Bab 8

351 23 1
                                    

SELAMA lima hari, Lutfiyah menolak semua panggilan si dia kerana hatinya agak kecewa setelah si dia memasuki ruang bulatan privasinya. Selepas mendapatkan diri dan pulang ke rumah pada hari itu, terus dia membungkus diri dalam selimut kerana sesal membiarkan si dia memeluk dirinya. Terasa berdosa sangat.

She did warn him.

Never touch her without permission.

Segala mesej yang diterima disekat walaupun hati terasa sangat serba salah. Boleh dikatakan salah dirinya juga, tidak sepatutnya dia berkelakuan begitu kepada Carlos kerana tidak adil. Namun, Lutfiyah terpaksa kerana hatinya yang kecewa.

Tiada siapa akan faham melainkan Dia.

Malah akaun media sosial lelaki itu disekat kerana tidak mahu menerima sebarang notifikasi daripada si dia. Seakan cuba melupakan tetapi entah kenapa hati Lutfiyah terasa kosong dan sunyi. Kadang-kadang tangan gatal cuba menyahsekat akaun media sosial lelaki itu. Akal lebih pantas bertindak, hasratnya disimpan rapi. Lebih baik berdiam diri.

Walau bagaimanapun, Lutfiyah terasa dirinya dan Carlos mempunyai satu tarikan yang tidak boleh dipisah kerana setiap kali dia mahu mengelak pasti ada sesuatu yang cuba menyatukan mereka semula seperti sekarang ini.

Elok dia berdiri di hadapan syarikat besar Gaerolia bersama sebuah dokumen yang perlu diserahkan kepada bapa Carlos. Dia tidak mampu menolak apabila Profesor Hundersun meminta tolong menyerahkan dokumen tersebut kerana wanita itu telah banyak membantu dirinya.

Lutfiyah mengeluh kecil.

“Tak apa... Jumpa ayah dia, lepas itu balik. Ambil jalan jauh supaya tak terserempak dengan dia,” ujar Lutfiyah memberi semangat kepada diri sendiri. Bangunan di hadapan di pandang.

Dengan lafaz bismillah, Lutfiyah masuk ke dalam bangunan Gaerolia dengan penuh curiga kerana tangan menutup muka mengundang pandangan pelik daripada perkerja di situ. Si gadis tidak kesah. Di kepalanya hanya fikir hantar dokumen kemudian balik rumah. Sibuk memerhati sekelilingnya bagi kepastian.

No meet, no Carlos.

Setelah bertanya keberadaan pejabat pengurus syarikat di kaunter pertanyaan, lif dituju. Butang naik lif ditekan dua kali.

Ting!

Lutfiyah mengeluh lega tatkala ruang lif kosong, tiada manusia yang menggunakannya. Pantas dia meloloskan diri masuk ke dalam lif. Butang tingkat sembilan di tekan kemudian bersandar pada palang besi. Mata memandang papan skrin kecil yang menunjukkan nombor tingkat yang semakin menaik.

Ting!

Pintu lif terbuka.

Lutfiyah menjenguk ke luar kiri dan kanannya. Setelah memeriksa tiada kelibat lelaki itu, dia berjalan keluar. Sunyi ruangan luas itu dan terlalu banyak pintu. Kesemua pintu nampak seperti di mana mesyuarat akan berlangsung, pintu yang agak fancy kerana mempunyai dekorasi unik. Namun tiga pintu di hujung sana, menarik minat Lutfiyah.

Miss Daisy!

Spontan dia menoleh ke kiri sambil mengurut dadanya kerana terperanjat dengan panggilan tinggi itu. Kelibat Anne berlari ke arahnya dengan wajah cemas dan agak ceria. Lutfiyah pula yang bingung.

Anne! Why do you look like you got chase by cockroaches?” soalnya lalu tergelak.

Not by cockroach but a human, Miss Daisy. We all playing TAG because our big boss in meeting. We have time to play around until the meeting end,” jelas Anne dengan nafasnya yang tak cukup tetapi jelas wajah gembiranya di muka. Mungkin seronok bermain sekali-sekala di tempat kerja.

CarlosWhere stories live. Discover now