bab 14

150 6 0
                                    

Dhiya menyarung selipar setelah selesai solat subuh di surau yang disediakan.

"Puan Dhiya" panggil seseorang dari belakang Dhiya.

Terus Dhiya berpaling. Ada seorang lelaki dalam t-shirt hijau menghulurkan sesuatu untuk Dhiya.

"Tuan Haider berikan ni untuk Puan"

Dhiya memandang coklat dihadapannya kemudian mencari kelibat Haider.

Haider kemudian terlihat melambai tangan di hadapan surau.

Coklat di tangan prajurit itu diambil.

"Terima kasih" Dhiya memberi senyuman kepada lelaki itu kemudian bergerak ke arah Haider.

Terkedu lelaki tadi dengan senyuman doktor Dhiya Huriyah. Arghhhh! doktor Dhiya senyum dekat aku!

"Wah... seronok kau jantan bini aku senyum dekat kau. Kau tunggu kejap lagi" gumam Haider seorang diri sambil berpeluk tubuh.

Pak!

Dhiya melempar coklat itu ke dada Haider. Nasib sempat tangkap.

"Kau ingat aku nak cair dengan hadiah kau ni? Sakit hati aku tak habis lagi tau" marah Dhiya sambil bercekak pinggang.

"Kau sakit hati dekat aku buat apa? Kau pergi sakit hati dekat lelaki yang suruh aku pergi misi tu-"

"Ha mana orang tu, meh aku nak pergi dekat dia" Dhiya meletakkan kain telekung di atas bahu kemudian ingin bergerak mencari lelaki yang disebutkan Haider.

"Eh eh eh, tak payah" Haider berlari menahan Dhiya.

"Orang tu tak ada dekat sini" sambung Haider.

Pap!

"Aduhhh.... kau ni. Nak jadi isteri derhaka ke?" Adu Haider sambil mengusap lengannya yang ditampar Dhiya.

"Alang alang buat nak jadi, baik jadi terus" Dhiya ingin mendekati Haider.

"Dhiya, dhiya...ahhh" Haider berlari menjauh dari Dhiya.

Keliling surau tu mereka suami isteri pusing.

Tiba tiba Sarah datang dan menahan Dhiya.

"Kau..kau lepas Sarah, dia ni...eyy aku la eyyyy. Nasih Sarah pegang je ni" amuk Dhiya.

Haider dah berhenti berlari.

"Kau memang terbaik Sarah. Terima kasih banyak banyak" Haider menunjukkan thumb up di depan Sarah dan Dhiya.

Tiba tiba Sam pun muncul entah dari mana dari tepi Haider.

Haider memandang Sam atas bawah.

"Kau dah kenapa? Kena kejar singa betina jugak ke?" Soal Haider pelik.

Sam hanya memandang dingin Haider.

"Kat sini rupanya kau..." Sarah ingin mendekati Sam pula namun ditahan pula oleh Dhiya.

"Sabar Sarah sabar. Mampus anak orang nanti" ujar Dhiya.

"Korang dua kenal ke?"

"Mana tak kenal. Dia ni musuh abadi saya dekat universiti" jawab Sarah namun matanya masih menikam Sam yang sedang menunduk.

"Kau, ikut aku" arah Sarah kepada Sam dan mereka berdua bergerak menjauhi pasangan itu.

"Dhiya" Haider mengengam lembut tangan Dhiya namum Dhiya mengelak.

"Kau pergi mana?" Dhiya menumbuk dada Haider.

"Aku call tak angkat"

"Mesej tak reply"

Cinta Dua Hati  (SU)Where stories live. Discover now