AISKRIM yang baru sahaja dibeli tadi dikoyakkan kulit kertasnya sedikit. Bersinar matanya melihat coklat topping di atas aiskrim berperisa vanila tersebut. Cermin matanya dibetulkan sedikit sebelum tersengih bersendirian. Dari malam tadi dia menunggu waktu untuk keluar pergi membeli aiskrim terbaru. Tengok iklan punya pasal.
Dinikmati aiskrim itu sedikit.
“Kalau macam inilah rasanya, tiap-tiap hari beli... Tak rugi,” ujarnya sendirian.
Aiskrim yang baru sahaja makan itu sikitpun tidak menghampakan dirinya yang agak stres pada waktu itu. Hilang rasa ngantuknya sekejap.
Lutfiyah tersenyum gembira.
Hatipun gembira!
“Mungkin inikah yang dinamakan cinta...” Lutfiyah mula bernyanyi lalu melompat kuda sambil berjalan. Tangan yang memegang plastik turut juga terhayun.
“Hati gembira rasa bila kau kata cinta,” sambungnya.
Seketika langkah Lutfiyah menjadi semakin perlahan apabila matanya ternampak dua kelibat lelaki berjalan terhuyung hayang ke arahnya di tepi jalan yang dilaluinya.
Senyumannya hilang.
Mood berjaga-jaga diaktifkan. Entah kenapa, hatinya berasa tidak sedap.
Semakin dekat dia mendekati dua lelaki itu, semakin dia melajukan langkah untuk melepasi mereka tanpa ditegur atau dikacau. Kepalanya menunduk memandang lantai sambil memakan aiskrimnya. Hoodienya ditarik ke hadapan lagi, menutup separuh mukanya.
Tidak putus-putus si gadis berdoa agar tidak apa-apa buruk berlaku. Lutfiyah berasa gementar setiap kali melinat dua lelaki terhuyung hayang itu.
Perjalanannya semakin hampir dengan rumah namun untuk dia sampai ke rumah, Lutfiyah terpaksa melepasi dua manusia itu.
Berdebar jantungnya apabila lelaki-lelaki itu berlalu disebelahnya. Dua manusia itu seakan berborak di dalam dunia sendiri. Berdoa agar mereka tidak nampak kelibatnya. Hidungnya terbau benda tidak enak menyebabkan dia mengerutkan hidung.
Busuk!
Alkohol!
Lutfiyah melepaskan nafas lega tatkala melepasi mereka.
Sebaik sahaja dia mahu melajukan langkahnya, terasa lengannya ditahan. Pantas Lutfiyah pusing ke belakang, melihat seorang lelaki mabuk berusia akhir 40-an menahan lengannya sambil memaparkan gigi kuningnya.
“Let me go!” Lutfiyah menarik lengannya dengan kasar namun pegangan lelaki itu sangat kuat.
Tubir mata Lutfiyah terasa hangat. Dia takut dan gementar. Tidak pernah dia alami keadaan begini selama dua tahun dia menetap belajar di sini. Tangannya meronta-ronta dilepaskan namun si lelaki gigi kuning itu hanya tersenyum jahat. Lelaki seorang lagi mendekatinya.
“Jauhlah gila!” jerit Lutfiyah kuat. Seluruh badannya mula berpuluh kerana takut. Kedua-dua lelaki itu hanya tergelak sinis.
Hatinya terasa panas berapi walaupun matanya sudah berjujuran dengan air mata. Kakinya pantas naik menendang tempat private lelaki gigi kuning itu. Lelaki itu terjatuh ke lantai. Pegangan terlepas, Lutfiyah terus mengambil kesempatan untuk berlari.
Baru beberapa tapak dia berlari, kepala hoodienya terasa direntap kuat dari belakang menyebabkan dia terjatuh terduduk akibat terlanggar batu besar. Kakinya terasa sakit kerana terkehel. Aiskrimnya jatuh ke tanah. Hoodienya terjatuh. Nasib baik dia memakai tudung sarung bukannya tudung shawl atau bawal.
Lutfiyah mengesot jauh ke belakang tatkala lelaki seorang lagi mendekatinya.
“I’ll scream if you come closer!” marah Lutfiyah.
YOU ARE READING
Carlos
Romance❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐚𝐝𝐛𝐨𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐨𝐥𝐥𝐞𝐠𝐞 𝐠𝐢𝐫𝐥 ❦ [ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* DAISY LUTFIYAH seorang gadis yang berpendirian tetap. Jika itu keputusannya, maka muktamadlah persidangan perbincangan. Menuntut ilmu di nega...