NIHIL. Niskala fikiran menerawang suram, lembah gelita sebagai destinasi tersungkur kembali. Berburam lensa mata layar memori bergenang tanpa henti, kaset rosak berulang lagi dan lagi. Sapu malas ambien sekeliling, dingin menguncup kulit terdedah tanpa perlindungan.
Bayu malam seiring kerpasan, rakus mencumbui seisi rumah dari pintu yang terbuka. Keadaan dia mengaibkan, tiada sisa khas melainkan tungkang-pecah kediaman. Liarkan bebola mata pada gerangan tiga manusia jaka keletihan, bergelimpangan sekitar dibuai lena.
Kerjap kelopak mata, jatuh mengguyur lakrimasi selusuri pipi. Ranap kalbu bagai dilapah debu, hanya tinggalkan jasad sudah tepu. Bagaimana dia bisa bernafas seperti biasa, sedangkan dunianya hancur lebur melahap dirinya?
Gagahkan susuk lasat agar bangkit dengan daya yang ada, ngilu segenap inci disengat nyeri. Sengal keletihan, biram berbirat anggota badan hiasi dia. Abaikan sahaja segalanya, gelugut capai apa-apa paling berdekatan bagi menutupi hodoh dan jelek dirinya.
Mengah nafas, berburu ketap erat bawah bibir agar tak meletus desis pedih kian dirasai. Afra pelan-pelan dan hati-hati sarung pakaian yang ada, dia mahu keluar dari lompong derita.
Bahana garang tindakan melulu, mangsa utama tiada hak seperti biasa. Pada akhirnya, pasti pihak belah wanita dipersalahkan jua. Sehelai pinggang, derap kaki menapak pincang dengan gugusan kunci di tangan.
Afra perlu lari. Usir segala melankolik meladeni, bukan mampu selesaikan jikalau dia tak usaha. Paling tidak, dia tak akan pulang semula ke lembah sengsara.
Entah sampai bila, Afra litak untuk terus buka langkah. Hampir putus asa, sudah endak bermaya merana membungkus hari-hari. Duka peneman setia, damai itu fana.
Dusta.
Lari membelah tangisan semesta, selusur perjalanan memijak batu kerikil lorong yang ada. Tidak endahkan nyeri mencucuk kulit halus, remai tulang-telulang kencup segenap sendi. Biarkan rintikan ganas mutiara hentam dia semahunya, menggeletar ulas bibir membiru tahan sejuk. Pucat nan bengkak raut wajah, berpinar pandangan kelelahan longlai tanpa arah tuju sepatutnya.
Ya Tuhan, untuk detik ini berikan sahaja kematian buatnya.
Dia sudah lelah untuk meneruskan hidup, bagai jalani kegelapan sama.
Tiada perubahan, malahan semakin sirna angan-angan indah.
Yang ada, rasian gamang peneman di sisi.
Lari. Lari. Lari.
Rebah terjelepuk keletihan, sembam lantai kasar berbata mencumbu epidermis belau nan hodoh. Nestapa lahir seringai sakit, lara esakan berlagu sendu iringan melodi alam. Jatuh berjuraian air mata, berbalam-balam kelam perhatian waras utama.
Kontan, sebuah pacuan empat roda menyala terang silaukan mata. Suluhi tumpu pada dia semata-mata, apakah riwayat hikayat dia bakal temui noktah? Kaku segala tulang-temulang memasung pertengahan jalan, lumpuh sendi persis menanti hentaman menghempap dia.
Satu detik.
Dua detik.
Tiga detik.
Aneh, mengapa serasa tiada pelanggaran berlaku. Apakah sekarang sesi tayangan gerakan perlahan sampaikan nyawa dihujung tanduk perlu dilakukan begitu dramatik tontonan mata? Sayangnya, cahaya itu seakan ejekan menandakan andai benar roh berpisah dari jasad mana pula tempatnya selain neraka? Takkan ke syurga pula, mustahil dengan jahil tentang agama dan persalahkan takdir atas nasib menimpa.
Allah, Allah, Allah.
"Macam mana kau boleh ada kat sini perempuan?" Nada tinggi melawan arus lebat, cuba sedarkan wanita mana muncul menanti ajal. Habis kuyup baju melayunya, ingatkan mahu terus pulang kediaman sendiri sebaik tunaikan kewajipan satu itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tulus Kasih Kirana
Romance𝐇𝐢𝐫𝐫𝐚𝐳 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐫 | 𝐀𝐟𝐫𝐚 𝐀𝐟𝐬𝐡𝐢𝐧 Susunan indah titian ceritera. Pertemuan tumpang teduh seketika. Bahagia daripada malapetaka dunia. Sering durja sehingga lemas dalam sepasang mata. Manis, leka khayal selamanya. Tikam dalam saat tiba...