SAMPAI sahaja di bangunan mewah tersebut, Lutfiyah membaca bismillah perlahan. Outfit ditilik sekejap, apabila dia berpuas dengan pemakaiannya, Lutfiyah menggenggam tali begnya erat. Di hadapan bangunan, gadis itu tercegat berdiri memerhati manusia masuk keluar galeri Syarikat Gaeloria. Pasti mereka daripada kalangan yang berada atau penting.
Namun dalam hatinya, dia tahan dirinya daripada menjerit. Teruja dan gembira kerana dapat melawat galeri terhad itu!
“Are you Miss Daisy?”
Tersentak Lutfiyah.
Dia menoleh ke sisi. Kelihatan seorang gadis tersangatlah cantik berpakaian sut wanita sambil memandang dirinya atas bawah dengan pandangan yang pelik dan bukanlah dengan pandangan jijik atau geli, lebih kepada hairan. Lutfiyah hanya menayangkan senyuman manis.
“Sí,” jawabnya tenang.
(Yes.)
Gadis bersut itu tersenyum.
“Miss Hundersun told us about your visit today,” ujarnya.
“En serio? Es un honor para mi estar aqui,” jawab Lutfiyah teruja.
(Really? It is an honor for me to be here.)
“Yes! She's like our golden customer. By the way, just call me Anne...” Mereka berjabat tangan kemudian saling tukar senyuman. Lutfiyah bersyukur kerana pekerja di sini sangat peramah.
Anne menjemput Lutfiyah masuk ke dalam dengan memberi dia pass tag VIP. Digantung di lehernya agar tidak hilang dan lebih memudahkan keadaan. Setiap langkah dia ambil memasuki bangunan tersebut, semakin dia berdebar.
Entah kenapa tapi dia suka!
“Jadi awak bolehlah melawat galeri ini. Galeri ini ada banyak bahagian, awak boleh singgah satu-persatu. Percayalah awak akan suka. Maaf sebab tak dapat temankan tunjuk tempat ini sebab tuan besar panggil saya uruskan kerja lain,” jelas Anne di dalam Bahasa Spanish dengan nada serba salah di akhir ayat. Wajahnya turut biaskan serba salahnya.
Lutfiyah menggeleng lalu senyum manis.
Alone is better, sometimes.
“Tak apa. Saya faham awak pergi sahaja. Saya boleh jaga diri jangan risau,” balas Lutfiyah mesra.
Anne mengucapkan terima kasih kemudian berlalu pergi dengan laju. Lutfiyah tersengih. Kalau dah lari macam itu, mesti dah lambat. Lutfiyah mula berasa kesian melihat Anne sanggup mengambil masa untuk menjemputnya. Dengan itu, dia berterima kasih.
Langkah Lutfiyah mula bergerak ke sebuah lukisan yang berjaya menarik perhatiannya. Lama dia tilik lukisan tersebut. Kemudian dia melihat nama pelukis di bawah lukisan tersebut.
Michael
Laugh In Sorrow
Lukisan yang menggunakan warna gelap berserta dengan kuantiti sedikit warna terang iaitu warna hijau cair terang. Manakala warna gelap yang digunakan adalah coklat tua yang gelap. Dari segi pandangan Lutfiyah, pelukis cuba memberitahu bahawa dia gembira tetapi gembiranya yang sakit.
Adakah pelukis menghidap penyakit kronik ataupun sebaliknya?
Lutfiyah mendekatkan dirinya ke lukisan. Baru dia perasan, di dalam lukisan tersebut terpalit warna merah dan putih dengan kuantiti yang sangat sedikit. Kalau tak tengok dengan teliti, pasti orang terlepas pandang. Wanra tersebut terdiri daripada warna hospital.
Dia cuma buat andaian sahaja. Harap tak betullah. Bab-bab macam ini dia tidaklah pakar dan tak mahu pakar. Dia tidak suka merasai perasaan orang lain.
Do you ever feel like you got possessed by something when you touch these ancient arts?
YOU ARE READING
Carlos
Romance❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐛𝐚𝐝𝐛𝐨𝐲 𝐚𝐧𝐝 𝐜𝐨𝐥𝐥𝐞𝐠𝐞 𝐠𝐢𝐫𝐥 ❦ [ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* DAISY LUTFIYAH seorang gadis yang berpendirian tetap. Jika itu keputusannya, maka muktamadlah persidangan perbincangan. Menuntut ilmu di nega...