BAB 10

40 2 0
                                    

HENING bumantara masih dibungkus gelita, dini waktu bagi para manusia. Istirahat kewalahan dihurungi mimpi indah, Ummar bangkit mempersiapkan diri. Lemari baju dibuka, capai kurta dan seluar slack. Selitkan antara lengan kiri, tuala tersangkut apaian kecil pula dia gapai. Sangkutkan rapi pada bahu, selebihnya kemudian nanti. Cukuplah sekadar penampilan biasa, paling penting ia suci dan bebas daripada noda.

Melangkah mara hampiri Afra, bongkokkan postur tubuh samakan paras wajah. Telapak tangan perlahan dan hati mendarat tempurung isteri, sebak rambut menutupi wajah jelita Afra. Dengkuran halus meniti dari celahan bibir, beralun tenang gelombang dada. Polos reaksi berbera muka, Ummar carik senyum tipis melihatnya.

Ummar runduk muka, labuhkan ulas bibir tepat pada ubun-ubun wanitanya. Hangat selusup menjalar sekitar vena, Afra pelan-pelan celik mata sedar. Kerdip manja iris lazuardi miliknya, mamai tika raut perjaka penuhi retina mata. Ummar jauhkan wajah, kuyu nan tunak tatapan dia.

Kontan, Afra mendadak bangun. Tarik kain selimut menutupi tubuh, bergetar halus dan keruh muara muka. Dada berombak ganas berburu nafas, ngengsot menjauhi tatkala layar minda mainkan semula babak mereka.

"Maaf... Saya..." perlahan nadanya, Aufa tunduk meneukur bawah. Bersemu darah pipi putihnya, cuba usir rasa semakin menabrak atma. Ummar sekadar memerhati, diam melihat tingkah rawan sang isteri. Afra tampak susah hati, namun mengapa pula muka putih itu berubah merah kalahkan udang galah.

"Afshin..." seru Ummar sembari labuhkan duduk di birai katil. Berjaya membuatkan Afra semakin meluaskan jarak yang ada, persis membina benteng besar antara mereka.

"Afshin Ummar..." meleret suara Ummar, kerdip lembut bulu mata. Lunak iris coklat memanah isteri, Afra angkat kepala takut-takut.

Mencumbui iris masing-masing, menerobos rasa selinap tangkai jiwa. Hangat bungkus kedinginan atma, bujukan renjana untuk pasangan mereka. Bahang segara bergenang juring mata, tenggelam lemas pasakkan renungan indah.

Katakan dia lena saat Ummar sudi bersama, tidak jangka mampu ubati ngeri mimpi hantui dia. Serasa serba-salah kala menuduh Ummar pelbagai kata, sedangkan suaminya berniat membantu sahaja.

"Saya minta maaf..." Menitis butir permata, kelip kelopak mata berkaca-kaca.

Ummar kerunyut dahi, jungkit alis keanehan. Keliru mengapa pohon maaf tiba-tiba, sedangkan Afra tiada melakukan kesalahan padanya. Jikalau ada, Ummar tak terasa kerana dia faham keadaan sang isteri.

"Dah kenapa pula ni? Kau tak ada buat apa-apa salah pun dengan aku Afshin." Ummar balas bersahaja, renung lama Afra tidak senang duduk. Sedari tadi ramas kain selimut melitupi dia, tampak resah semacam malahan cuba larikan anak mata dan bertentang semula.

Malu, tapi mahu.

"Saya tak sengaja salahkan awak..." Lirik lagi, larikan bebola mata tika Ummar picingkan tenungan luar biasa. Hujung bibir sang suami menyungging naik, cuak tatkala alis nipis itu terangkat tinggi. Serasa Ummar sedang tingkah lakunya, kasatmata seperti ada sesuatu sahaja.

Segan kerana dia terlalu rapat dengan Ummar. Peluk erat seperti gadis kecil dambakan kasih, sudahlah keterlaluan apabila dia lemparkan tuduhan. Tetapi Ummar tidak memarahi malahan membujuk dia, galau jiwa pelan-pelan kendur dalam lindungan Ummar. Sejujurnya, Afra risau andai tanggapan Ummar tidak dijangka olehnya. Afra takut hati kecilnya tak mampu menanggungnya.

Sekonyong-konyong, lengan kekar Ummar menyauk pantas tubuh genit Afra. Dorong isteri kecilnya atas riba, selamat melekap dalam dekapan. Sengaja Ummar menghakis jurang yang cuba dibina, angkat kening bangga kala Afra jerit kecil tak jangka. Afra renyuh kain selimut lebih kuat, melotot bungkam rona merah muka tika Ummar kernyih nakal.

Tulus Kasih Kirana Where stories live. Discover now