LUTFIYAH duduk diam melihat semua pekerja yang berada di situ bersurai namun ada beberapa lagi ahli-ahli pekerja yang bukan calang-calang orang masih duduk di dalam bilik mesyuarat tersebut. Dapat dirasakan suasana menjadi hening apabila keempat orang manusia itu dan lelaki itu hanya berpandangan antara satu sama lain.
Bilik mesyuarat tersangatlah sunyi.
“Quien es ella?” soal salah seorang daripada keempat-empat orang itu, lelaki berkening tebal.
(Who's she?)
Lutfiyah menelan air liur seram. Keempat-empat lelaki itu, tubuh mereka besar-besar tetapi tidak boleh dibandingkan dengan Carlos. Dia dapat rasakan, aura mereka mengeluarkan aura gelap dan bahaya seperti Carlos cuma lain sedikit auranya.
Tidak tahu macam mana nak terangkan tanggapannya.
“My... name is Daisy?” celah Lutfiyah perlahan sambil mata memandang meja. Tak akan mereka sudah melupakan namanya sedangkan baru sahaja dalam setengah jam lepas dia beritahu.
Semua mata memandang ke arah Lutfiyah. Si gadis mengangkat kepala tatkala suasana sunyi sepi, membiarkan jawapannya bergantung begitu sahaja. Lutfiyah menolak kakinya ke lantai, mendekati kerusi Carlos kerana berasa risau dan takut. Lelaki itu macam memahami lalu pemegang kerusi si gadis ditarik terus merapati sisi kerusinya.
Lelaki berkening tebal tergelak sekejap kemudian merenung si gadis yang terkelip-kelip memandang mereka.
“No differences from the daisy, Raph...” Carlos tersenyum nipis seakan mengiyakan namun sekejap sahaja sebelum senyuman itu hilang.
“Again... Who is she?” soal lagi namun orang lain yang tuju, lelaki bersut hijau gelap.
Lutfiyah mengetap bibirnya sebelum bersuara dengan geram.
“My name is Daisy, sir. It’s a simple name to remember. Tak akan itupun tak boleh nak ingat? This is how my name spelled. D.A.I.S.Y.” terang Lutfiyah dengan muka geramnya. Terlalu geram sehingga tidak sedar bahasanya bercampur ketika bertutur. Tak akanlah nama semudah itu mereka tidak mampu ingat?
Tiba-tiba bilik mesyuarat itu dipenuhi gelak ketawa mereka. Si gadis terkebil-kebil memandang Carlos dan keempat-empat orang itu yang sedang tergelak kecuali seorang lelaki bersut hitam. Lelaki bersut hitam itu tidak ketawa malah merenung tajam Lutfiyah.
Lutfiyah memandang lelaki disisinya yang tergelak perlahan.
“She’s cute,” komen lelaki berkening tebal.
Serta merta gelak Carlos berhenti, lelaki itu direnung tajam. Lelaki kening tebal itu mengangkat kedua-dua tangan ke udara, mengundur diri.
“Calm down... I just state the fact.” Carlos masih merenung lelaki kening tebal itu.
Pipi si gadis terasa hangat kerana telah memalukan dirinya sendiri dan malu kerana lelaki kening tebal itu mengusik dirinya. Tangannya bermain antara satu sama lain sambil tunduk memandang stokinnya. Dalam hati berdoa bahawa keempat-empat lelaki itu keluar dari bilik mesyuarat termasuk juga Carlos.
“Who is she to you? That's what I mean,” terang lelaki bersut hijau gelap.
Carlos memandang Lutfiyah sekilas. Lutfiyah memandang Carlos. Masing-masing diam tak terkutik.
“Cielito,” balasnya.
(Little sky.)
Lutfiyah seakan mahu menyorok muka di bawah meja kerana malu yang teramat. Kata-kata Carlos jelas dan kuat. Disebabkan itu, dia berasa malu dan pada masa yang sama lelaki itu tidak lagi menganggapnya sebagai orang luar sebaliknya sebagai kawan rapat. Harta karun yang perlu dijaga rapi seperti mana seorang sahabat baik menjaga hati sahabatnya. Tidak pernah dalam hidupnya, dia menerima sahabat lelaki.
YOU ARE READING
Carlos
Любовные романы❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐚𝐝𝐛𝐨𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐨𝐥𝐥𝐞𝐠𝐞 𝐠𝐢𝐫𝐥 ❦ [ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* DAISY LUTFIYAH seorang gadis yang berpendirian tetap. Jika itu keputusannya, maka muktamadlah persidangan perbincangan. Menuntut ilmu di nega...