TEASER 2

442 19 2
                                    

Bibir tersenyum.

“Hai,” sapanya perlahan.

“Kau buat apa?”

“Baring dan termenung...”

“Kenapa tak tidur lagi? Dah nak pukul tiga pagi dah ni,”

Lutfiyah tersenyum geli hati.

“Awak telefon saya pukul tiga pagi macam ni kenapa?” soalnya balik. Pelik kenapa lelaki itu hubunginya pagi-pagi buta namun hati rasa berbunga.

Carlos diam dihujung sana.

“Carlos?” panggil Lutfiyah.

“Hurm...”

“Kenapa awak call saya pagi-pagi buta macam ni?”

“Kenapa tak tidur lagi?” Berkerut dahi. Lutfiyah apabila soalannya dibalas dengan soalan.

“Saya baru aje siapkan lukisan yang saya perlu hantar ke syarikat awak untuk pertandingan nanti. Ini saya tengah baring dekat bawah pondok halaman rumah saya. Nak rehat sekejap,” jelasnya sambil tersenyum nipis.

Suasana kembali sunyi.

“Carlos...”

“Hermosa...” jawabnya.

“Kenapa awak call saya malam-malam macam ni?”

I’m outside your house.”

Serta merta Lutfiyah terbangun mengejut, sembilan puluh darjah dari baring terus bertukar ke posisi duduk. Tangan sebelah lagi naik memegang kepala yang terasa pening seketika kerana bangun secara mendadak. Mindanya cuba mentafsir kata-kata lelaki itu.

Huh?

I'm outside your house,” ulangnya.

“Dai...”

Tidak sempat lelaki itu mahu menyambung ayatnya, si gadis terlebih dahulu mematikan panggilan lalu berlari masuk ke dalam rumah. Sempat dia capai stoking yang sudah kering di ampaian luar rumah tadi. Tudung dan stoking di sarung dengan pantas. Berlari anak mendekati pintu. Punat pintu pagar dibuka di ruang tamu tadi sudah lama ditekan.

“Carlos!” panggil Lutfiyah gembira ketika dia berlari mendekati pintu pagar dan nampak kelibat lelaki itu yang masih berkemeja dan sut, tangan melipat ke dada sambil bersandar pada hadapan kereta.

Lutfiyah melambai teruja sambil mendekati lelaki itu.

“Daisy...”

Lutfiyah tersenyum malu.

Apabila mata si gadis bertemu dengan mata hijau si jejaka, laju dikalihkan pandangannya ke butang kemeja lelaki itu.

“Awak buat apa dekat sini?”

To see you.”

Edited.

CarlosWhere stories live. Discover now