bab 22

165 7 2
                                    

Pin!

Pin!

Sebuah motor berhenti di depan rumah Fateh.

"Assalamualaikum!" Salam dilaung kuat oleh kurier J&T

"Waklaikumsalam"

Fateh berlari anak menuju ke pintu depan.

"Isteri Ian el Haider" sebut lelaki itu dengan wajah yang berkerut. Bukan pelik tapi meluat. Sweet sweet pulak. Aku dah la single, huhuhu sambut raya sorang sorang lagi.

"Ouh, betullah tu. Terima kasih"

Fateh mengambil bungkusan dari tangan lelaki itu.

"Sama sama" balas lelaki itu dan memulas minyak  berlalu pergi dari rumah Fateh. Banyak lagi parcel nak hantar ni woi.

.................................................

Dhiya mencakar daun kering di luar rumah Mikail.

Terbatuk sedikit Dhiya apabila asap masuk ke rongga hidung lalu penyakar di sandarkan ke pangkin.

"Harini Dhiya buka puasa dekat rumah ibu lagi ke?" Tanya Normah yang menemani Dhiya di luar rumah.

"Malam nanti Dhiya pergi rumah mak pulak" jawab Dhiya.

"Senang betul hidup dia yer. Kalau rasa nak sahur rumah ibu, pagi pagi buta dah datang ketuk pintu. Bila berbuka pula, balik rumah mak mertua balik" sampuk Mikail dengan sebakul batang buluh.

"Benda senang, buat apa nak susah susah" jawab Dhiya membuatkan Mikail yang sedang mengelap peluh ketawa kecil.

"Bini siapa lah ni..."perli Mikail sambil bercangkung di sebelah bakul hitam.

Dhiya hanya tersenyum.

"Mah, abang ada ambil rebung buluh sekali. Nanti berbuka buat masak lemak boleh?" Pinta Mikail sambil mengeluarkan seguni rebung buluh yang dia ambil dalam hutan.

"Banyaknye bang. Nak masak semua ke?" Soal Normah tak percaya.

"Tak ada lah. Abang nak bagi dekat Nan dengan Fateh sama. Tu yang ambil lebih sikit ni"jawab Mikail.

Dhiya memandang buluh tersebut dengan penuh minat. Tak sabarnya nak rasa lemang raya.

"Ibu dengan ayah masuk dalam dulu" beritahu Normah lalu beriringan dengan Mikhael masuk ke dalam rumah.

Meninggalkan Dhiya seorang diri di pangkin bersebelahan dengan pokok manggis. kepalanya disandar ke pokok manggis tersebut sambil termenung jauh.

Sejak kejadian mereka suami isteri bergaduh haritu. Langsung Dhiya tak hubungi Haider. Haider sahaja yang sering mengirim mesej namun Dhiya ada sahaja dengan alasan untuk menghindar dari Haider.

"Saya nak kemas rumah"

"Saya nak pergi beli barang"

"Saya letih. Nak tidur"

"Tengah sembang dengan mak"

"Sibuk"

Macam macam lagi alasan yang Dhiya berikan. Bukannya niat Dhiya untuk membuatkan hubungan mereka suami isteri semakin dingin tapi hatinya terlampau sakit dan dia tak tahu kepada siapa dia nak lepaskan rasa sakit itu.

Dulu sewaktu dia masih belajar, hidupnya sentiasa tenang tanpa insan bernama lelaki. Dulu baginya lelaki cuma makhluk yang sering mengambil kesempatan kepada perempuan.

Tapi semuanya berubah apabila dia berjumpa dengan Haikal.

"Dhiya" Haikal lalu muncul dihadapan Dhiya yang sedang memeluk tiga buah buku tebal bersama thesis berukuran sebuah kamus dewan.

Cinta Dua Hati  (SU)Where stories live. Discover now