Haider memandu Mercedes Benz GT 63 kesebuah jalan kampung. Tingkap kereta dia turunkan.
Udara nyaman sawah menampar kasar muka Haider. Rambutnya beralun kekiri dan kanan. Lamanya tak dapat balik kampung.
Tayar membelok masuk ke sebuah laman berumput permaidani. Dia memakir disebuah khemah putih.
Lalu muncul seorang wanita dalam 40 an dari dalam rumah di depan pintu.
'mak'
Haider dengan tak sabar terus keluar dari kereta dan berlari ke pintu.
Emaknya dipeluk erat bagai tiada hari esok.
"Alhamdulillah, anak mak dah balik" belakang badan Haider ditepuk lembut.
Lalu Haider mencium pipi dan dahi Puan Sarah
"Wahh orang jauh dah balik lah!" Ujar perempuan adik Haider dari dalam bilik. Dia mengendong seorang bayi yang masih merah.
Haider berjalan ke arah adiknya kemudian dengan tersenyum membacakan
Allahummaj'alhu barran taqiyyan rasyidan wa-anbit-hu fil islami nabatan hasanan
"Ya Allah, jadikanlah ia (bayi) orang yang baik, bertakwa, dan cerdas. Tumbuhkanlah ia dalam Islam dengan pertumbuhan yang baik."
Lalu ubun ubun anak saudaranya dicium.
"Rindu aku tak?" Haider menyuakan tangan kepada adiknya Nur Jannah.
"Tak pun" Jannah menyambut salam Haider lalu memeluk abangnya dengan sebelah tangan.
"Aii kata tak rindu?" Usik Haider. Dia menepuk lembut lengan Jannah beberapa kali kemudian pelukan dilepaskan.
Jannah hanya membalas dengan senyuman. Mana mungkin dia tak rindu satu satunya abang yang dia ada. Sudah setahun setengah mereka tidak berjumpa. Ketika dia bernikah pun Haider tidak dapat hadir kerana misi di Afghanistan.
"Harraz mana?" Haider memanjangkan leher ke seluruh ruang tamu.
"Dia pergi pekan beli barang nak buat ayam berempah malam ni. Haider tolong mak perap ayam boleh?" Jawab Sarah
Haider pun serentak itu mengeliatkan seluruh badan. Macam kepenatan sangat gayanya.
"Tak boleh lah mak. Sakit badan tak habis lagi"
"Ooo dekat kem kelmarin kemain rancak kau keluar dengan Sam. Tak sakit pulak badan kau" bidas Jannah membuatkan Haider tersengih.
"Alah kau ni.. aku melawak je lah. Boleh mak boleh. Jangan risau tapi tu lah ada upahlah" Haider mengangkat kening berkali kali.
"Bubur hitam?" Soal Sarah untuk kepastian. Tahu dah anak sulung dia ni kalau balik mesti cari bubur hitam.
Haider senyum sampai ke pipi sambil mengangguk kepala berkali kali.
"Eyyy makanan hantu" lalu Jannah masuk kembali ke dalam bilik.
"Wahh mulut kau, lancang betul. Kau tu dah la tengah berpantang" Haider mencekak pinggang di hadapan bilik.
"Mak dah buatkan awal untuk Haider. Jom pergi dapur. Mak pun nak makan juga" kemudian mereka anak beranak berlalu ke dapur.
....................
Dhiya yang sedang ralit menonton drama descendents of the sun di pangkin luar rumah mertua Humairah sambil berbaring tiba tiba dikejutkan dengan sergahan dari Humairah.
"BAH!!"
Puk!
Terlepas telefon dari genggaman Dhiya. Terjatuh telefon iphone 13pro di atas batang hidung Dhiya.
YOU ARE READING
Cinta Dua Hati (SU)
RomantizmDoktor Dhiya huriyah & Mejer Ian el Haider Seorang doktor wanita ego melangit dan seorang lagi seorang tentera yang sengal. "Kenapa kau ada kat sini?Kau ikut aku kan?" - Dhiya huriyah. "Ha memang kau sorang je boleh datang pasar ni. Orang lain ta...