bab 10

172 6 0
                                    

"Dhiya...."tegur Humairah sedang mereka dalam perjalanan ke sebuah destinasi.

Dhiya hanya diam.

"Ayah tetap ayah adik. Kita tak boleh buang dia" ujar Humairah lagi. Lengan Dhiya dielus lembut.

"Adik tak buang dia kak. Dia yang buang kita" jawab Dhiya.

"Lagi satu, perlu ke Haider ikut sekali? Dia masih orang luar"

"Adik, Haider ni bakal suami adik. Dia layak kenal susur galur keturunan isteri dia. Kita nak elak kecelaruan di masa depan" pintas Rayyan yang sedang memandu.

Haider di sebelah hanya diam tak berkutik.

"Walaupun dah tak ada rasa sayang, tolong hormat abah sebagai orang tua" tegur Humairah lagi lalu Dhiya terus membuang pandangan keluar tingkap.

"Kak, Dhiya sakit" Dhiya terbatuk batuk sambil berbaring. Humairah mengesat air mata sambil membasahkan badan Dhiya yang masih kecil dengan kain basah.

"Nanti akak belikan ubat. Adik tidur dulu" balas Humairah kemudian mendodoi Dhiya hingga tertidur.

Dhiya tiba tiba terjaga dengan suara dari dapur. Di gagahkan diri untuk bangun melihat apa yang terjadi. Dhiya perlahan lahan bangun dan berjalan keluar dari bilik.

Pang!

"Kau mencuri dalam rumah aku kau tahu?! Aku dah bagi tempat kau tidur, aku bagi makan macam ni kau balas!!"

Pang!

Sekali lagi Humairah ditampar kuat hingga pecah bibir budak itu. Humairah tak mampu berbuat apa. Dia tahu dia salah namun dia mencuri untuk membeli ubat untuk Dhiya yang sudah berhari hari sakit.

"Makcik, maaf.. Maira minta maaf" itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Humairah.

"Jangan buat kakak Dhiya!" Dhiya mengigit tangan Suraya, ibu tiri mereka dari terus mencengkam rambut Humairah.

"Aarrghhhhh!" Terjerit Suraya dan cengkaman dilepaskan. Lengannya yang berbekas gigitan Dhiya dipandang penuh amarah.

"Kau ......" Suraya menyepak Dhiya kuat hingga terpelanting anak kurus itu ke depan pintu.

Klak!

Serentak itu, pintu rumah terbuka. Menampakkan ayah mereka, Sufi yang baru pulang kerja.

"Abah.." panggil Dhiya sayu.

Akan tetapi itu hanya angin lalu buat Sufi. Dia melangkah melepasi Dhiya dan bergerak duduk di sofa.

"Adik" Humairah berlari ke arah Dhiya yang kembali terbaring di atas lantai.

"Adik!" Panggil Humairah sedikit kuat.

"Hah?" Dhiya memandang Humairah di sisi.

"Kita dah sampai. Jom turun" Humairah bergerak turun dahulu sebelum pintu kereta di bahagian Dhiya terbuka.

Haider yang tolong bukakan untuk Dhiya.

Haider memandang lama batu kerikil di tanah. Tempat yang sama. Tak pernah berubah.

"Dhiya?" Panggil Haider pula.

Dhiya memandang Haider kemudian mengeleng kepala. Dia tak mahu, dia tak sanggup terbayangkan kejadian 20 tahun lepas.

"Untuk aku Dhiya. Jom turun" Haider memegang lengan Dhiya yang berlapik untuk membantu gadis itu turun.

Andai saja mereka sudah halal, sudah dia peluk, belai dan pujuk Dhiya. Hatinya agak terseksa melihat Dhiya seakan trauma.

Cinta Dua Hati  (SU)Where stories live. Discover now