𝐇𝐢𝐫𝐫𝐚𝐳 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐫 | 𝐀𝐟𝐫𝐚 𝐀𝐟𝐬𝐡𝐢𝐧
Susunan indah titian ceritera.
Pertemuan tumpang teduh seketika.
Bahagia daripada malapetaka dunia.
Sering durja sehingga lemas dalam sepasang mata.
Manis, leka khayal selamanya.
Tikam dalam saat tiba...
Nihil suci tanpa noda, dingin cengkam hebat jalar seluruh pelusuk yang ada.
Cuma disebalik itu selitan ceritera selirat dengan jerih dan manisnya.
Memori, apakah sudi engkau temani?
Ataupun hirap terus dari layar minda hantui hari-hari?
Ngeri ilusi, bahari fatamorgana anyaman palsu tak mampu kecapi.
Mungkin juga pengakhiran dia adalah sama sahaja, tiada beza.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PENGHADANG dinding kaca jadi pengantara, dia sandarkan sisi wajah di situ seketika. Langut kepala sedikit, tangan di bawah ralit ramas gemas tirai langsir berayun lembut. Talakan layar mata panorama bumantara gelita, ribuan kejora gemerlapan di atas sana.
Entah ada apa, dia cuma mahu ketenangan sahaja. Tidaklah kata gundah-gulana sepanjang masa, hanya ubati rawan penuhi rengkung dada dan isi jemala. Selerakan silir bait-bait negatif, lelah perang sama sendiri.
Dahulu dia fikirkan semasa kecil, tidak sabar sungguh untuk dewasa. Mahu jalani detik di mana semua keinginan bakal dicapai tanpa pujuk rayu, petik jari tarik apa sahaja yang dikehendaki. Bayangan kasih ibu bapa meladeni anak-anak mereka, ada masa bujukan lain kali ya kerana masih banyak lagi keperluan harus dibeli.
Sayangnya, mengapa serasa sekarang dia hendak tonyoh buih-buih sabun ke mulut? Sental balik fikiran bodoh dan seluruh tubuh. Hampir kesemua, tiada lagi sisa.
Jikalau luka berdarah, lebih daripada rela.
Andai pilu sengat inci kulitnya, sangat dihargai dan berlapang dada.
Kalau boleh dia mahu hentikan nyawa, tapi dia bukan Tuhan untuk lakukan ia.
"Kau fikirkan apa sampai nangis Afra?"
Gamam, Afra kalihkan tumpuan semula. Posisi diterbalikkan, melihat biasan diri pada cermin jendela. Memaparkan segalanya, sembap muka ternyata hodoh kejadiannya. Meligih cumbui segenap susuk, jari bawa ke bawah mata.
Seka.
Basah.
Mengapa dia perlu menangisi pula? Bukankah dia sudah biasa?
Juring mata semakin berburam, deras mengalir tanpa dipinta. Benci, dia bersihkan noda permata dengan telapak tangan sahaja. Berkali-kali, sampaikan akhirnya lelah biarkan ia jatuh ke buana.
Jujut nafas dalam, kasar helaan bilamana figura itu betul-betul mampir dengannya. Tubuh tegap dengan raut bengis jadi santapan mata pada pantulan kaca, kening jungkit tinggi sebagai tanda curiga. Kerjap perlahan, tampak senyuman puas hiasi bibir manusia keji.
Bangga. Andaian Afra pada muara reaksi dipamerkan ia, jelas kerana dia seringkali tewas dalam genggaman yang sama.
"Kenapa?" Lirih intonasi, Afra menyoal semula sebagai balasan insan menanti. Hujung bibir sungging naik, sinis bersama tawa kecil iringi sama.
Pura-pura adalah biasa, tetapi lekatan noda begitu utuh tetap tak dapat ubah asalnya. Dia sudah penuh garit belau kotor tanpa baki tersisa, apakah lagi yang dia ada?
"Kau tanya... Afra, kau fikir apa sampai menangis?" Geleng.
Aneh, bagaimana dia bisa tutup andai nadanya sahaja cukup memberitahu. Beza pula gerangan itu sekadar kerunyut dahi, tajam picing seakan mahu melahapnya.
Semaklah mamat ni, suka hatilah dia nak berlayar sampai ke bulan sekalipun. Nak tenggelam ke dasar lautan tak timbul-timbul ke permukaan pantai apapun. Senantiasa sibuk ingin tahu tentang hidupnya.
Apakah dengan ikatan mereka, modal benarkan perjaka durjana dan seisi manusia selami liku-liku nurani senandung jeladeri emosi wanitanya? Tak, malahan punca dia sebegini asbab lelaki ini juga.
"Otak orang kan, bukan otak kau pun." Afra bidas laju, mahu buka langkah untuk pergi. Jujur, dia malas dan tiada daya melayan kehendak lelaki rumit berbanding dirinya. Entah apa masalah dia, cuba cermin dahulu kebodohan nyata sebelum persoalkan kepadanya.
Sekonyong-konyong, lengan kekar sebelah menjalar pada pinggangnya dari arah belakang. Melekap hangat pada tubuh kekar sang perjaka, dia meronta untuk lepaskan diri. Berjejeran air mata tanpa sedar, menolak dengan kudrat tersisa. Namun sia-sia tika mulutnya ditekup rapat, halang suara dia terus meletus dari pendengaran manusia sekeliling.
"Baik kau diam, sebelum lain yang jadi nanti. Kau tak nak kan aku mulakan lagi?" bisiknya keras, sengaja usik dan eratkan lagi rangkulan. Respon Afra sekadar lakrimasi laju, katup aksa kerana tak sanggup.
Perlahan-lahan dia jatuhkan tangan, melilit pada tubuh genit wanita. Afra sekadar kunci mulut, lumpuh sendi dan tulang-belulang bagi hentikan tindakan lelaki itu.
"Jangan lupa apa ada pada kau, semuanya milik aku. Keluarga aku," bisiknya lagi tepat di celahan telinga. Hembus berat, tompang dagu pada bahu Afra. Selesa.
Afra kaku. Tiada gerak balas diberi, ketap bawah bibir tahan rasa. Jelek untuk berdekatan sama, tapi dia takut andai lelaki ini melampaui batas terhadapnya.
Terutama dalam keadaan begini, dia memang endak ada daya.
"Jangan berani buat bukan-bukan Afra, kau milik aku. Aku akan perhatikan kau. Faham tak?" Telapak tangan kasar tekap perut kempis sang wanita, harapkan sesuatu hasil biarpun berkali-kali Afra menolak ia terjadi.
Takkan, dia akan pastikan Afra bawa zuriat mereka. Biarpun salah cara, hanya itu mampu mengikat Afra berada di sisi walaupun tidak pernah sudi.
"Aku... aku faham."
Afra teguk liur payah, payau.
Afra paksa carik bibir, nanar.
Afra celik mata, pedih berburam.
Afra rasa hangat itu lekap erat, tatluki pasung kemas agar kekal pegun di situ. Berkecai deraian atma, serasa mengah dan sesak sejujurnya.
"Tapi aku tak janji," getus Afra bersama kernyihan. Apa lelaki tersebut mampu andaikan dia akan goyah, setelah dijunamkan ke lembah bahana beribu kali?
Bodoh, jangan harap waima sekali dia bakal tunduk melutut lagi demi seorang manusia seperti sebelum ini.