DADA terasa lapang dan bebannya di bahu kini terasa lebih ringan setelah melukis wajahnya. Tidak pernah, Lutfiyah sangka bahawa melukis wajah uminya dan mengingati semula memori bersamanya akan menghilangkan segala mimpi ngeri. Disangkakan malam dia melukis wajah umi iaitu tiga hari lepas, dia akan diulik dengan mimpi ngeri. Namun sangkaannya meleset.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Sekarang, Lutfiyah tersenyum gembira. Tersangatlah gembira.
“Sejuknya,” komen Lutfiyah perlahan lalu mengemaskan baju sejuknya. Air coklat panas di atas meja dicapai lalu diminum sedikit.
Walaupun di waktu pagi, cuaca di Spain boleh dikatakan sejuk kerana musim salji tak lama lagi akan turun. Lutfiyah agak teruja ketika melihat salji turun di hadapannya tahun lepas. Sungguh besar kebesaran Allah. Terlalu banyak keindahan yang Allah cipta di dunia tapi segelintir manusia tidak tahu dan terlalu sibuk dengan teknologi dunia sehingga mengabaikan hak haiwan dan manusia teraniaya di dunia.
Tubuh Lutfiyah menggigil sedikit.
Hari ini, Lutfiyah hanya berehat dirumah memandangkan hari ini ahad jadi dia tidak perlu buat kerja. Sekarang ini, Lutfiyah meluangkan masa di meja kecil di halaman rumah. Bertambah gembira dia kerana keluarga sahabatnya berada di sini, meluangkan masa bersama buat sementara.
Ting tong!
Kening Lutfiyah bertaut hairan.
“Siapa yang datang pagi-pagi ni?” gumamnya perlahan namun kakinya tetap bergerak menuju ke ruang tamu untuk melihat tetamunya daripada CCTV. Tablet kecil yang melekat di dinding, dirapati. Butang putih di bahagian kiri, ditekan lama.
Ternganga mulut melihat tetamunya.
“Carlos?” Terkejut dia melihat wajah kacak berada di papan skrin.
Wajah serius itu membetulkan jam ditangannya. Rambutnya terkemas elok ke belakang, menyerlahkan dahinya. Kening tebal membuatkan wajah lelaki itu lebih menawan dan garang.
Lutfiyah menelan air liur. Pipinya terasa hangat.
Pantas dia membetulkan tudung sarung yang dipakai.
Butang pagar ditekan kemudian kaki Lutfiyah berdesup mendekati pintu utama. Apabila dia membuka pintu, nampak lelaki bersut segak itu berjalan melepasi pagar dan bergerak ke arahnya. Lutfiyah membuka pintu lebih luas. Berdiri tercegat di hadapan pintu. Mindanya masih tidak boleh proses dengan cepat.
Buat apa dan kenapa?
“Awak buat apa datang sini? Pagi-pagi pulak tu,” ujar Lutfiyah pelik.
Carlos menunduk sedikit, merenung wajah si gadis. Kening sebelah terjungkit naik.
“No good morning for me?”
Lutfiyah berdehem malu.
“Good morning...” Pipi Lutfiyah kemerahan kerana panahan mata lelaki itu.
“Good morning too,” jawab Carlos.
Mata mereka bertembung. Anak mata Lutfiyah terus memandang tempat lain, mengelak dari memandang mata lelaki itu. Berdebar-debar jantungnya kerana tidak biasa ditenung lama. Pipi semakin hangat. Lutfiyah pasti, mukanya berubah menjadi tomato.
“Qué buena manera de empezar el día con una hermosa flor,” gumam Carlos perlahan.
(What a good way to start the day with a beautiful flower.)
“Awak ada cakap apa-apa ke?”
“Nothing,” balasnya.
Lutfiyah berpeluk tubuh kerana sejuk sambil menggigil apabila angin sejuk menampar pipinya.
YOU ARE READING
Carlos
Romance❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐚𝐝𝐛𝐨𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐨𝐥𝐥𝐞𝐠𝐞 𝐠𝐢𝐫𝐥 ❦ [ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* DAISY LUTFIYAH seorang gadis yang berpendirian tetap. Jika itu keputusannya, maka muktamadlah persidangan perbincangan. Menuntut ilmu di nega...