LUTFIYAH malu-malu hidangkan makanan di atas meja. Apabila matanya bertembung dengan Carlos, pipinya pula yang memberi riaksi. Sepanjang dia menyediakan pinggan-pinggan berserta mangkuk berisi nasi goreng yang masih panas, dia sedaya upaya mengawal tangannya agar tidak menggigil. Kalau kantoi, mahu dia tanggung malu kerana terlalu gugup.
“Fiya!” laung Puan Harina dari dapur.
“Ya mama?” sahutnya.
“Tolong mama panggilkan Ifa dengan Man, dia orang main game tadi dekat atas...” pinta Puan Harina. Sayup-sayup sahaja suaranya kerana si ibu menggunakan suara biasa.
Lutfiyah mengesatkan tangannya pada tuala kecil di tepi ruang meja makan berdekatan singki.
“Okay mama!” balasnya kemudian memberi isyarat kepada lelaki itu agar tunggu sebentar. Lelaki itu mengangguk lalu menyibukkan diri dengan tablet kerja.
Lutfiyah berlari anak mendekati tangga. Sambil naik, Lutfiyah menggeleng namun mulut masih tersenyum.
Haihlah adik-beradik... Pagi-pagi main game!
“Ifa!” panggilnya tatkala sampai di tingkat dua, ruang tamu kecil khas untuk bermain permainan video. Tangan mencekak pinggang.
“Ya, apa? Aku dah nak menang ni,” ujar Zarifah. Mata fokus pada skrin kaca televisyen.
“Karut! Dalam mimpi aje kau menang,” bidas Iman, abang kepada Zarifah.
Lutfiyah mengeluh perlahan.
“Mama suruh turun makan. Abang Man, ajaklah Ifa turun makan. Berhenti main game,” ujar Lutfiyah perlahan, memujuk. Mahu mengambil perhatian lelaki itu dan tektik dia berjaya. Iman serta merta menghentikan seketika permainan tersebut.
Zarifah mengeluh lalu menepuk dahinya. Nafas geram dilepaskan.
“Kita makan dulu. Lepas itu baru sambung,” putus Iman seraya bangun dari tempatnya maka si adik menurut sahaja.
Si sahabat berlari ke arahnya lalu memeluk bahu kanannya. Zarifah tersenyum. Lutfiyah memeluk bahu Zarifah.
“Thank you, Abang Man!”
Iman mendekati Lutfiyah. Zarifah pantas menunjal kasar bahu si abang agar menjauhi sahabatnya. Mata dijuling ke atas. Tidak habis-habis nak pikat hati kawannya sedangkan Lutfiyah terang-terang anggap si abang hanya seorang kawan biasa sahaja. Si abang degil juga.
Patah hati, tanggunglah sendiri.
“Mama masak apa?” tanya Zarifah kemudian jari kelingking masuk ke dalam hidung.
Mereka masih berada di ruang tamu kecil. Si abang melihat perbuatan tersebut terus menayangkan muka jijik lalu menolak muka si adik kasar.
“Woi!” bentak Zarifah.
“Pengotor...” kutuk Iman.
Jari kelingking yang masuk ke dalam hidung tadi entah lakukan projek yang semua orang tahu, pantas dikesat pada baju abangnya. Semuanya berlaku sekelip mata kerana Zarifah geram dengan abangnya yang berkelakuan seperti Thanos. Iman menjerit marah lalu mengesat semula pada rambut si adik. Lutfiyah hanya tergelak di tempatnya.
“Mama!”
“Woi!” bentak Iman pula. Nampak Zarifah tersenyum sinis.
“Mama! Abang Man kaca...”
Mulut Zarifah disumbat dengan tuala kecil milik Iman dengan kasar. Berkerut dahinya.
“Kau jerit panggil mama kenapa?” bisik Iman kuat. Mata sekali-sekala memandang tangga, takut si ibu naik bersama cubitan ketam. Sakit tau.

ANDA SEDANG MEMBACA
Carlos
Romance❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐚𝐝𝐛𝐨𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐨𝐥𝐥𝐞𝐠𝐞 𝐠𝐢𝐫𝐥 ❦ [ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* DAISY LUTFIYAH seorang gadis yang berpendirian tetap. Jika itu keputusannya, maka muktamadlah persidangan perbincangan. Menuntut ilmu di nega...