BAB 1

93 4 0
                                    

Switzerland, 2000

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Switzerland, 2000.

MEMORI lahir setelah lalui, lekuk penuh liku penuhi. Bisa jadi pelbagai tragedi, mungkin juga kenangan bahari. Minda sering ingati, nurani kenangkan emosi. Betapa belenggu meneduh semat rapi, tetap sebagai salah satu pembentukan individu dan personaliti hari ini.

Duduk bersila dan sandar tenang pada pohon besar, teduhan nikmati masa dengan membaca. Detik berlarutan lama, ralit meneliti bait aksara sebelum tangan menggagau gapai botol termos miliknya.

Lembaran buku Ummar tutup, letak sejenak ke tepi. Buka penutup minuman, bibir dia temukan dengan bibir cangkir. Menyeropot perlahan, hati-hati nikmati teh bunga buatan mak; Mak Esah.

Lega memasuki esofagus, hilang dahaga.

Ummar angkat kepala, sapu malas ambien sekeliling. Kerjap kelopak mata, nihil putih suasana buana. Panorama indah jadi hidangan tenangkan nurani, betapa hebatnya dan luas sekali ciptaan Ilahi.

Helaan nafas bercempera wap dingin, carik senyum nipis perhatikan keriuhan para manusia berkumpul sini luangkan masa bersama tercinta.

Entah bagaimana kanak-kanak seawal usia sepuluh tahun boleh keluar sahaja tanpa pengetahuan dan pengawasan mereka, gara-gara lelah dihadapkan adegan drama berat sebelah. Kisah pula jikalau kena marah, perkara biasa malahan jadi makanan hariannya.

Geleng. Semak fikirkan penuhi isi kepala, nasib badan dan terima.

Tanpa Ummar sedar, kelakuan dia telah diperhati. Tak mahu lelaki itu ketahui, gadis kecil berlabuh duduk di bangku berdekatan mulai anggul ke semesta. Bersemu darah kedua-dua pipinya, bibir comel mulai buka untuk bersuara.

"Ummar."

Pantas, Ummar oleng kepala ke sisi. Lihat gerangan suara halus memanggil dia tiba-tiba, aneh apabila dikenali. Serasa hadir ke bumi asing Switzerland hanya melancong bersama keluarga, tak jangka pula ibu ayah ada kenalan sama.

"Kau ke panggil aku? Macam mana kau boleh kenal aku budak?" soal Ummar, curiga.

Alis terangkat tinggi, picing tumpuan pada gadis serasa beza kira-kira dua tahun daripadanya.

"Saya perasan kat depan buku awak," balasnya lunak. Mata tetap tatap bumantara, tak kalih langsung pada Ummar yang memerhati. Semakin memerah bilamana ekor mata melirik sekilas figura lelaki itu, nyata seakan mahu melahap dirinya.

Aku cubit juga kang budak perempuan ni. Dia ingat aku tak nampak agaknya dia jeling tu.

"Ummar. Hirraz Ummar," getusnya.

Senyum. Sekali, bulu mata sang gadis lembut menyentuh birai.

"Cantik nama. Macam nama sahabat nabi, Saidina Umar al-Khattab." Ikhlas, semakin lebar lekuk bibirnya. Dia suka.

Ummar pasang riak jengkel, ubah postur tubuh tegak. Ambil naskah buku tadi, tangan sebelah tarik sedikit jaket tebalnya. Mahu perbetulkan kedudukan ia tutupi semua, serasa telanjang pun ada dengan minah hadir dari mana teguri dia.

"Nama aku dua M, tak sama langsung."

Jeling.

Gadis tadi masih tidak lengkang dengan senyuman, malahan tawa kecilnya berlagu indah. Asyik menala dada langit, nilakandi menjebol retina mata. Entah mengapa, selusup rasa berbeza dalam tangkai jiwa. Hanya sekadar melihat polos gadis dari sisi ini, cukup mendamaikan gundah-gulana yang dihadapi.

"Ummar. Ummar. Ummar."

Berulang kali namanya disebut, umpama senandung dodoian lena. Badan gerak ke kiri dan kanan, lemah-gemalai pejam mata.

Spontan, menggeleweh hujung bibir Ummar. Mengapa terasa begitu indah, kala lima bait abjad meluncur dari ulas bibir gadis aneh ini?

Jauh mengelamun, Afra lompat bangun dari bangku. Perlahan mara dekati Ummar, lambai beberapa kali tetapi sayangnya Ummar disampuk sesuatu.

"Saya suka nama awak. Saya panggil awak Ummar aje, boleh?"

Zap!

Bungkam, gadis itu sudah berada di hadapan Ummar. Berjongkok dengan tangan diletakkan pada patela, kerdip mesra bilamana respon Ummar terkebil-kebil tindakan drastik kanak-kanak perempuan entah siapa.

Bila masa dia kat sini? Aku berangan jauh sangat ke tadi?

Sambungan iris biru lautan Afra saling bercumbu milik Ummar. Coklat gelap persis koko, umpama manisan suam kegemaran dia. Tampak lawa dan estetik, Afra gumam suka.

Kedu, gadis ini merenung dia tidak beralih waima sekelumit cuma. Ummar pula naik segan jadinya. Merah padma rautnya, cukup membuatkan Afra senyum bahagia.

Comelnya!

"Salam perkenalan..." Miring kepala, tangan dia hulurkan. Pohon agar disambut, kerising pamerkan barisan gigi putihnya.

Jeda.

"Hirraz Ummar."

Saat itu, roh Ummar serta-merta bergentayangan dari jasadnya. Akur terpegun pada putih langsat kulit muka, cantik kejadian dengan lesung pipit terbentuk tatkala ceria.

Bahang sulaman salam pertemuan, berborak panjang cereta meskipun kekok awalnya. Sesekali selitan tawa hiasi ruang mereka, Ummar leka layani kerana terhibur keletah pintar Afra berbicara.

"Ummar, saya harap kita jumpa lagi satu hari nanti."

Afra bingkas bangun, tatap figura wanita jelita di sisinya bersama senyuman. Sekilas, Ummar jangka pasti sang ibu gadis itu. Ummar angguk, terima tanda terima kasih sudi menjaga.

"Mommy, orang jumpa kawan baru. Nama dia Ummar," beritahu Afra sungguh-sungguh. Anggul tatap redup mata mommy kesayangan sudah berjongkok samakan paras wajah, tangan kerepot itu sentuh tempurung Afra perbetulkan kedudukan topi beanie sang anak.

Turun bawah, skaf tebal merah Afra dia kemaskan. Lantas, jaket tadi pula ditepuk-tepuk penuh lemah-lembut. Mahu hilangkan butir salji melekap pada permata kecilnya, sudah tiba masa mereka pulang kediaman.

Puas hati, mommy tangkup wajah Afra. Elus kulit mulus sang anak, rapatkan ulas bibir menaup hangat dahi Afra salurkan kasih. Afra sekadar garit senyum, gemar tika mommy layan dia manja sebegini.

Ummar ketap bibir saksikan momen dua beranak, tepi bibir turut naik sama. Sayangnya, hambar tatkala serasa hati bagai ditabrak hunusan besi. Merindui untuk alami rayapan dama bergelar keluarga, nyata dia tak mampu menafi.

Saling erat cantumkan jari-jemari kecil dengan mommy, Afra akur ekori sebelum dia toleh pada Ummar seakan khayal dalam dimensi sendiri.

"Bye bye teman saya, Hirraz Ummar."

Cuma, itu juga kali terakhir perjumpaan mereka tanpa Ummar sempat ketahui nama sang gadis. Seseorang yang berjaya cuit sekeping jiwa hauskan kasih, sepasang netra biru ceraka jadi igauan ketenangan jalani hari.

Tulus Kasih Kirana Where stories live. Discover now