BAB 7

37 2 0
                                    

BARU sahaja mahu kembali hanyut lena, suara garau seseorang menampan gegendang telinga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BARU sahaja mahu kembali hanyut lena, suara garau seseorang menampan gegendang telinga. Automatik Afra buka semula kelopak mata, berpinar-pinar pandangan tatkala perlu kembali ke dunia nyata.

"Kau memang nak ignore aku ke?" soal Ummar berpeluk tubuh. Lama menanti peluang selit bicara, jelas Afra tak sedar kehadiran dia. Terlalu ralit melamun dimensi sendiri, setiap perubahan tingkah laku Afra telah dilihat dalam diam. Dia tampak seperti monumen berjasa pun ada, tidak berkutik waima sekelumit sehingga sekarang saja menyapa.

Mujurlah Ummar sapa, jikalau tidak memang dia serupa penjaga lahiriah dari langit buat Afra. Bidadara lindungi gadis mana, cuma Ummar mengagak bahawa dia pernah menemui sang wanita itu suatu ketika dahulu. Helaian nota beri tanda arah, sememangnya jadi persoalan keliru penuhi kotak fikiran siapa sebenarnya gadis misteri ini?

Pelan-pelan Afra anjak bangkit, postur tubuh sandarkan pada kepala katil. Langut kepala, bungkam saat saling mencumbui kanta cembung antara mereka. Teduh tatapan Ummar, Afra balas bersama juring mata berbahang tiba-tiba.

Jujur, apakah Ummar sememangnya wujud di sana memerhatikan dia?

Dia rindukan renungan Ummar, serasa sama tika kali pertama jumpa.

Betapa suam umpama manisan coklat kegemaran, mencair kebekuan tangkai hati ternyata kehausan kasih.

Cuma, dia ragu-ragu untuk teruskan bermimpi. Rawan jikalau pulangan begitu tinggi, bakal robek jiwa rapuh tak berdaya lagi.

"Aku pernah kenal kau ke sebelum ni?" Ummar nyatakan kemusykilan, ubah posisi berdiri dengan tangan menggaru gemas belakang tengkuk. Tunduk hormat, serasa tak patut berlebihan tatap Afra terutama roman muka itu seakan terpukau gamam pada dia.

Kontan, Afra terkebil-kebil kerjap pupil mata lazuardi miliknya. Bersemu darah kedua pipi, runduk telan liur kerana keterlanjuran diri. Terkedu saat pertanyaan itu menghentam kalbu, resah mahu berikan balasan sedangkan Ummar setia menunggu.

Khali.

"Sejak bila?" Afra bersuara memulangkan paku soalan. Berjaya juga interaksi semula, itupun hampir beberapa detik muhasabah diri tekur lantai mozek begitu indah rupanya.

"Lama jugalah," balas Ummar, kekok. Entah mengapa, janggal pula Ummar mahu nyatakan hasrat dia. Apabila kenangkan permintaan mak saat ini, haruslah tunaikan jua kerana dia juga sanggup ambil risiko mendatang demi wanita ini.

Remas kain ranjang gemas, resah pula ke mana hala tuju perbualan harus dibawa. Detik berlanjutan, memasing pilih diamkan diri buatkan Afra tak selesa.

"Asal baru tegur saya?" Dan-dan Afra angkat jemala, polos riak wajah dia beri buat Ummar turut sama tengandah. Kemam bawah bibir erat, debaran ritma memalu dada Afra tika pandangan Ummar berbeza.

Bergemelugut kala Ummar menapak hampiri, benar-benar membuatkan Afra diserang keresahan cuba untuk tak fikirkan perkara buruk mungkin berlaku. Sungguh, andai suka pada Ummar sekalipun, ia masih timbulkan was-was tatkala sedar Ummar bukan sesiapa melainkan orang asing seperti di luar sana.

Tulus Kasih Kirana Where stories live. Discover now