Bab 3

385 24 0
                                    

MATANYA memandang kenderaan dari kiri dan kanan berlalu pergi kemudian merenung ke hadapan. Hujung kasut melukis corak di lantai menandakan dia mula bosan serta penat menunggu dengan lama. Kakinya juga terasa lenguh. Badan bersandar pada tiang lampu. Jam tangan dikerling sekilas.

“Haih... Lamanya dia ni,” rungut Lutfiyah perlahan.

Dah nak cecah satu jam dia tunggu di kawasan parking lot ini namun tiada tanda-tanda yang lelaki itu akan datang.

Menyesal juga sebab dia tak cadangkan pergi ke restoran itu dahulu berseorangan kerana ingatkan lelaki itu ada hal sekejap saja. Rupanya lama gila! Dia tunggu dekat sini seperti patung cendana. Hembusan nafas panjang dilepaskan. Kelihatan pegawai jalan raya menyelitkan tiket saman pada kereta, tidak berbayar syiling.

“Mana dia ni,” gumamnya perlahan.

Tiba-tiba telinga Lutfiyah menangkap derapan tapak kasut yang semakin dekat dengan terburu-buru. Lutfiyah tersenyum nipis saat melihat kelibat Carlos berlari ke arahnya. Lelaki itu berhenti di hadapannya dengan nafas tercungap-cungap. Macam baru lepas berlari dari tempat yang jauh sahaja.

I'm really sorry, Daisy...” Carlos meraup rambut serabainya ke belakang.

I know I'm way too late. Please… forgive me,” ujarnya perlahan.

Dua kali minta maaf, maknanya dia betul-betul ada hal serius sampai tidak boleh dielakkan.

Oh lupa...

Carlos anak syarikat maju itu bukan? Tidak pelik kalau lelaki itu selalu sibuk. He must be so busy then.

“Saya faham yang awak ada banyak kerja,” balas si gadis.

Setelah mengatur nafasnya kepada normal, lelaki itu mengambil setapak langkah besar mendekati Lutfiyah. Automatik si gadis menapak selangkah ke belakang. Pandangan pelik dilemparkan kepada lelaki itu. Wajah Carlos yang dingin itu dicuba fahami. Kening Lutfiyah bertaut.

Look…”

“Daisy.

Lutfiyah memandang tekun seraut wajah tampan itu.

I'm so...”

“Saya faham. Awak risau sangat,” potongnya laju.

Si gadis tersenyum manis. Sekurang-kurangnya lelaki itu minta maaf.

Problem solved.

You sure?

More than sure! Jom! Saya lapar ni,” dalihnya. Malas mahu mengembangkan isu tersebut. Kalau dah bermaaf, maafkan sahajalah.

Carlos merenung wajah Lutfiyah sebelum memicit batang hidungnya sekejap. Kemudian, lelaki itu mengeluh sekali lagi. Melihat si gadis hanya tersenyum, perasaan aneh mula menyerbu diri lelaki itu. Entah kenapa rasa serba salah semakin menebal ketika mengingati betapa lama lelaki itu meninggalkan si gadis.

Tanpa berbicara lelaki itu bergerak mendekati kereta Range Rover diikuti si gadis. Pintu penumpang terlebih dahulu dibuka oleh Carlos, Lutfiyah senyum kecil lalu mengucapkan terima kasih. Tali pinggang keledar dipakai setelah mereka berdua masuk dalam kereta.

“Kau nak makan dekat mana?”

Lutfiyah menoleh ke kirinya.

“Awak nak makan dekat mana?”

“Kau nak pergi tempat yang aku selalu makan?” Lutfiyah angguk.

Don't regret it later,” ujarnya seraya menghidupkan enjin kereta.

CarlosWhere stories live. Discover now