bab 20

183 8 4
                                    

"Perlu ke?" Soal Dhiya tak berapa puas hati dengan keputusan suaminya membayar pengawal keselamatan di hadapan rumah Dhiya.

"Ehh perlu lah. Nanti kalau Haikal tu kacau awak lagi macam mana? Dia tu patutnya kena masuk wad gila lah. Bukannya berkeliaran macam orang normal" balas Haider sambil berbaring di atas katil.

"Iyalah, patik menurut perintah" Dhiya menunduk sedikit di hadapan telefon.

Tuk! Tuk!

"Doktor Dhiya?" Seorang jururawat muncul di muka pintu.

"Ya" balas Dhiya.

"Doktor ada temujanji dengan pesakit sekejap lagi" ujar jururawat itu.

"Ouh dia dah sampai? Kalau dah, suruh dia masuk je"

"Baik doktor" jururawat tersebut terus keluar.

"Kerja elok elok tau amada. Nanti kita call lagi"

Dhiya mengangguk.

"Bye, muah muah muah" flying kiss ditunjukkan kepada Haider.

"Bye too sayang" lalu panggilan terus ditamatkan.

.......................................

"Tuan" panggil Sam.

"Kau nak apa?" Balas Haider sakastik sambil lengannya menindih mata.

Mamat ni pun, sibuk nak tidur dalam bilik aku sekali dengan segerombolan kerbau yang lain. Siapa lagi.kalau bukan anak buah Haider sendiri, pasukan Alpha.

Dah la baru lepas training malam, habis berbau peluh bilik dia. Mereka ni datang bilik Haider bukannya nak tidur sangat pun tapi sebab nak main game.

"Selamat malam. Muah muah muah"

Puk!

"Aduh!"

Kepala Fadlan disepak Haider. Saja lagi lah buat pasal. Menganjing orang tapi duduk dekat dekat.

Mengekek ketawa Sam, Amri, Syafiq dan Iman melihat Fadhlan menyungkur kedepan. Fadhlan bangun semula sambil menggosok kepala yang disepak tadi.

"Bini kau ada buat macam tu? Tak ada. Bini aku ada jadi..." Haider diam diam mengubah posisi dari berbaring kepada duduk.

Tuk!

"Adoi!"

"Tak payah jeles" sambung Haider setelah meluku kepala Fadhlan.

"Pergi tutup lampu. Aku nak tidur" arah Haider lalu berbaring semula.

Fadhlan memuncungkan bibir. Kejam!!!

...................................

"Aamiin" Dhiya meraup wajahnya lalu mula menyuap nasi ke dalam mulut.

Dhiya tersenyum tawar apabila ini sudah hari ke 15 umat Islam berpuasa dan Dhiya masih berbuka seorang diri di cafe berdekatan dengan hospital.

"Abang, lepasni kita cari baju raya nak?"

Dhiya terkedu seketika apabila pelanggan di meja sebelahnya bertanya kepada lelaki di hadapannya. Suami agaknya. Terhenti pergerakan Dhiya.

"Boleh juga. Nanti tak payah rushing beli baju last minute kan?"

Terbayang Dhiya jika Haider ada bersamanya juga menyambut Ramadhan dan Syawal disini, bersamanya. Ya Allah, sakitnya.

Air mata Dhiya mula bertakung laju sambil menyuap makanan ke dalam mulut. Peritnya untuk dia menelan walau sebutir nasi ke dalam perut. Namun Dhiya terpaksa juga menelan kerana dia perlu sihat dan kuat untuk menyambut Haider pulang.

Cinta Dua Hati  (SU)Where stories live. Discover now