bab 4

141 6 0
                                    

Dhiya kembali ke hospital, derapan tapak kasut tinggi Dhiya berbunyi di koridor Blok B.

Benda pertama yang dia perlu lakukan ialah memeriksa keadaan pesakit di katil 65

Sekujur tubuh yang koma menjadi santapan pagi Dhiya di hospital. Wanita yang berbalut kepalanya Dhiya perhati betul-betul.

Tiba tiba kelopak mata dan jari pesakit wanita koma tadi bergerak. Dhiya bergerak menyentuh tangan wanita itu lalu pesakit kembali ke lenanya yang panjang.

Ini hanya reaksi biasa bagi pesakit koma dan Dhiya kemudian membetulkan selimut dibadan pesakit.

"Adik, jangan tidur lama sangat. Keluarga adik menunggu" pesan Dhiya lalu pergi.

Dhiya membuka pintu bilik kerja dan duduk dengan berhati hati di atas kerusi.

Laptop dibuka dan laporan kesihatan pesakit luar diteliti.

.....................

"Haider" tegur Fateh lalu duduk disebelah anaknya.

"Macam mana kerja?" Tanya Fateh.

"Macam tu lah abah, tak banyak berubah sangat pun sebelum abah bersara dulu. Ada misi pergi, tak ada misi balik jadi penjawat biasa" Haider menjawab sambil tersenyum memandang ke hadapan.

"Haider tak menyesal ke jadi askar?"

Haider memandang Fateh sekejap lalu memandang semula kehadapan. Entah kenapa tanah sawah yang dipenuhi air lebih tenang dimatanya. Seperti air laut yang tenang.

"Tak abah. Kalau bukan Haider, siapa lagi. Dengan kelebihan yang Allah bagi pada Haider sepatutnya Haider bersyukur kerana Allah pilih Haider untuk jaga negara" terang Haider.

Dia ketua pasukan Alpha pasukan khas ketenteraan yang dianggotai oleh pakar. Fateh juga pernah menjadi salah satu dari anggota pasukan tersebut namun Haider lebih hebat kerana berjaya menjawat sebagai ketua.

Kewujudan pasukan khas itu diketahui oleh seluruh dunia namun siapa ahlinya? Hanya yang layak tahu sahaja mengetahui.

"Abah faham dan abah bangga dengan anak abah" luah Fateh.

Semakin lebar senyuman Fateh. Masih terserlah aura seorang kapten pada Fateh. Rasa seperti bercakap dengan atasan. Wajah Fateh pula tetap sahaja tenang.

......................

Dhiya masuk ke ruangan bedah. Badannya sudah tertutup dengan gaun pembedahan hijau.

"Ready?" Soal Dhiya kepada semua doktor dan jururawat didalam dewan bedah. Mereka semua mengangguk.

"Mari-"

"Sekejap" satu suara mencelah lalu pintu terbuka.

Doktor Amelia masuk dengan pakaian sama seperti Dhiya. Gaun pembedahan hijau.

"Mulai sekarang, saya akan ambil alih operation ni. Prof Azizul dah beri saya kebenaran keatas pesakit ini" ujar Amelia dengan bangga di tengah ruangan.

"Kebenaran untuk patient ni mati dekat tangan kau? Gila betul" Dhiya mengeleng kepala beberapa kali.

"Kita mulakan" arah Dhiya.

"Kejap lah" bentak Amelia lalu mencapai telefon di dalam poket.

Loudspeaker ditekan.

"Doktor Dhiya, pembedahan kali ini biar doktor Amelia yang ketuai"

"Lepastu?" Jawab Dhiya.

"Saya takkan biarkan pesakit saya dibedah oleh orang yang tak berkemampuan atau berpengalaman" sambung Dhiya lagi.

Cinta Dua Hati  (SU)Where stories live. Discover now