutfiyah tidak berpuas hati sedikit.
Lukisan itu nampak kosong dan ringkas dengan menghasilkan lukisan tiga dimensi, hanya menggunakan cat akrilik sahaja.
Hati seorang pelukis, siapalah faham.
“This one looking magnificent, Daisy!”
Lutfiyah tersenyum kecil. Malu.
Namun hatinya masih terasa lukisan itu kurang sesuatu.
“Thank you Miss Hundersun,” ucapnya. Ikhlas.
Lega sedikit kerana pensyarahnya suka dengan lukisannya. Boleh dikatakan Ms. Hundersun, orangnya sangat cerewet.
“I need to put this on our university's off-limit gallery,” cadang Ms. Hunder sendirian. Lutfiyah menekup mulutnya terkejut.
“Are you serious, Ms. Hundersun?” soal Lutfiyah teruja. Terjerit kecil. Dia masih tidak layak untuk mempamerkan lukisannya di tempat off-limit itu. Mungkin rezekinya.
“Yeah... There's so many scenarios playing in my head. This piece you made is gorgeous! I bet many curator would like to bid this if we put it at the auction,” terang si pensyarah sambil menilik lagi lukisan kanvas tersebut. Lama juga ditilik mungkin kerana pandangan dan rasa daripada seseorang pelukis pelik dan unik lebih mendalam atau teliti iaitu Profesor Hundersun.
Lutfiyah mula terasa teruja dan pada masa yang sama dia berasa gugup.
“Actually... I want to tell you something,” ujar Ms. Hundersun seraya menoleh ke Lutfiyah.
Lutfiyah tersenyum menanti.
“Company of Gaerolia hold a contest for two months and start from this month... Do you want to be a participate in it? I would be gladly to fill your form,” jelas Ms. Hundersun seakan mahukan Lutfiyah menyertai penyertaan tersebut.
YOU ARE READING
Carlos
Romance❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐚𝐝𝐛𝐨𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐨𝐥𝐥𝐞𝐠𝐞 𝐠𝐢𝐫𝐥 ❦ [ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* DAISY LUTFIYAH seorang gadis yang berpendirian tetap. Jika itu keputusannya, maka muktamadlah persidangan perbincangan. Menuntut ilmu di nega...