When they met again after years...
Selesai mengambil senarai, dia membuka pintu bilik pejabatnya. Dia melepaskan nafas terkejut. Badannya kaku melihat kelibat yang mengeluarkan aura yang sangat familiar di hadapannya. Perlahan-lahan dari kasut mahal gerangan itu, dia mengangkat wajahnya sehingga matanya bertemu dengan sepasang mata berwarna hijau yang kosong dan dingin.
Dia menelan air liur kesat.
Meremang bulu roma tengkuknya.
Dada berdebar laju. Rongga hidungnya menangkap bauan cologne lelaki itu. Penuh maskulin. Debaran di dadanya semakin berdebar. Rama-rama di perutnya yang dulu bersembunyi kini kembali terbang dengan penuh teruja.
Tekaannya tentang wangian dia, tersangatlah betul. Lelaki itu ada di sini. Lelaki itu berada di hadapannya.
Wajah kosong itu merenungnya balik.
“Hermosa...”
Sepasang mata yang dia kenal dulu memancarkan perasaan tegas tetapi lembut. Namun, sepasang mata hijau di hadapannya kini tidak memancarkan sebarang sinaran. Sinaran itu seakan mati. Dingin dan beku. Perlahan-lahan, dia mengambil setapak langkah ke belakang kerana berasa takut. Kertas di tangan di peluk erat ke dada.
This is not the Carlos she know.
“Carlos?” panggilnya perlahan.
Carlos diam, merenung si gadis.
“Awak buat apa dekat sini?” bisiknya takut-takut.
Lutfiyah menelan air liur seram.
Lelaki itu mengetap rahangnya sehingga timbul urat di leher. Lutfiyah mengambil nafas panjang kerana takut dengan Carlos di hadapannya. Mukanya yang tidak beremosi itu menakutkan dia sehingga ke tulang belakang.“Carl―”
Belum sempat dia habis menegur, lelaki itu berlalu pergi meninggalkannya terkebil-kebil.
Edited.
YOU ARE READING
Carlos
Romance❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐚𝐝𝐛𝐨𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐨𝐥𝐥𝐞𝐠𝐞 𝐠𝐢𝐫𝐥 ❦ [ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* DAISY LUTFIYAH seorang gadis yang berpendirian tetap. Jika itu keputusannya, maka muktamadlah persidangan perbincangan. Menuntut ilmu di nega...