Kini Dhiya hanya tinggal sehari sahaja lagi di Lubnan. Barang-barangnya dalam medic cube dikemas semua memandangkan sukarelawan Malaysia yang lain telah sampai.
Stateskop sangkut dileher kemudian kotaknya di bawa keluar dari medic cube.
"Sedih nampak?" Soal leftenan Sarah lalu berjalan bersama Dhiya memandangkan dia pun searah.
"Sedihlah, dah kena berpisah dengan suami" jawab Dhiya. Nadanya kedengaran sedang bergurau.
"Ha bagus, laki bini sama je. Sorang sedih kena berpisah dengan laki, sorang lagi sedih kena tinggal bini. Haiih, tak faham aku dengan korang berdua ni.. bukannya tak boleh jumpa langsung pun..." Kemudian Sarah bergerak ke arah bertentangan dari Dhiya sambil membebel. Meluat mungkin.
Dhiya tersenyum lucu dengan reaksi leftenan Sarah. Tak sangka Haider pun sedih untuk berpisah jugak.
Sedang Dhiya mengemas beg di dalam khemah tiba tiba Haider datang.
"Aku dengar ada isteri orang tu sedih nak tinggal suami dia" Haider berkias sambil memandang tempat lain.
Dhiya memandang Haider atas bawah.
"Aku pun dengar juga, ada suami orang tu sedih nak kena tinggal" balas Dhiya sambil berpeluk tubuh menghadap Haider.
Haider memandang Dhiya, ingin mengamati sekejap wajah Dhiya kemudian tersenyum.
"Jom, aku bawa kau pergi satu tempat" tangan Dhiya ditarik lembut.
..............................
"Masyaallah... cantiknya" ucap Dhiya ketika berdiri dihadapan sebuah pantai biru.
Haider tersenyum melihat Dhiya yang teruja dengan pemandangan indah ini.
Tangan Dhiya Haider satukan dengan tangannya.
Dhiya terkedu namun sesaat kemudian dia juga membalasa kembali gengaman Haider. Suami sendiri juga. Yang tak ada suami pergi main jauh jauh.
"Haider" panggil Dhiya sambil matanya masih melekat pada pemandangan dihadapan.
"Herm"
"Sejak bila kita terbiasa dengan diri masing masing?" Soalan Dhiya membuatkan Haider terlepas tawa kecil.
"Aku pun tak tahu"
Dhiya tersenyum
"Masa mula mula aku kenal kau, kau perempuan yang tak pernah nak kalah tapi makin lama aku berkawan dengan kau, rupanya kau perempuan yang baik" Haider menarik Dhiya untuk berjalan bersamanya mengelilingi pantai.
"Ehh aku memang baik dari dulu. Kau je buta mata, buta hati tak nampak kebaikan aku" balas Dhiya.
"Kerek gila kau ni"
Kemudian mereka berdua ketawa.
"Mesti kau banggakan dapat kawin dengan askar hebat macam aku?" Haider 'angkat bakul' sendiri. Senyum bangga terhias di bibir namun Dhiya mencebik.
"Lantak kau lah"
"Dhiya, kau tak menyesal kawin dengan aku?" Soal Haider tiba tiba.
"Tak. Aku bahagia dan aku lagi bahagia kalau kau ada macam ni selalu dengan aku" jawab Dhiya dengan senyuman bahagia.
"Kita ni asyik berkau aku, tak rasa kurang ajar sangat ke?" Soal Dhiya pula.
"Habis tu? Abang sayang? Lapuk sangat lah. Semua orang guna benda yang sama"
"Eh kau tak tahu ke? Sebab yang lapuk tu lah mempunyai sentimental yang tinggi. Aku panggil kau abang sebab aku hormatkan kau sebagai suami, kau panggil aku sayang untuk tunjukkan sayang kau pada aku"

YOU ARE READING
Cinta Dua Hati (SU)
RomanceDoktor Dhiya huriyah & Mejer Ian el Haider Seorang doktor wanita ego melangit dan seorang lagi seorang tentera yang sengal. "Kenapa kau ada kat sini?Kau ikut aku kan?" - Dhiya huriyah. "Ha memang kau sorang je boleh datang pasar ni. Orang lain ta...