JARI-JEMARI runcing geligi sama sendiri. Mahu elus lembut pipi mulus bayi dibuai lena. Juring mata berkolam sedari tadi, bendung tumpah menodai pipi. Tidak dapat tahan lagi, berpusu-pusu mengalir tak henti.
Raut tenang nan suci, bermain di layar mata. Hati terdetik kecil, bagaimana agaknya nasib sang cilik ini? Andaikan pelbagai perkara, usianya masih muda.
Ting!
Afra oleng sisi. Capai telefon miliknya yang berbunyi. Tertancap pada nombor aneh mengisi tertingkap skrin, pantas membuka untuk mengenal pasti.
Satu detik.
Dua detik.
Tiga detik.
Beberapa keping gambarnya berserta mesej ayat memenuhi ruang curhat. Afra nampak dirinya elok memangku si kecil Hasya. Kabur seakan diambil dari jarak jauh. Curi-curi namun jelas memfokuskan pada dia. Belum termasuk saat Ummar utuh memaut tangan dia, juga diselitkan saat Ummar cuba membujuknya dalam diam dengan renungan hangatnya.
+Agak-agak macam ni rupa kau bila bawa anak kita kan, sayang?
+Aku boleh gantikan tempat suami kau sekarang kalau kau tak lawan aku dulu.
+Aku akan pastikan dia tahu niat sebenar kau, Afra.
Sontak, terasa renjatan listrik selusup vena. Afra spontan campak gajet jauh-jauh dari pandangan mata. Berembun juring mata. Bawa tangan menyentuh dada. Berlegar-legar bayangan hitam menjamah kotak pemikiran. Tangisan maha nyaring bergema dalam kepala. Berselang seli esakan pilu hiasi suasana.
Sayangnya, kabur sahaja memori itu berulang-ulang umpama kaset rosak. Ada bunyi hentaman juga jeritan sama, tapi Afra tak mampu ingati apa dia. Perutnya memulas hebat. Loya tekak berdesup-desup melalui celahan kerongkong. Batang tubuh menggigil halus, Afra pilih bangkit sebelum undurkan diri beberapa tapak menjauhi.
Kau tak layak, Afra.
Jangan berani sentuh budak tu lagi.
Kau tu yang kotor.
Sesak isi kepala. Sebelah lagi pegang tempurung terasa beratnya. Tangan terasa sejuk. Mual dengan isi perut bergelodak hebat. Satu lagi utuh renyuh pakaian bahagian dada. Pekung sakit bagai ditabrak berkali-kali. Hampang nafas bersama sisa keringat menguncur di dahi.
"Um... Ummar..." lirih nan serak panggilannya. Berbalam-balam akal waras dan pandangan sekeliling dia.
Sembunyi senyum, nanar. Belahan bibir bergetar hebat. Cuba untuk endak letuskan suara sendu. Gontai langkah kaki, terlanggar bucu lemari kecil.
Ringisan dia meletus. Terhuyung-hayang batang tubuh menjauhi. Bagai ingin lari dari bayang-bayang menghantui, ledakan memori bergelumang dalam minda menikam setiap ceruk dan inci.
Tak semena-mena, belakang badannya bertemu dinding. Tersandar lesu. Nafas Afra mengah, terbata-bata. Melorot jatuh tak berdaya. Dadanya bagai dihentam bertalu-talu, perit.
Air matanya mengalir lesu. Kemam bawah bibir rapat. Tidak mahu esakan ditahan kedengaran. Biarlah andai ini bayaran harus dia bayar demi sekelumit cinta, Afra rela. Walaupun sejujurnya Afra tahu, jikalau pecah rahsia dipegang akan buatkan Ummar benci padanya.
Kedengaran keriuk pintu menerjah halwa telinga. Lambat-lambat Afra panggung kepalanya.
"Afshin, tadi aku terdengar ada bunyi..." bicara Ummar terhenti. Derapan kaki meluru masuk terburu-buru. Seakan gapai sesuatu dahulu, sebelum mampiri dekati Afra.
Layar pandangan Afra terasa kelam, cuba pasakkan matanya pada figura yang mendekati dia.
"Afshin..." Ummar berjongkok di sisinya. Memaut lengan bahu Afra. Ummar menyauk masuk batang tubuh Afra dalam dekapannya. Cuba memujuk meskipun sekelumit cuma, elus belakang badan itu lembut.
YOU ARE READING
Tulus Kasih Kirana
Romance𝐇𝐢𝐫𝐫𝐚𝐳 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐫 | 𝐀𝐟𝐫𝐚 𝐀𝐟𝐬𝐡𝐢𝐧 Susunan indah titian ceritera. Pertemuan tumpang teduh seketika. Bahagia daripada malapetaka dunia. Sering durja sehingga lemas dalam sepasang mata. Manis, leka khayal selamanya. Tikam dalam saat tiba...