Bab 4

383 28 0
                                    

LUTFIYAH merenung kertas kanvas besar yang masih bergulung di dalam bilik peralatan seninya. Semua pergerakannya terasa menjadi perlahan. Semakin dia mendekati kertas kanvas, semakin mindanya mengimbas semula mimpi ngerinya. Rentak nafasnya juga berubah. Terasa sukar untuk dia bernafas. Dadanya terasa sempit. Tubir mata terasa hangat.

Perkara ini berlaku setiap kali Lutfiyah berniat untuk melukis wajah ibunya. Tiada siapa tahu bahawa Lutfiyah ingat wajah uminya yang tercedera tatkala mereka kemalangan. Lutfiyah turut berada di dalam kereta tersebut ketika kemalangan berlaku dan Allah panjangkan umurnya.

Lutfiyah bersyukur.

Walau bagaimanapun, mimpi ngeri itu muncul setiap kali dia berniat untuk melakar wajah umi. Sehinggakan sekarang, di dalam rumahnya tiada sebarang lakaran uminya. Hanya ada lakaran wajah abinya sahaja.

Hatinya tidak kuat untuk melukis wajah uminya kerana dia takut. Dia takut, berkemungkinan besar dia akan menangis dan bersedih semula. Seorang wanita paling baik, solehah dan tabah di dalam hidupnya yang pernah Lutfiyah jumpa telah meninggalkannya sendirian bersama atuk dan nenek.

Her mom...

Dia sedih.

Tetapi pada hari ini, dia tekad untuk melukis wajah umi sebagai lukisan yang akan disubmit dalam pertandingan Gaeloria. Biarlah dia mimpi ngeri sekalipun. Dirinya tekad mahu melukis wajah umi kerana rindu. Dia tidak mahu wajah uminya hilang dalam memorinya jika dia asyik mengelak dari mengingati umi.

Dia rindu umi.

Lutfiyah mencelikkan matanya beberapa kali, menahan air mata yang sensitif dari jatuh mengalir di pipi. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dihembuskan perlahan.

Bibir mengukir senyuman nipis.

Kertas kanvas bergulung diambil bersama alatan lukisannya yang lain. Dibawa kesemua barang-barangnya ke halaman rumah berkaki ayam kerana rumput di kawasan rumahnya, sejenis rumput seperti di padang. Terasa geli apabila hujung rumput bergesel dengan tapak kakinya.

Langit yang berwarna biru gelap dihiasi bulan dan bintang di pandang lalu dia tersenyum tenang. Rongga hidung menghidup udara segar pada malam tersebut.

Hurm...”

Lutfiyah menghembuskan nafas perlahan.

Si gadis bergerak ke sebuah pondok luas yang terbuka bertema istana, tiada kerusi dan hanya cuma dihiasi chandelier kecil di atap. Ini ruangan melukis Lutfiyah. Tidak keseorangan kerana bertemankan bulan dan bintang di dada langit.

Kertas kanvas dibentangkan di atas kayu nipis, di lantai. Setiap bucu kertas ditindih dengan tin catnya yang masih baru. Tidak mahu merosakkan kertas kanvas dengan cat, dia mengambil keputusan guna tin cat baru yang tidak terusik.

Lutfiyah melutut dihadapan kanvas lalu mengambil pensel grafit di dalam sebuah kotak pensel. Di dalam kotak pensel itu terdapat banyak jenis pensel yang berlainan. Pensel 6B dicapai kemudian merenung kertas kanvas.

Dibaca bismillah perlahan. Secara tiba-tiba dadanya terasa sempit buat sekali lagi. Kerongkongnya menelan air liur dengan kelat. Banyak kali dia menelan air liur.

Sakit.

Menggigil-gigil pensel yang dipegang apabila mata pensel menyentuh kertas kanvas. Lutfiyah memejam matanya. Semua memori wajah uminya diimbas kembali membuatkan dia terjatuh terduduk. Setitis air mata mengalir di pipi Lutfiyah. Kepala menggeleng kecil sambil air mata menitis dengan perlahan.

Hatinyanya dipegang lalu dicengkam bajunya seakan dia mencengkam hatinya.

"Ya Allah... Kau berikanlahku kekuatan untuk mengingati wajah umiku, Ya Allah... Kau berikanlahku semangat untuk melukis wajah umi yang aku rindu, Ya Allah..." rintihnya perlahan dalam doa.

CarlosWhere stories live. Discover now