LABUHKAN duduk di ruangan meja makan, buka bungkusan bagi menjamah ole-ole dibeli. Sandwic Ummar ambil, gigit sedikit sebelum kunyah perlahan. Nikmati melodi indah deraian permata hentam buana, sisip perlahan kopi latte macchiato.
Helaian tisu yang ada dia ambil, teliti nama cawangan tentera hujungnya. Sontak, anak mata coklat Ummar tertumpu pada selitan kertas kecil diantara tisu. Jari tarik pelan kertas nipis itu, perasan sesuatu bait-bait aksara tertulis dengan tinta.
Ummar. Switzerland. Buku.
Seketika, ketenteraman disapa suara lunak kesayangan. Lekas-lekas Ummar seluk kertas kecil seperti nota tadi ke poket baju. Serasa kemudian sahaja dia perhati, ada sesuatu lebih penting mahu dia luangkan dan selesaikan terlebih dahulu.
"Mar lapar? Nak ibu masak jemput-jemput ke apa?"
Berjaya terbitkan garis senyuman di bibir, Ummar oleng pada mak yang baru sahaja keluar dari kamar ibu. Bangkit bangun, Ummar mara mejuju dan terus menyauk tubuh wanita berusia itu dalam dakapan.
Hangat. Saluran kasih tak terhingga, teduhan selamat dari lelah malapetaka.
"Ibu macam mana mak?" soal Ummar berbasa-basi. Sama-sama menapak ke meja makan semula, mata Ummar tidak lepas merenung raut mak. Sejujurnya, tujuan utama ke sini adalah sekadar mahu tatap dan lepaskan kerinduan pada mak. Seorang wanita begitu banyak jasanya, malahan lebih daripada itu pangkat dia.
Ibu susuan, bukan sekadar pembantu semata-mata yang diperkatakan lain. Saat arwah ibu kandung tiada daya dan sikap sambal lewa ayah, mak hulurkan bantuan dan sudi luhurkan kasih tiada tara pada mereka.
"Macam itulah Mar. Harriz dengan Wawa pula ke mana, mereka jemput Mar masuk kan?" Mak Esah tarik kerusi berhampiran, turut mengambil tempat berhadapan Ummar. Dia ingin berbeka bersama setelah sekian lama, Ummar juga semakin berusia dimamah waktu sepertinya.
Entah berapa lagi jangka hayat dia, tak pasti. Ummar pula tunak melahap raut ayu mak dimamah usia, tangan kerekot di atas muka meja itu dicapai pula sebelum genggamnya pelan.
"Haah, dah masuk bilik rasanya. Lagipun, Mar singgah sekejap aje ni nak jenguk mak dan ibu. Nanti Mar tumpang sini bersihkan diri, baru balik rumah semula." Elus lembut kekura kedut mak, serasa berburam juring mata kenangkan betapa lanjutnya keadaan hari ke hari. Sayang buat mak melimpah-ruah, bagaikan mengguyur empangan linangan terjun ke dasar kolam.
Tanpa henti, tak berbelah bahagi. Apatah lagi mak, Ummar endak nafikan sepasang mata membundar redup itu senantiasa penuh dama.
"Mar tak penat?" Lembut menyoal, teduh renungan. Membiarkan Ummar terus elus kekuran dia hilangkan resah, tampak rintikan mutiara gugur dari tepi mata saat selusup jiwa anak muda. Ummar gagal bendung rasa, luruh selebu emosi berjaya menerobos dia hanya dengan tatapan kasihnya.
"Bukan selalu. Jarang-jarang Mar ziarah sini, maaflah sebab rumah baru ni tak sama macam rumah besar dulu."
Jujur, Ummar serba-salah. Mungkin tidak selesa, kediaman lama terpaksa dia gadaikan untuk langsaikan bebanan masalah hasil tangan ayah. Mangsa kejadian, bebanan hutang juga urusan syarikat merundum teruk sebaik kes ayah timbul tempoh hari. Hampir tiga bulan dia usahakan, ikhtiarkan cara berbeza selesaikan semua.
Syukur tatkala dipermudah segala dugaan, cuma lelah menyusut fizikal mental dek paksa untuk terus melangkah. Siapa lagi harus uruskan andai bukan dia, Harriz juga lebih rapat bersama Najwa berbanding dia perhati dari jauh sahaja. Dia endak salahkan Harriz sering tidak hadirkan diri, faham asbab munasabab membuatkan Ummar kekal teguh demi keluarga berbaki.
"Ni terlebih dari cukup Mar. Mar dah usaha banyak dah, Harriz pun kata Mar kerja kuat sangat. Dia memanglah tak masuk kerja selalu, tapi dia tahu keadaan Mar. Jangan ingat mak tak tahu, Harriz selalu report kat mak tau."
YOU ARE READING
Tulus Kasih Kirana
Romance𝐇𝐢𝐫𝐫𝐚𝐳 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐫 | 𝐀𝐟𝐫𝐚 𝐀𝐟𝐬𝐡𝐢𝐧 Susunan indah titian ceritera. Pertemuan tumpang teduh seketika. Bahagia daripada malapetaka dunia. Sering durja sehingga lemas dalam sepasang mata. Manis, leka khayal selamanya. Tikam dalam saat tiba...