KASUT di dalam almari kecil itu diambil kemudian di tutup semula pintu tersebut. Kasut kegemarannya dipakai lalu meluruskan semula skirt labuhnya yang berwarna merah jambu cair. Skrin telefon di periksa, mana tahu dapat notifikasi daripada seseorang. Senyuman lebar tatkala nama seseorang yang dia harapkan untuk balas muncul di papan skrin.
Encik Nightmare : On the way...
Lutfiyah pantas membuka pintu lalu memberi senyuman kepada keluarga Zarifah yang sudah siap sedia di halaman rumah. Dia tak pandu kereta tapi dia beli kereta.
In case for something emergency...
"Lama betul dia siap," komen Zarifah. Lutfiyah tersengih kemudian meminta maaf.
"Let's go!" ujar sahabatnya teruja.
Lutfiyah melihat skrin telefonnya sekali lagi namun tidak dapat sebarang notifikasi daripada si dia. Kuku ibu jari digigit.
"Mana dia..." gumam Lutfiyah perlahan.
"Carlos tak sampai lagi ke?" soal Puan Harina.
"Wait, what? Lelaki tu ikut juga?" sampuk Iman. Puan Harina mengangguk. Iman mendengus geram bersama muka yang mula monyok.
"Dia lambat sikit mama."
Baru sahaja Lutfiyah mahu mendail nombor lelaki itu, bunyi hon kereta dari luar rumah membuatkan Lutfiyah teruja. Pagar rumah dibuka, terserlah kereta Range Rover berwarna hitam dihadapan pagar bersama pemandu yang seperti baru keluar daripada majalah.
Hot stuff...
"Carlos!" Kaki berjalan mendekati cermin kereta yang sudah terbuka.
Wajah kacak lelaki itu ditatap.
"Aku bawak, jom."
"Tapi keluarga saya macam mana?"
"Kau ingat aku ni jahat sangat ke?" Lutfiyah tersengih.
Si gadis berlari semula masuk ke halaman rumah kemudian mengajak mereka menaiki kereta Carlos kerana lelaki itu yang baik hati menawarkan pengangkutan ke pusat beli belah. Puan Harina nampak teragak-agak pada mulanya namun sebaik sahaja melihat wajah manis si gadis, si ibu setuju.
Iman dengan selambanya mengambil tempat di sebelah pemandu.
Tangan Carlos yang memegang stereng kereta itu semakin erat sehingga buku jari bertukar putih. Rahangnya mengetap kuat sehinggakan urat hijau timbul di leher. Zarifah terlihat wajah garang lelaki asing itu, terus menelan air liur seram.
Carlos mengerling sekilas cermin pantulan yang tergantung di siling kereta, mencari seseorang.
"Semua dah ada?"
"Dah," jawab si gadis di belakang tempat duduk Carlos.
Lutfiyah beritahu destinasi pusat beli belah mereka kepada Carlos, takut lelaki itu terlupa. Perjalanan mereka agak sunyi kerana masing-masing lebih suka berdiam diri membuat kerja masing-masing seperti menghadap telefon, mendengar lagu dan seangkatan dengannya. Lutfiyah hanya bersandar pada kaca tingkap, melihat suasana alam dan tidak lama kemudian dia mula mengelamun jauh.
"So... Carlos, kerja apa sekarang ni?"
Si gadis tersedar dari lamunan tatkala abang sahabatnya memilih untuk berbual.
"Some business."
"Bisnes apa?"
"Art stuffs."
"Nama company ada?"
"Gaeloria."
Iman diam buat seketika.
![](https://img.wattpad.com/cover/258202515-288-k265670.jpg)
YOU ARE READING
Carlos
Romance❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐚𝐝𝐛𝐨𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐨𝐥𝐥𝐞𝐠𝐞 𝐠𝐢𝐫𝐥 ❦ [ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* DAISY LUTFIYAH seorang gadis yang berpendirian tetap. Jika itu keputusannya, maka muktamadlah persidangan perbincangan. Menuntut ilmu di nega...